JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, December 22, 2014

RESEPI AYAM KICAP ASAM ALA SANTAI

Resepi kali ni sy nak berkongsi resepi ayam masak kicap asam. Saja je tambah asam tu sebab selalunya masak kicap ni kalau tak manis..masin, yelah sebab dah kicap pun ada kicap manis dengan kicap masin.. so kali ni kita pelbagaikan pulak rasa masak kicap...
Macam biasalah, bahan2 yang sy gunakan semua cukup simple.. antara bahan2nya adalah:
Bahan tumis 
3 biji bawang merah kisar halus
2 biji bawang putih kisar halus
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 btg cili padi 
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bahan utama - 5 @ 6 potong ayam dan 2 biji kentang potong ikut suka anda.
Cara membuatnya, panaskan beberapa sudu minyak dan kemudian masukkan semua bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian campurkan secawan atau 2 cawan air ikut pada berapa kepekatan air yang anda mahu dan garam secukup rasa, kemudian masukkan ayam. Dalam 10 minit , masukkan pula kentang dan tunggu hingga ayam sudah empuk atau masak, bolehlah dihidangkan..

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails