JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, December 29, 2014

RESEPI JUS TIMUN DENGAN JAMBU BATU

Rasanya inilah kalau tak 1st time maybe 2nd time sy berkongsi resepi jus. Memang jarang sy berkongsi resepi jus sebab bagi sy tak payah nak beresepi2 sebab semua orang boleh buat.. Tapi kali ni bukan sebab jus nya sy nak kongsi tapi khasiat disebalik jus ini yang mana secara umumnya kombinasi kedua2 buah ini antaranya dapat mengurangkan kolestrol, membantu mengurangkan berat badan, memulihkan mata, agen melawan kanser, membantu penghadaman dan banyak lagi khasiatnya... so sambil minum jus sambil menjaga kesihatan..kan kan kan. Cara buatnya pun mudah.
Bahan-bahannya adalah:
2 biji jambu batu merah atau putih dibuang kulit dan kisar sehingga halus ( sekali dengan bijinya)
1 biji timun, buang empulurnya dan kisar hingga halus.
3-4 sudu kecil madu
500ml air suam
Beberapa ketul ais.
Cara membuatnya adalah dengan mengisar semua bahan tadi sekali. Kemudian hasilnya di campur dengan beberapa ketul air batu dan bolehlah diminum. Memang sedap, menyegarkan dan berkhasiat untuk kesihatan...

6 comments:

  1. try try try.... untukkesihatan khasnya dan jugak rasanya pun sedap....huhu.

    ReplyDelete
  2. Dah kisar kena tapis tak? Husben klu ada habuk2 minuman dia,dia x suka nak minum. Tapi Hana nak minta dia jaga la badan dia sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya elok tak tapis sbb dah dikisar halus..rasa macam minuman shake.. tapi kalau husben tak suka macam tu, boleh jugak ditapis.. cuma khasiat tu kurang lah sikit...

      Delete
  3. Hmm..betoi juga..Blm cuba blm tau.. Mana tau x tapis pun husben minum je..huhu..

    Ps:JSS ditag dalam post terbaru Hana tau..gi tandatangan jab..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul..tapi tgklah husben Nur Hana Law mcm mana..lain orang lain citarasa dia kan...
      Tkasih kerana tag nya...InsyaAllah nnt sy singgah balas ye...kena tandatangan ye..:-)

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails