JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, December 23, 2014

SALES DI RUANG LEGAR SACC MALL

Suasana di SACC MALL
Minggu lepas sempat sy berkunjung ke SACC Mall Shah Alam sambil berehat dan bersantai disana...( tapi sebenarnya masa tu hujan lebat sangat2, jadi terpaksalah sy berkhemah sekejap kat sana ) 
Di ruang legar SACC Mall ada jualan besar2an barangan berjenama dari kasut, handbag hinggalah pakaian.. Memang kow2 harganya turun. Apa taknya ada yang discount sehingga 70%... Ada orang cakap, masa ni lah nak beli barang2 sementara GST belum dikenakan.. Entah ye entah tidak.... :-)
Apa2 pun bagi sy, yang penting hemah berbelanja. Masa sekarang dalam ekonomi yang tak menentu apalagi dengan harga barangan yang mahal, sana sini harga naik... Harga teh tarik dulu segelas 1.20 sekarang ada yang dah cecah 1.90 walaupun restoran biasa aje. Kuih karipap pun ada yang jual 1 seringgit. Mail dalam cerita Upin Ipin pun jual 2 seringgit..ahaksss...
Sy rasa adalah lebih baik dan dah sampai masanya juadah2 ringan ni kita buat sendiri.. karipap, segala jenis pengat, donut dan macam2 lagi kuih yang simple. Buat sendiri..makan sendiri, kos pun murah dan puas hati...kan kan kan.

4 comments:

  1. mmg semua bende dah mahal sekarang.. kita yang meniaga ni pun.. nak naikkan harga kesian kat orang tak naikkan harga, barang asas pun dah makin mahal.. kesian orang.. kesian diri sendiri jugak :( lagi2 peniaga2 kecil tepi tepi jalan mcm kite ni... ape pun.. kene berkhemah la dalam berbelanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... tak kira sapa kita memang kena hemah berbelanja..Kira awk ni peniaga lah ye..bagus bagus bagus...harap sentiasa berjaya dalam apa yang anda ceburi...

      Delete
  2. hehe. saya tak pandai buat karipap. tapi memang betul la sekarang penjual nak untung je. tak tengok kawasan tu kampung or bandar. macam mana la lepas gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tgk youtube je cara buat..senang sgt2. Memang sekarang ni semua tempat harga barangan dah naik walaupun ada jugak setengah peniaga masih lagi berniaga dengan harga yang sederhana...

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails