JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, March 18, 2015

ADA SEBUAH KISAH...

Percaya atau tidak dulu sy pernah membela kucing..opsss lebih tepat lagi mak sy pernah membela kucing sampai satu ketika kucing2 kat rumah berjumlah 10 ekor walaupun sebenarnya lebih tapi sebab dah bagi sedara mara dan jiran2.. kemudian jumlah tu berkurangan. Pada asalnya cuma 2 ekor kucing je yang arwah ayah bawak balik.. Yang jantan namanya 'Nyanyau' warna kuning dan yang betina warna kuning putih nama 'Neng'. 
Pada asalnya hidup kami 'aman bahagia' sehinggalah berlaku aktiviti diluar kawalan kami daripada 2 ekor menjadi 5 ekor. Kemudian satu ketika semuanya menjadi tunggang terbalik macam keluarga 69 apabila anak membelasah mak dan bapak pulak membelasah anak sehingga anak dan mak sama2 bunting dan bila keluar anak warna pulak sama..kalau tak kuning, warna kuning putih... ahaksss. Tapi yang bestnya walau pun banyak, kucing2 tu tak pernah melepas merata2.. tempat melepas diorang kat dalam bilik air..educated punya kucing....
Okay. Sy bukanlah nak menceritakan pasal semua kucing2 tu tapi sy nak cerita kucing pertama sy yang bernama 'Nyanyau' tu.
Kucing tu memang kucing yang bagi sy punya banyak kenangan2 manis. Daripada kecik sampailah dia mati. Nyanyau ni memang pandai bawak diri. Pandai bukak pintu. Pandai bukak tingkap. Ikut suka dia je bila dia nak keluar dan balik.. Macam dia pulak tuan rumah. Kadang2, pagi2 dia bukak pintu samada dengan melompat atau menarik pintu dari bawah.. ( Masa tu handle pintu jenis tarik kebawah bukan tombol macam sekarang ) Kalau kita panggil nama dia dari jauh dia dah lari datang.. Dia jarang makan nasi tapi suka makan ikan bilis dan ikan2 mentah. Buah kegemaran dia durian...ahakss.... Kucing makan durian!! 
Banyaklah lagi suka duka hidup sy dengan Nyanyau ni sehinggalah hari tua dia. Masa tu dia macam dah mula meragam. Suka bergaduh dengan anak beranak dia.. Pernah satu hari mak sy marah dia dan sebab dia geram, digigitnya kaki mak sampai berdarah, dipukul pun dia tak lepaskan gigitan dia sampailah mak cakap "Lepas ni jangan balik rumah lagi, pergi cari makan sendiri" dan kemudian Nyanyau macam faham terus melepas kan gigitan dia dan beredar. Memang dalam gigitan dia.
Lepas tu kami tak berjumpa Nyanyau sehinggalah satu hari arwah ayah jumpa Nyanyau kat tepi jalan tapi sudah tidak bernyawa lagi. Tak tahu samada kena langgar atau mati tua sebab tak ada kesan2 kena langgar.
Itulah sebuah kisah.......

9 comments:

  1. Salam. Hee memang binatanglah kucing itu membelasah anak beranak sendiri. Huhuuu2

    ReplyDelete
  2. wahhh pandainyaaa nyanyau leh bukak pintu sendiri..geniussss..dulu kucing Sha suka makan durian..rndunyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...kucing dulu2 memang tau susah senang.... oo kucing sha makan durian jugak ke? sama species..hahha

      Delete
  3. Kucing makan durian? Wow, terer Nyanyau ye! :)

    Sha dah lama tak bela kucing. Last masa darjah 5. Tu pun tak bertahan lama, kucing mati sebabb kena langgar kereta. Masa tu, sedih betul, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ciannya...memang sedih kan nak2 kalau kucing kesayangan kita..huhu

      Delete
  4. salam..kami sekeluarga loni pun duk tgh mencari2 kucing untuk dibela..coz anak2 suka kuncing sgt2.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam..memang masa kecik dengan masa tgh nakal2 tu yang cute dan comel...

      Delete
  5. kenangan dgn kucing.. last kusing sy bermata biru hilang tanpa dikesan.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails