Thursday, November 13, 2014

TERINGAT KENANGAN DI ZAMAN SEKOLAH...

Antara banyak2 zaman... zaman semasa bersekolah menengah lah yang bagi sy mempunyai banyak kenangan apalagi bila kita bersekolah di asrama penuh.. Semua perkara kita terpaksa berdikari dan berusaha sendiri, mempunyai kawan yang dapat menjadi penghilang rindu kepada keluarga, makan di dewan makan bersama2 junior dan senior, melibatkan aktiviti2 kelas mahupun luar kelas seperti disurau, sukan dan lain2.. Pastinya apabila penghujung tahun akhir menjadi masa yang sukar untuk digambarkan kesedihannya kerana terpaksa berpisah dengan guru2 dan kawan2 yang akan membawa haluan masing2 ke peringkat yang lebih tinggi..dan pastinya ada yang selepas itu bertahun2 terpisah...
Teringat sy apabila mula2 sy menjejaki ke alam persekolahan menengah...  malam pertama saja senior dah datang ke bilik kita orang 'melawat'2..ahaksss. Lepas tu dikumpulkan semua ..( taklah semua, maybe satu dorm tu je dalam 20 orang ) dan kemudian membuka cerita2 hantu yang pernah berlaku di dorm dan kawasan sekolah tersebut...memang mengerikan menyebabkan malam tu ramai jugak yang tak dapat tidur... Dan cerita itu jugaklah yang sy ceritakan kepada junior2 bila mereka menjejaki asrama ...dan sehingga ke hari ni. Cerita tersebut tak ada yang berubah... Pasti sekolah anda jugak ada trend yang macam tu...ahaksss.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails