JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, April 30, 2014

MUNDAR MANDIR DI KL

Minggu lepas, sy 'ter'lepas ke KL. Selalunya tempat kegemaran sy untuk berjalan2 ialah di Shah Alam sebab tiada kesesakan melampau dan senang nak cari parking.. Semua ada kat sana kecuali panggung wayang. Kalau nak tengok wayang kena pergi ke Klang atau Subang Jaya... Cuma kali ni sy kesana menaiki komuter dan LRT saja. Bukan dengan kereta. Rasa nak cuba tukar selera...So berjalan2 sampai sy tak sedar malam menjelma.. Sana sini sy berjalan, daripada KLCC hingga ke Petaling Street. Memang banyak gelagat manusia yang dapat sy lihat dalam satu hari tu... Dari gelagat turun naik bas, dari gelagat mereka bekerja hingga kepada mereka2 yang berada di jalanan mencari rezeki.. Tak kira apa bangsa, tak kira apa yang mereka lakukan, sy cuma dapat lihat kedamaian antara mereka...
Sebagai contohnya, semasa sy sedang makan tengahari di satu lorong berdekatan dengan Pasar Seni, Sy lihat semua bangsa makan di tempat yg sama sambil mereka berseloroh dan berbual tak kira samada mereka berpakaian kemeja atau yang ber tshirt koyak.. Sy tak nampak perbezaan bila mereka berbual.. Budaya ini jugak yang dapat kita lihat pada zaman2 ibubapa kita dulu...
Pada malamnya sebelum sy balik...sy singgah makan di kaki lima berdekatan dengan Bus Stand Puduraya. Makan kat situ kita tidak kesunyian, kita di hiburkan dengan penyanyi jalanan yang mendendangkan lagu2 terbaru... ada yang tak malu, diorang pun turut nyanyi walaupun mereka tau suara mereka tak sedap..ahakss.

NEW BLOGLIST ...


Belek punya belek, tinjau punya tinjau...buat blogwalking sana sini, nampaknya hampir setengah daripada Jomsantaisekejap punya blog member dah samada bertukar blog ataupun sudah tidak aktif.. Tak pastilah sy, tapi memang tak dapat nak masuk website diorang dah... Jadi maybe minggu ni adalah minggu untuk mengubah bloglisting yang baru... Ada yang dah lama menjadi member blog sy sejak sy berkecimpung dalam blogging ni... Sedih jugak bila ada yang sudah tidak aktif sedangkan dulu2nya kami rapat walaupun hanya dalam dunia blogging...Resam lah tak semua akan kekal. So...apalagi...sekarang cari rakan2 bloggers yang baru pulak...

Tuesday, April 29, 2014

SEDETIK BILA KESEORANGAN...

Hujan dah mula turun lagi....guruh dah mula berdentum sana sini...Kebetulan pulak sy berseorangan di office. Jam dah pukul 9 malam... Tiba2 mesin fax berbunyi...Alahai dia buat dah..tapi tak nampak pulak ada fax masuk. Dalam 10 minit kemudian, tiba2 ada terdengar bunyi sesuatu jatuh dari arah pantry...Ahakssss. Sy bukak lagu kuat2 tapi macam tak menjadi pulak rasanya sebab lagi kuat sy bukak lagi terasa pulak seramnya....
Cuba kalau ada beberapa orang dalam office, pintu tutup sendiri pun tak hairan.. tapi sebab bila dok sorang2, itu yang macam2 masuk dalam kepala... sampai ada kawan sy bercakap, kentut sendiri pun boleh terkejut..hahaha..very funny. Tapi lepas tu..semua kembali tenang tanpa ada bunyi2 yang tak diingini...
Dalam kesempatan itu, sempat jugak sy menziarah beberapa blog member2 blogger yang lama dah tak sy kunjungi, namun hampa sbb tak dapat masuk..tak pasti samada dah di tukar atau dah ditutup. Biasalah adat, ada yang bersawang, ada yang aktif..ada yang sekejap ada sekejap tak ada...macam sy. Tapi ini semua dunia yang selalu kita nampak dala blogging...yang pasti, ada ramai bloggers baru yang tumbuh macam cendawan... 

Saturday, April 26, 2014

KATA ORANG CINTA TIDAK SELALU INDAH..

Pasti banyak kata2 yang selalu kita dengar tentang cinta... Bila saja kita dilanda cinta, semua pasti nampak ceria dan bersinar.. apa saja indah..apa saja bahagia, tanpa kita sedar itu semua merupakan permulaan untuk kita menempuh satu lagi alam baru yang pasti akan menjanjikan pelbagai dugaan dan saat2 pahit manis...
Kata orang cinta tidak selalu indah..tidak seperti uang kita bayangkan dan harapkan.. Betul ke? 
Pernah satu ketika dulu, sy punya seorang kawan yang sangat pendiam..kami sama2 belajar di UITM Shah Alam. Sifat pendiam nya terbawa2 sehingga ke alam pekerjaan... namun semuanya berubah apabila dia mula bertemu cinta hatinya. Sifatnya daripada pendiam mula berubah menjadi  mudah mesra dan peramah..kadangkala lebih banyak cakap daripada kawan2 nya termasuk sy ..ahakksss. 
Namun percintaan mereka hanya bertahan selama 3 tahun apabila kekasihnya meninggalkan dia.. tanpa alasan. Dan ini semua memberi impak yang mendalam kepada kawan sy sehingga dia menjadi lebih pendiam daripada dulu... Puas jugak kami kawan2nya cuba untuk menghiburkan hatinya tetapi hampa... Akhirnya kerana terlalu kecewa, kawan sy ini telah membawa diri ke US... dan kami terputus hubungan. Cinta tidak selalu indah....kan?

Thursday, April 24, 2014

HANYA PADAMU KU BERSERAH....

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara... namun dalam hidup yang sementara ini lah terdapat pelbagai dugaan dan rintangan yang kadangkala menguji seluruh kesabaran yang kita ada... Jika yg tidak mampu, pasti akan jatuh jugak..bagi yang dapat bertahan akan terus menghadapinya dengan tabah. Anda berada di situasi yang mana? Takat mana kekuatan yang kita ada sebagai manusia yang penuh kedaifan mampu bertahan dengan setiap ujian dan masalah yang melanda?
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... tapi bukan semua dari kita mampu untuk mencari jalan penyelesaian dan kadangkala jalan itu ada di depan mata pun kita tidak terfikir akan nya. Itulah lumrah manusia... Kadangkala di atas, kadangkala di bawah.
Realitinya, semua pernah merasa.... orang senang pun pernah merasa kesusahan. 
Sy selalu percaya kepada kata2 seperti " People always fail to plan, but never plan to fail". Manusa selalunya gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal.... Biar gagal berkali2 jangan gagal sekali terus tersungkur...Sy percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Sy percaya Tuhan itu Maha Adil dan akan membantu umatNya yang dalam kesusahan.......... 

TERPISAH BUAT KALI KEDUANYA....

"Daniel...It's all over..." nada suara teresak2 dari kawan lama sy.. kami jarang berjumpa kerana kesibukan masa namun sentiasa saja update melalui sms tentang hal masing2..tiba2 kali ini, terus saja dia call sy dengan suara yang sayu.....
Kenapa it's all over? Kenapa semuanya berakhir? Maybe cerita mereka sudah sy post pada entry sy yang lepas, tak ingat sy bila sy post, maybe tahun lepas agaknya ..mengenai hubungan cinta mereka yang terpisah sejak zaman sekolah namun masing2 terpisah tanpa mengetahui bahwa antara mereka mempunyai perasaan sehinggalah mereka bertemu kembali pada pertemuan yang tidak disangka2....
"Apa maksud you it's all over?" Sy bertanyakan lagi kepada kawan sy itu..
"She's has someone else... This is a second time i'm losing her" kawan sy meluahkan apa yang terbuku..
"Macam mana boleh jadi macam tu? I thought you all were fine together selama ni..." Sy cuba menenangkan perasaan kawan sy tu tapi sy tahu ianya tidak berkesan..
"I don't know apa yang tak kena, mungkin jarak kami yang jauh ni buat dia berubah.. I don't know...I pun tak sangka this thing would happen....Why? Why?"
"Dah dahlah tu... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ini semua dugaan untuk you. Dah bukan jodoh you.. banyak2 bersabar..." Sy tau kawan sy dalam keadaan yang amat tertekan.. Apatak nya dari kecil, mereka bercinta, kemudian terpisah..kemudian berjumpa kembali dan kini berpisah..lagi......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails