JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 17, 2015

CERITA MALAM JUMAAT

Malam tu rasanya malam Jumaat. Biasa kita selalu dengar malam Jumaat ni malam sunatlah, malam penuh keberkatan... tak kurang jugak yang cakap malam ni hantu2 suka sangat kacau orang.
So, malam tu sy 'decide' nak perah, kerah dan mentelaah sampai pukul 2 pagi kat kelas bangunan hujung sekolah ...bersama dengan si Kamal dan Mail. Budak2 form 1 sampai form 4 semua dah balik bercuti, tinggal kita orang pelajar form 5 yang tengah berhempas pulas nak exam SPM. Ada yang study kat dorm masing2, ada yang kat kelas.. maklumlah kelas banyak kosong, dan ada jugak yang genius tak study...tengok tv je memanjang.
So, study punya study.. sampai pukul 1, Kamal dan mula mengantuk dan ajak kitaorang balik tapi sebab dah janji nak study sampai pukul 2, dia pun lentok dulu kat kelas, tinggal sy dengan Mail menyambung 'prep' kitaorang.
Dalam beberapa minit lepas Kamal tidur, sy mula terdengar satu suara seakan mengilai dari arah pintu depan kelas. Sy mencuit Mail yang duduk di depan sy..
"Mail..kau dengar tak?"
"Bunyi apa tu.. Jomlah kita balik. Takut aku..." Mail menjawab sambil mata nya memerhati keliling
Terus lampu terpadam tiba2. Aku lihat tingkap luar terpandang api di kawasan asrama masih ada. Sah, cuma letrik kawasan bangunan tempat aku belajar aje yang blackout. Kami pun mula mengejutkan Kamal dan kami bertiga berpimpin dan berjalan perlahan2 menuju ke pintu kelas. Malam tu memang gelap tanpa ada sinaran bulan.
"Eeeeeeeeee....!!!!!" suara ngilaian tu semakin dekat. Kadang terdengar dari kelas sebelah..kadang terdengar dari atas bumbung.
"Mail...kka..kauu..kkauu bukak pintu tu... Kaukkauu badan besar sikit..." Cakap Kamal sambil berdiri di belakang sy.. tapi kalau sy tengok badan dialah paling besar antara kami bertiga.
Mail pun perlahan2 membuka pintu kelas dan tiba-tiba........!!!
"Abang!! Tak de citer lain ke? Semalam ada senior cerita hantu lagi ngeri dari ni.." tiba2 satu suara mencelah. Potong stim betul budak2 form 1 ni, orang dah syok2 cerita.
Itulah senario yang selalu terjadi apabila setiap kali junior form 1 mula2 mendaftar dan masuk asrama. Pasti ada saja cerita2 hantu yang akan senior2 ceritakan... satu masa dulu.

12 comments:

  1. budak budak, paham paham je la. main hantu ni perkara biasa, sekali kena demam seminggu.


    from http://jiwalabu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hahaha saspen betol cerita ni,,mula2 baca dah meremang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaflah...nak cerita pasal zaman mula2 masuk asrama dulu.. nanti kita cerita yang version betul punya..nak?

      Delete
  3. Aiseh, dah berdebar-debar ni nak baca cerita hantu, sekali? Tertipu daaa :D

    Tapi betul, masa sekolah dulu, kalau tak dengar cerita hantu memang tak sah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu kira tak sengaja tipu. Memang cerita yang betul senior ceritakan tapi entri ni just twist sikit2..ahaksss

      Delete
  4. aishh tengah syok baca tiba-tiba...apalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ampun. Nanti kita cerita version yang betul2 ye. Ni version nak bagi tau zaman masa mula2 masuk sekolah asrama dulu

      Delete
  5. uishhh..ingtkan betul2..jahatnya dia buli junior..wuuuuwuuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu memang turun temurun... sy pun kena jugak daripada senior kitaorang.. sampailah sekarang..ahaksss.

      Delete
  6. suspen....hehehe tapi selalu kat asrama mesti ada cita2 mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan...pasti ada..cerita tu memang diceritakan dari berapa generasi dah..

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails