JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, February 11, 2015

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA SANTAI

Gambar dah terdelete, terpaksa pinjam Google
Entry ni sy re'update' balik sebab bila sy bukak entry yang asal, semua blank. Dalam nak update2 tu terdelete lah pulak gambar ikan siakap yg sy masak tu..aduhsss. Habis ikan sy hilang..ahaksss. Anyway, tak pe...janji resepinya tak hilang. So kita mulakan balik ye.
Antara bahan2 untuk membuat Ikan Siakap 3 Rasa Ala Santai adalah:
Ikan Siakap Goreng
Seekor ikan siakap
Tepung Jagung
Telur
Minyak secukup rasa..ahakss
Ikan siakap ni kena goreng dulu. Kita gaul ikan siakap ni dengan telur, kemudian salut denga tepung jagung dan kemudian gorengkannya, dah garing kita ketepikan.
Kuah 3 Rasa
3 biji bawang merah dipotong kasar
3 biji bawang putih dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 4
sedikit halia
3 batang cili padi dihiris kasar
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 @ 2 potong nenas dipotong dadu
garam, kicap dan gula secukup rasa.
Cara memasak kuahnya mudah sangat. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang merah dan putih, tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan semua bahan kecuali nenas. Dah agak sebati dan kuah mula memekat, masukkan nenas, garam, gula dan kicap secukup rasa. Kacau dalam 2,3 minit dan kemudian curahkan di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.. walaaaa. siap untuk dimakan panas2..huhu

12 comments:

  1. Ikan siakap 3 rasa memang sedap. Kalau sekali masak, kena 2 ekor ikan yg besar tu! Hehe;)
    Resipi pun mudah nampaknya. Pinjam ye buat masak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh boleh..silakan. sedap cakap. tak sedap pun cakap..huhu...

      Delete
    2. Ok ok. Nanti saya update hasil masak:)

      Delete
    3. Hahaha...orite. Semuga hasil air tangan awak lebih sedap...

      Delete
  2. Kena komen balik la nampaknya

    "wah sedap, tapi kalau sy masak mesti tak sedap, hehe
    paling suka bila ada cili padi dan nenas"

    sama tak mcm komen saya yg saya hantar sblum ni ? kekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakssss...banyak2 sorry ye Mialia. Memang sama..haha.. macam ulang tayang pulak entry ni siap dengan komen pun boleh flashback

      Delete
  3. wauu ikan siakap 3rasa..nyumm..nyumm..baru nampak da teliur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau pasal makanan ni bila tgk gambar je dah buat kita lapar...kan

      Delete
  4. sedappppp. bila nak datang rumah kakCT...boleh buat kelas memasak kat kebun ni..

    ReplyDelete
  5. Hahaha...nnt kita turun JB kita bg tau kak ct..boleh makan buah sekali sambil masak2 kan kan kan..

    ReplyDelete
  6. sedap ehhhh...Dalam rumah ni ada undang2..kena ambik bau je..ahaksss ( Cerita P Ramlee 3 Abdul )

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails