JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, July 30, 2014

BARU RAYA KE 3 TAPI...

Baru Raya ke 3 tapi berat badan dah naik 2kg....ahaksss. Memang sah ni salah rendang yang sedap2 yang sy makan pada raya pertama dan kedua... Apa tidaknya. Sarapan rendang. Lunch rendang,, Minum petang walaupun roti tapi lawannya tetap rendang... makan malam pun rendang. Begitu jugak pada raya kedua. Pendek kata selagi tak habis rendang tu..memang itulah yang sy terjah..
Kuih2 raya memang jarang sy makan...tapi sy akan makan jugak tapi masa bila? Masa dah habis raya.. masa tu sy akan cari kuih2 raya..kadang2 dalam tin pun sy cari sampai habuk2 kuih pun sy sental..memang nikmat nya.
Malam ni dah ada plan untuk beraya ke rumah kawan2 yang pastinya akan ada rendang2 lagi..hahaha. Tak pelah..setahun sebulan sekali je.. jadi hentam sajalah labu... Nak layan cerita kat tv, semuanya asyik ulangan aje...jadi baik bertandang kerumah kawan demi merapatkan siratulrahim dan jugak rendang..ahakss


MANA PERGI MOOD RAYA?

Macam tahun2 lepas, memang tiap2 Hari Raya sy akan balik ke Johor Bahru..ahaksss. Dah 'kampung' nya kat sana... Raya pertama pun sudah berlalu. Rasa macam tak percaya je. Lagi tak percaya bila rasanya raya pertama tahun ni paling boring...ahakss. Macam hari tak raya je rasanya kecuali masa sembahyang raya.. adalah suasana raya. Balik ke rumah di samping makan juadah2 bersama mak dan adik beradik,.. suasana di luar rumah tak ada suara budak2 bising memberi salam nak beraya.. tak ada bunyi mercun2 yang biasa kita dengar letup sana letup sini...yang kebaboom tu memang tak adalah..Kedai2 semua masih tutup. Sunyi sepi walaupun semua rumah berpenghuni. Rasanya macam tahun ni mood raya tu hilang... mana perginya ye?
Apa2 pun..hari ni hari kedua raya. So apa agenda nya ye? Wait and see. Harap2 ada kejutan..ahaksss
Disamping itu, Selamat Hari Raya Aidil Fitri sy ucapkan kepada semua rakan bloggers semuga Hari Raya tahun ini mendapat seribu keberkatan dan keceriaan...

Friday, July 25, 2014

PEKENA SUP GEAR BOX

Ingat lagi entry sy pasal menghadiri majlis berbuka di Hotel Grand Dorsett. So salah satu menu yang menjadi tarikan ramai adalah tu dia gambar sebelah.. ahaksss... Sup gearbox 2.0L turbo. Punyalah sedap rasanya dengan dagingnya yang lembut dengan lemak2 berkrim. Ramai jugak yang beratur untuk mendapatkannya dan salah seorang daripadanya adalah sy yang merupakan peminat sup... 
Sy rasa sup gearbox ni kalau kena cara masakan nya pasti sedap. Ada jugak dulu sy pernah pergi ke beberapa kedai yang menjual sup gearbox namun hampa sebab dagingnya dah lah liat, sup dia pulak macam buat ala kadar je..
Apa2 masakan sekali pun, yang penting rasanya..walau nampak simple dan mudah tapi rasa ada, memang sedap.. Kalau masakan nampak grand, menyelerakan dengan pelbagai hiasan tapi rasa tak ada.. tak guna jugakkan. Hari Raya pun semakin hampir... Mood kerja pun dah semakin menghilang entah kemana..ahaksss.

RUANG LEGAR SUMMIT USJ - RAYA 2014

Nampak sangat tahun ni tak banyak berjalan.. ahakss. Kalau tahun lepas banyak photo ruang legar shopping complex yang sy ambil tapi tahun ni boleh kira 2,3 saja. Lagipun memang tahun ni sy tak banyak berbuka di luar berbanding dengan tahun lepas.. apalagi undangan ke majlis berbuka puasa pun agak kurang tahun ini. Elok jugak kan dapat jugak menjimatkan poket untuk Hariraya.
So kali ni ruang legar yg sy ambil photonya adalah ruang legar di Summit USJ yang berkisarkan rumah kampung dan jugak lukisan2 kartun yang menjadi penarik dengan suasana dulu2. Ada jugak ruang untuk bergambar.

Tuesday, July 22, 2014

BERBUKA DI GRAND DORSETT SUBANG JAYA

Biasalah sekali dalam setahun tu company akan buat satu majlis berbuka puasa untuk pekerja2nya yang dedikasi..ahakkss. So tahun ni kita orang berbuka di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Sheraton Subang. Tempatnya memang besarlah ada banyak cafe dan bilik2 yang disediakan khas untuk company2 yang nak buat jamuan berbuka puasa. Makanannya bagi sy, rasanya macam tak berapa banyak jika nak dibandingkan dengan harga RM110++ namun sebab company yang bayar, jadi hentam sajalah labu. Sambil berbuka tu kita jugak dihiburkan dengan dendangan lagu2 raya yang dinyanyikan secara live oleh penyanyi Haiza dan Jaafar Onn. Ada jugak cabutan bertuah.

Friday, July 18, 2014

PESAWAT MH17 TERHEMPAS

Antara serpihan MH17
Semalam jam 11.45mlm ada rakan whatsapp sy memberitahu tentang MH17 yang terhempas. Pada mulanya sy ingatkan ni semua gurauan, tapi kemudian datang lagi whatsapp dari rakan yang lain memberitahu perkara yang sama.. Tak boleh jadi ni. Terus sy buka tv dan menonton Nightline pukul 12mlm dan memang sah MH17 terhempas akibat terkena air missile yang dilancarkan oleh puak pemisah diantara Ukraine dan Rusia namun masing2 masih belum mengaku bertanggungjawab. Pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Rasanya untuk berita lebih lanjut kita boleh saksikan di akhbar2 mahupun berita terkini di kaca tv, namun sebagai rakyat Malaysia sy rasa amat2 bersedih kerana kejadian ini menimpa kepada kita. Isu pesawat MH370 pun masih belum habis, timbul pulak kejadian sebegini. Semuga ada hikmahnya disebalik semua kejadian2 ini. Sama2lah kita mendoakan semua Malaysia tidak lagi ditimpa malapetaka...

Monday, July 14, 2014

RUANG LEGAR KLCC - RAYA 2014

Ruang Legar KLCC - Raya 2014
Dah lama betul sy tak buat entry pasal ruang legar. Tahun lepas mana2 aje ruang legar yang mempunyai keunikan dan kecantikan menghiasi suasana perayaan pasti akan sy shoot photonya..
So tahun ini sy mulakan dengan ruang legar KLCC yang baru sy singgah minggu lepas. Memang kali ni agak ada kelainan sedikit kerana nampak lebih besar dan lebih suasana kampung.. Macam ada kampung kat tengah2 kesibukan KLCC...ahaksss. Disekelilingnya ada booth2 jualan pelbagai jenis barangan termasuklah minyak wangi yang harim semerbak, pakaian dan lain2...
Suasana di KLCC sejak awal Ramadhan agak lengang sedikit, tak banyak kelihatan pelanggan-pelanggan membeli belah mahupun berjalan2 window shopping. Mungkin menunggu saat2 bila ada sales..Yelah, biasa nya minggu terakhir pasti ada jualan diskaun hingga 70% kan kan kan. 

Sunday, July 13, 2014

LINDUNGILAH PALESTIN

Palestin dibedil sesuka hati - Ehsan Google
Sebenarnya terlalu sebak sy nak menulis entry mengenai penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.. Tak sanggup sy nak melihat berita2 mahupun melihat di wall2 FB yang memaparkan kematian dan pembunuhan kejam rejim Israel. Bayangkan bila2 masa, tak kira apa yang sedang kita buat..nyawa kita seperti seekor semut. Menunggu masa aje untuk dipijak... Tak kira kita dirumah, kita di sekolah, di kedai, di masjid..bom2 dari askar2 Israel akan singgah tak kira siapa sasarannya..semua adalah target biarpun kata mereka sasaran mereka adalah pejuang Hamas tapi yang matinya siapa? Kanak2..perempuan..orang awam!! Peperangan ini dah berlarutan begitu lama dan tiada satu pun kuasa besar yang sanggup menentang Israel secara terang-terangan menyebabkan mereka bermaharajalela sesuka hati diorang.
Semuga Allah melindungi mereka2 yang lemah dan memerlukan pertolongan dan memberi balasan kepada rejim Israel yang bongkak dan kejam. Sama2lah kita mendoakan agar penduduk Palestin diberi kekuatan dan perlindungan...

Thursday, July 10, 2014

SEGMEN 2 MINI POWER BANK UNTUK RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

Segmen 2 Mini Power Bank
Cakap saja handphone pasti tidak dapat dipisahkan dengan charger. Cakap saja charger pasti tidak dapat dipisahkan dengan power bank. Nak2 apabila menggunakan android handphone..memang cepat habis hayat battery nya. Sekarang ni macam2 jenis power bank yang dijual..yang kecik, yang besar, yang panjang, yang empat segi, yang penting berapa banyak power dia boleh charge kat handphone kita..kalau power bank tak power..bukan nama power bank dah.
Kenapa tetiba aje sy buat entry pasal power bank kali ini? Ahakss lari daripada tajuk2 entry sy yang lepas tapi sebenarnya entry kali ini adalah mengenai segmen 2 mini power bank untuk rakan blogger Zamani Abe yang mana hadiahnya adalah 2 set power bank. Menarik bukan. Syarat2nya pun mudah sesangat macam tak de syarat pulak. Gorenglah apa saja. Masaklah ikut sedap resepi anda..yang penting bannernya jangan lupa..ahakss. Jadi kepada anda yang teringin untuk memenangi hadiah power bank yang power.. joinlah segmen tersebut... Tapi janganlah bolot sampai dua2 hadiah ye. Satu tu bagilah kat cikkkkk no.

SAHABAT DAN PERASAAN...

Sahabat atau kekasih? Seperti kata-kata dalam sebuah filem lakunan Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai " Cinta adalah persahabatan. Aku bisa menyintaimu kerana kau adalah sahabatku" Dimanakah letaknya diri kita? Adakah kita dikelirukan dengan sikap keprihatinan dan ambil berat seseorang hingga menyangka dia mempunyai perasaan terhadap kita? 
Ahaksss... sebenarnya entry ni semua berkait dengan soalan yang di ajukan oleh seorang kawan sy semalam. Kami berjumpa semasa berbuka bersama di pasaraya Mydin. Dalam dok makan dan berbual2 tu dia tanyalah satu soalan kepada sy, macam mana nak tahu seseorang itu mempunyai perasaan terhadap kita? Dia pun memulakan storynya. Mereka dah berkawan selama 4 tahun dan memang rapat tapi tak pernah menyentuh soal perhubungan dan masing2 tidak mempunyai teman. Katanya lagi dia ada mempunyai perasaan tapi takut untuk berkata atau memulakan bicara, risau kalau kawannya itu akan mula memandang serong atau berubah selepas dia memberitahu perasaan dia. Lagipun kawan sy ni lebih sayangkan persahabatan mereka.
Emmm susah jugak sy nak menjawab sebab nanti salah jawab, hilang pulak satu persahabatan. Tapi dari satu sudut, kalau perasaan itu dipendam lama pun tak elok jugak... manalah tahu kan dalam masa yang sama kawan dia tu pun ada perasaan yang sama. Apa pendapat anda?

Tuesday, July 8, 2014

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Ehsan Google
Resepi kita kali ini adalah Siput Sedut Masak Lemak. Mulanya sy nak buat Siput Sedut Masak Sambal tapi tak jadi last2 minit sebab sy rasa kalau masak berkuah sedap sikit makan..ahakss. Short the story, Antara bahan-bahannya adalah:
2 @ 3 kilo siput sedut yang dipotong bahagian ekornya.
3 keping asam keping
4 batang keladi beserta isi yang direbus separuh masak.
2 biji kelapa untuk santannya.
1 batang serai
1 helai daun pandan
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Bahan kisar:
20 btg cili padi
1 inci kunyit basah
1/2 inci halia
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Cara memasaknya mudah saja. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan serai, daun pandan, asam keping, santan. Kemudian masukkan siput. Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Dalam 10 minit masukkan pula keladi dan batang keladi. Kacau sehingga sebati dan rata. Agak kuahnya sudah sebati, bolehlah dihidangkan...Mudahkan.

Sunday, July 6, 2014

MASIH BELUM MENJEJAKI LAGI

Dalam diam tak diam dah masuk hari ke 8 kita berpuasa..Masa kalau kita tak menunggu memang akan terasa cepat berlalu. Cuba kalau kita menghitung hari..memang terasa lambat benar masa tu nak sampai. Setakat ni sy masih belum lagi singgah ke Bazaar Ramadhan..ahakss. Satu pencapaian yang pelik sebab setiap tahun pastinya puasa pertama sy dah jejak ke Bazaar Ramadhan sebab pertamanya nak tengok apa juadah2 yang menarik yang ada terjual di sana. Tapi sejak kebelakangan ni bila setiap kali sy pergi beli harga makanan asyik naik aje..di campur pulak dengan setengah makanan tak berasa sangat ( dalam erti kata lain tak sedaplah..) sy pun dah mula tawar hati nak ke Bazaar. Setakat ni sy samada makan di kedai2 makan atau masak sendiri. Puas hati sikit...sedap pun sedap, jimat pun jimat..ahakss...
Semalam sy berbuka di foor court pasaraya Mydin. Perghh memang ramai orang tapi nasib baik sy datang awal, jadi dapat lah jugak tempat duduk...best nya bila berbuka di tempat ramai orang ni bila waktu berbuka. Bila masuk je time berbuka..masing2 tengok orang lain..dah boleh makan be belum? selagi kita tak tengok orang makan kita pun jadi was-was nak makan..kelakar jugak tengok gelagat masa itu..Tapi sebenarnya dah time berbuka tu..berbuka ajelah..kan disunatkan berbuka awal.

Saturday, July 5, 2014

MINI GIVEAWAY BLOG HT

Minggu ini sy agak blur sikit nak buat entry apa sebab keletihan dengan kerja2...ahakss. Tetiba terlihat pada salah satu entry di blog rakan blogger sy si Yun Sing yang memaparkan tentang mini giveaway ni.. Intai2 nampak syaratnya pun simple, tak banyak sangat yang kena buat jadi sy pun 'on' ajelah memandangkan dah blurr tadikan...
Mini Giveaway ini di anjurkan oleh herba-tihara.blogspot.
Kalau u all tengok dalam gambar tu macam buahkan... siap dibalut plastik lagi. Sebenarnya semua tu sabun... Yup.
"Sabun dimana kau sabun..Sabun dibilik mandi" teringat cerita P Ramlee dalam laksamana Do Re Mi.
Antara banyak2 sabun2 tu sy suka sabun manggis sebab bentuknya yang cute dan comel dan putih..ahakss. Sebenarnya sabun manggis ini banyak khasiatnya. Antaranya:
1) Menghilangkan daki dan sel kulit mati
2) Menghilangkan kesan2 parut ringan
3) Menghilangkan bahagian hitam celah peha, ketiak dan seluruh badan.
4) Menjadikan kulit halus dan licin
5) Menegangkan kulit dan kedutan
6) Kulit sentiasa gebu dan segar
7) Menghilangkan jerawat
8) Memutihkan kulit tidak kira di wajah mahupun badan.
Ini kerana walaupun buah manggis tu nampak je 'cemetot' tapi ianya mempunyai 40 jenis bahan spt xanthones, chatechin, polyphenols, polisakanida, vitamin C, zat besi, Niasin, Kalsium, Protein, Vitamin B1 dan B2.

Friday, July 4, 2014

ULASAN MOVIE - DELIVER US FROM EVIL

Filem yang dibintangi Eric Bana ini bagi sy ada kelainan sedikit walaupun cara mereka dirasuk ni adegannya lebih kurang sama dengan 'Exorcism Of Emily Rose'. Juga dibintangi oleh Edgar Ramirez dan Olivia Munn. Ceritanya mengisahkan tentang beberapa orang askar yang bertempur di Iraq mengalami syntum gangguan syaitan dan bermula daripada Giggs yang dirasuk hingga kepada semua kawannya yang membunuh diri apabila dirasuk. Sarce lakunan Eric Bana adalah seorang polis yang tidak mempercayai tentang rasukan dan aktiviti paranormal telah menyiasat kejadian2 pelik dan setiap siasatannya berkait tentang Giggs dan kawan2nya hinggakan anak dia sendiri di kacau oleh kuasa tersebut. Akhirnya akur dengan kenyataan, Sarce telah bergabung dengan seorang paderi lakunan Edgar Ramirez untuk menentang Giggs yang telah dirasuk oleh syaitan
Secara keseluruhan cerita ini bg sy ada adegan2 yang suspens buat kita terkejut tapi dari segi seram nya agak kurang. Satu lagi yang sy agak kurang suka dari segi subtitle nya bercampur2..Agak sensitif sikitlah tapi tak payahlah sy sebutkan disini. So bagi mereka yang nak tengok cerita penuh suspens saksikan lah cerita ini.........

Thursday, July 3, 2014

NUFFNANG - PREMIERE SCREENING - AWESOME

Ramai yang beratur untuk mendapatkan tiket
Selesai sudah menonton Premiere Screening "Deliver Us From Evil" yang penuh separuh panggung di Tanjung Golden Village, One Utama semalam. Sebelum sy meng'sipnosis'kan cerita itu, biar sy cerita sikit tentang pengalaman sy semalam. Memang ramai orang. Tak salah sy ada 2 atau 3 premiere screening yang ditayangkan dari organisasi yang berlainan...tapi sy salute Nuffnang kerana staff diorang datang tepat pada masanya dah kita pun tak perlu beratur panjang..just relax tunggu masa tayangan bermula. Staff dia pun very polite, very friendly dan mesra alam.  
Sesudah aje sy mendapat tiket terus sy pergi membeli makanan di TGV ... Lapar jugak sebab berbuka tadi dengan air mineral aje. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang mula berkumpul depan panggung kerana macam sy katakan tadi ada 2 @ 3 premiere screening pada masa yang sama termasuk cerita "Deliver Us From Evil"........So sipnosis nya next entry ye.

Wednesday, July 2, 2014

NUFFNANG - PREMIERE SCREENING I'M ON MY WAY

Tika dan saat ini, sekejap lagi... sy akan bersiap sedia untuk pergi ke One Utama untuk join dengan 'bloggers Nuffnang' yang lain untuk menyaksikan premiere screening filem bertajuk Deliver Us From Devil. Yang sedihnya sy terpaksa pergi sorang2 sebab buntu idea nak ajak sapa ...ahaksss. Anyway, yang penting kita pergi dan meng'hayati' cerita seram itu..... 
Hari pun nampaknya macam menambahkan seram pulak bila hujan turun sejak dari petang tadi... Emm fikir jugak nak beli apa ye untuk berbuka nanti? Kita tengok jelah apa yang ada kat sana....sure banyak pilihan. Salam santai dan selamat berbuka puasa semua pada hari ke 4 Ramadhan

EH EH KURUSNYA AWAK

Biar betul? Biar betul betul... Baru 3 hari puasa dah ada orang kata kurus. Padahal selama ni diet itu ini, buat senaman gitu gini..tak jugak turun2 berat badan.. apalagi nak dengar orang kata macam tu, ini baru hari ke 3 berpuasa dah orang cakap macam tu. Timbul pulak persoalan...apa yang dia cakap tu betul ke atau menyindir? Ahakkkss manalah tau kan, dalam baik2 dia dok cakap rupa2nya menyindir. Yelah bulan puasa tapi perut tak turun2... Hahaha..opsss sorry ye pak cik Mail..sy tak mengata pak cik..(Pak Cik Mail ni despatch kat tempat sy bekerja )
Kadang-kadang pada hari puasa ni macam2 telatah yang boleh sy lihat..tak payah pergi jauhlah..tengok saja suasana di office sendiri. Ada yang depan komputer tapi mata tertutup cantik je.. Ada yang keluar masuk toilet ..bukan lah nak minum air..ahakss basuh muka sebab tak tahan dek ngantuknya. Ada yang ligat pun ada, macam tak ada beza bulan puasa dengan tak puasa. Ada yang waktu lunch hour berehat sambil melelapkan mata tapi ingatkan tidur 30-40 minit..rupa2nya nun..terlajak sampai pukul 3 ptg..haha. Nasib baik dalam surau orang tak perasan. Ada yang dah promote kuih muih.. Ada yang dah canang warna tema baju raya tahun ni...Dan yang paling banyak sy lihat atau percakapan yang sering sy dengar ialah.."ada ke duit raya?"

Tuesday, July 1, 2014

HIASI RUMAH ALA INGGERIS


Pastinya ada jugak di antara kita yang sudah merancang untuk menghiasi rumah sempena Hariraya nanti.. Paling tidak pun semua barang2 perabut di kemas atur balik menjadi kemas, langsir dibasuh supaya nampak baru...Yelah, kenalah berjimatkan..yang penting suasana Hariraya tu yang nampak ceria. Baru atau lama tu soal kedua, yang penting raya tu meriah walaupun disambut secara sederhana.

Salah satu deko yang dapat menampilkan keindahan dan menarik perhatian adalah deko berkonsepkan Inggeris. Sekarang ni memang terdapat banyak kedai yang menjual barangan2 perabut ala Inggeris mahupun barangan accesories seperti jam gantung, wall paper, barang2 hiasan dan pelbagai lagi untuk mencantikan dan meng'inggeris'kan lagi rumah anda..ahaksss.
Salah satu tempat yang biasa sy pergi untuk membeli barangan ala Inggeris adalah Giftmine Shop yang terletak di PKNS Shah Alam dan jugak Romantika yang terletak di Alam Sentral Shah Alam. Memang banyak pilihan dan harga yang amat berpatutan dari yang sekecil2nya sehinggalah barangan perabut. Ada jugak pelekat2 bunga2 Inggeris untuk bagi mereka yang kreatif dapat menampalnya di cawan2 ke, pinggan2 perabut putih agar nampak ala-Inggeris barangan tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails