Monday, February 16, 2015

SAMPAINYA HATI...

Pada hari Jumaat yang lepas sewaktu dalam perjalanan masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.. ternampaklah sy 2 orang wanita bersama 'anak' diorang yang masih kecil lagi duduk di perkarangan masjid meminta simpati dan sedekah daripada orang ramai yang datang. Sy rasa kadang2 bukan sahaja di masjid, pasti ada jugak di tempat2 lain.
Persoalannya bukanlah pasal diorang meminta sedekah tu, tapi pasal budak2 kecik tu yang sy rasa tak patut sama sekali diheret bersama. Sy pun tak pastilah diorang ni warga apa. Kadang2 tu sy lihat mereka sengaja duduk ditengah2 panas padahal ada tempat yang lebih redup... Mungkin sebab 'anak' diorang ni dah terbiasa dengan keadaan tu, ada yang boleh tidur di tengah2 panas.
Ada jugak kadang2 sy lihat mereka2 ini berjalan2 menjual tisu sewaktu kereta2 berhenti di traffic light. Kadang2 sy rasa benda2 ni boleh membawa mudarat kepada mereka apalagi dengan keadaan traffic yang sesak.
Apa2 pun sy rasa, perkara2 seperti begini patut dihentikan dan pihak berkuasa perlu mengambil satu tindakan dan mencari jalan penyelesaiannya... terutamanya bila melibatkan kanak2 yang kecil. Tepuk dada tanya selera...

5 comments:

  1. yes ,totally agree . kekadang rasa besyukur dengan kehidupan sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. mudah2an kehidupan kita di dunia dan akhirat dipermudahkan segalanya..

      Delete
  2. betul tu. kebanyakkan mereka bangsa rohingya.

    jemput join Mini GA by Nina + Anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm kan kan kan. InsyaAllah nnt sy tgk ehh Mini GA tu... tq sebab invite..

      Delete
  3. Kalau di Tawau, ramai juga yg buat mcm tu. Kdg2 siap kendong baby yg masih merah, berjalan di tengah panas minta sedekah. Ketuk2 tingkap lg bg driver alert. Tp, mostly yg buat mcm tu x boleh speak malay. Non malaysian agaknya

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails