JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, February 18, 2015

KATA ORANG TENUNGLAH MATA INI..

Kadang-kadang dalam pergaulan kita seharian..nak-nak pada zaman sekarang ni, susah untuk menduga dan menjangka hatibudi serta keikhlasan seseorang samada bersikap jujur mahupun tidak. Sehinggakan kadang-kadang, dengan kelembutan dan kelunakan suara dan kata2 saja sudah mencairkan seseorang tanpa diketahui akan niat sebenar tersirat daripada kata2 tersebut, apalagi dalam dunia cyber alam maya...macam2 boleh terjadi.
Ada jugak orang berkata, kalau kita nak tahu kejujuran seseorang, kita cuma perlu tenung dan renung mata dia. Kata orang lagi, mulut cuma manis untuk berkata2, namun keikhlasan hati terpancar dari mata yang bersinar..huhu. Dalam sungguh maknanya...orang katalah. Jadi jika kita lihat seseorang itu kerap memandang ke arah lain atau matanya berkedip cepat sewaktu di ajukan soalan, maka adalah yang tak betul tu.... ahakss ( kecuali kalau mata dia memang betul2 sakit )
Apa2 pun, akal dan hati kenalah seiring dalam membuat keputusan. Akal dalam menentukan baik buruk dan hati dalam menentukan kejujuran dan keikhlasan seseorang. Dalam perhubungan, tidak kira kawan mahupun yang lebih serius, kita bukan merancang untuk seketika, kalau boleh biarlah ianya berpanjangan sehingga ke akhir hayat... tak gitu?

4 comments:

  1. berjaga jaga dengan orang yang selalu mencairkan hati org kite tak tau niatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.. tu yang kadang2 bila tgk cite korea ke, hindustan ke...dengar kata2 je dah meleleh..dah cair..ahakks

      Delete
  2. Dari mata turun ke hati. Aish, bahaya tu! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya...bahaya bahaya.. pokoknya kalau dah turun ke hati, pandai2lah hati nak menilainya..salah nilai buruk padahnya..huhu

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails