JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, October 28, 2014

KATA ORANG JANGAN BERCINTA JIKA...

Ehsan Google
Dah lama juga sy tak buat entry Kata Orang ni... Pernah beberapa kali sy dengar orang berkata, kalau tidak mahu hati disakiti, tidak mahu naluri berduka, tidak mahu perasaan dilukai..janganlah bercinta.. huhu. Camna tu? Tapi ada jugak orang berkata kita akan tahu betapa indahnya hidup ini bila kita tahu apakah nilai cinta sebenar...huhu.. camna pulak tu?
Jatuh cinta bukan hasil pilihan, tapi kerana kesempatan...
Tetap mencintai bukan kerana kesempatan, tapi kerana usaha...
Dan..berpisah bukanlah kerana kesempatan, tapi kerana pilihan...
Kalau kita tahu betapa siksanya jika cinta kita dilukai dan disakiti, sudah pasti dari awal lagi kita tidak akan bercinta..tapi bukan kita yang mengetahui apa yang bakal terjadi walau setinggi mana pun cinta dan kasihsayang kita...
Cinta janganlah seperti Nobita yang sentiasa mudah menyerah,
Cinta janganlah seperti Giant yang sentiasa suka memaksa,
tapi biarlah cinta itu seperti Doraemon yang sentiasa penuh dengan keajaiban........
Biar apa pun... cinta itu tetap ada di hati kita. Kegagalan, kekecewaan dan kesakitan bukanlah apa yang kita pinta dari cinta yang kita cari... manusia selalunya gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal..apa lagi dalam bercinta.... Kata oranglah.

PEKENA SATE MADURA

Sate Madura ..perghhh mmg sedap
Lama jugak sy tak pekena sate.. apalagi kalau sate perut kat Muar yang memang dah jadi tempat persimpangan wajib setiap kali sy pergi balik JB. Pasti akan sy singgah kat Muar nak pekena sarapan sate nya yang sedap hingga menjilat jari...ahaksss...
Nak makan sate kajang dah biasa sangat. Kadang2 tu sedap kadang2 tu dah kureng sedapnya sebab yelah bila dah masak dan bakar secara komersial ni, kualiti dia dah tak macam dulu..walaupun rasanya tetap ada....
So kali ni disebabkan selalu sangat tengok kat tv rancangan "Best In The World" dan "Jalan-Jalan Cari Makan"..maka tergerak lah sy untuk mencuba sate madura yang terletak di Kg Kayu Ara bersebelahan dengan masjid atau surau kat situ..betul2 jalan masuk ke Kg Kayu Ara. Sate ni jangan hairan pulak kalau diorang semua makan dengan nasi. Sesampai kat sana memang orang tengah ramai. Ada yang order bakso dan tak kurang jugak sate madura. So sy orderlah 5 sate daging dan 5 sate ayam... Perghh memang sedap dan ada kelainan sikit rasanya. Dengan kelilingnya macam sedikit suasana kampung walaupun di tengah bandar.....makan pun tak perasan, laju je 10 cucuk tu sy belasah....ahaksss.

Monday, October 27, 2014

KENANGAN BERMAIN HUJAN...

Bila tengok suasana hari hujan ni...teringat kembali kisah2 silam..ahakss. Bukan masa cintan cintun cintin...lagi bawah...bukan masa muda remaja..lagi bawah...yuppp masa zaman budak2..hahaha. Kalau sekarang ni bila musim hujan jarang kita tengok budak2 main hujan. Jarang nampak budak main lecah hujan kat padang... Kalau ada pun dah lama kena teriak balik... Lain benar suasana masa zaman dulu2 apalagi di kampung. Kalau musim hujan aje nampaklah anak Pak Ali ke, anak uncle Ramesh ke..anak Uncle Lim ke..semua join main bola dalam hujan. Peliknya, tak delah pulak dapat demam ke..selsema ke. Sekarang ni..kena tempias hujan pun dah boleh dapat selsema. Dulu2 kalau nak aje musim hujan datang, mulalah macam2 aktiviti di buat.. sempena nak menyambut hujan. Kadang2 tak payah mandi pun tak pe sebab seharian dah mandi hujan...tapi bila balik tu bilaslah sebab dah kotor2 air hujan tu kan.. 
Tapi yelah..tu dulu. Tapi kenangan tu tetap sentiasa bersemadi dalam sanubari setiap kali sy melihat hujan... untuk mak dan arwah ayah, terimakasih kerana membenarkan sy bermain hujan masa kecik2 dulu.

AKTIVITI DALAMAN AJELAH

Dua tiga minggu ni memang tak banyak aktiviti yang sy buat, bukan kerana tak nak buat tapi disebabkan hujan yang sentiasa turun dengan lebatnya... Nak berkebun tak boleh, nak basuh kereta pun macam tak berbaloi, nak tgk tv pun astro memang tak dapat nak menayangkan cerita pada hari hujan..ahakss.. Jadi aktiviti hanyalah indoor sajalah jawabnya. Vacumn rumah tu sudah pasti, kali ni kita vacumn kesudut2 yang terperosok dan tersembunyi..haha. Selalu vacumn yang nampak aje.
Oh ya, sabtu lepas sempat jugak sy menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Hassan, tokey restoran ayam kampung di USJ 26. Memang meriah sungguh apalagi dengan masakannya yang sedap2. Tak salah sy lebih daripada 10 khemah siap dengan pentas dikir barat lagi...  Makanan jangan cakaplah, ayam kampung goreng tu memang dah pasti..gulai kawah..kambing golek sampai ada sy tengok sorang ni dia makan ayam goreng tu saja sampai 5 ekor...( tapi bukanlah 5 ekor ayam, 5 belah) Mentang2 lah makan free...hahaha
Kat luar, guruh pun dah berbunyi...langit dah gelap macam nak pukul 7 malam padahal baru pukul 3 ptg..jadi apalagi, cari bantal...tarik selimut...kita tidur dulu.

Saturday, October 18, 2014

SECUBIT KISAH BABAK 4 - EXAM DAH DEKAT

Bagi mereka yang mengikuti kisah Secubit Kisah... ini merupakan kesinambungan daripada cerita Secubit Kisah Babak 3 - Semakin Terasa Debaran .........
Perkataan 'pernah' yang di luahkan oleh Allyn masih terngiang2 di fikiran Daniel. Kenapa pulak si Allyn mengatakan pernah sedangkan setahu Daniel mereka belum pernah bertemu sebelum ni...
Namun sejak itu Daniel sudah jarang terserempak dengan Allyn. Mungkin kerana jadual kelas yang berbeza.. walaupun kadangkala Daniel ada jugak menghabiskan masa di kantin campus semata2 untuk melihat kelibat Allyn namun hampa...
"Udah..udahlah tu. Kesian aku tengok kau ni.. Nak kata orang bercinta..bukan. Nak kata orang putus cinta..pun bukan.." tegur Husin melihat Daniel yang daripada tadi asyik merenung buku microbiology dengan renungan yang kosong tanpa membaca nya...
"Exam dah nak dekat.. Kalau dok asyik fikir kan pasal budak junior yang selekeh tu, aku rasa result kau nanti keluar pun selekeh jugak.. Ingat kau tu calun dapat Sijil Dekan...  " nasihat Husin cuba menyedarkan Daniel yang sedikit terganggu dengan keadaan tersebut.
"Aku tahu.. Terimakasih daun keladi lah sebab sentiasa menasihat dan mengingatkan aku... Kaulah sahabat aku dunia akhirat.."
"Ahhhhhh...tau pun. Malam ni belanja aku sup ekor ehh... Bukan senang nak menasihat orang yang genius macam kau ni..." Husin berseloroh sambil Daniel melemparkan ketawa.... Exam semester semakin hampir, namun jawapan kepada siapa Allyn masih belum terjawab.

Friday, October 17, 2014

RESEPI IKAN DORY MASAK SAMBAL ALA SANTAI

Ikan Dory Masak Sambal Ala Santai
Lama jugak tak kongsi resepi.. maklumlah sejak dua menjak ni sibuk memanjang dan balik selalu lambat, jadi idak lah kita sempat nak memasak.. Semalam dapat jugak 'terlepas' balik awal dan kebetulan hari pun tak hujan, dapat jugak kita memasak..jadi resepi kali ini sy masak simple aje.. Ikan Dory masak sambal.
Antara bahan2nya adalah yg cukup mudah:
2 @ 3 keping ikan dory yang dipotong2 sederhana besar dan digoreng.( gaul sikit dengan serbuk kunyit )
5 ulas bawang merah di racik halus
4 ulas bawang putih diracik halus
1 batang serai
3 sudu besar sos tomato
2 susu besar kicap manis
Garam dan minyak secukup rasa
Cara memasaknya pun cukup mudah. Panaskan 2 @ 3 sudu minyak. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan kemudian masukkan semua bahan2 lain kecuali ikan. Lepas agak sudah sebati, masukkan ikan dory yang telah digoreng dan kacau hingga melekat rempah kat ikan tu dan boleh dihidangkan...

Thursday, October 16, 2014

APA PUN TAK BOLEH...

Sesungguhnya disaat dan ketika ini, memang fikiran dan benak otak sy memang mengalami kebuntuan yang amat sangat...langsung tak ada idea walaupun puas sy buat blogwalking, puas sy pandang kiri pandang kanan, puas sy baca2 blog rakan2, puas sy baca suratkhabar, puas sy online portal2 hiburan..sukan..sejarah pun sy masuk..ahaksss... tapi tetap buntu. Entah2 malas pun sama sebab beberapa hari ni asyik hujan je..jadi otak pun naik beku kesejukan..kan kan kan...
Daripada nanti dikatakan orang bersawang...( rasanya dah ada dah orang cakap bersawang..huhu) maka dengan kebuntuan yang ada tertaip jugaklah entry ini.........
Minggu depan rasanya panjang sikit cuti bersambung antara Deepavali dengan Awal Muharram... Wahhh belum apa2 dah cakap pasal cuti lagi. Rasanya macam nak pi tenangkan fikiran sikit..nak pi jalan2 aka mandi2 aka barbique sekali kat tepi2 sungai.. Dah lama jugak tak buat macam tu.. sambil2 mencari idea2 yang dah berkarat balik..ahaksss. Emmm persoalannya kat sungai mana kita nak pergi ekkk? Tapi rasanya kenalah pergi pagi2...sebab sekarang ni bila petang je dah mula hujan selebat tidak... Any ideas?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails