Wednesday, August 6, 2014

ULASAN MOVIE - INTO THE STORM


Nuffnang Premiere Screening sekali lagi. Semalam sy berpeluang menyaksikan premiere screening cerita 'Into The Storm' jemputan daripada Nuffnang yang baik hati dan jugak sponsornya TGV One Utama. Macam biasalah layanan staff2 Nuffnang memang awesome..macam dah lama kenal walaupun tak kenal. Salute to you all Nuffnang !!!
Ok dengan barisan pelakun2 seperti Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh dan lain2, cerita nya mengisahkan sekumpulan pencari dan pembuat filem profesional bagi ribut taufan aka tornado telah berjaya mendapat maklumat akan berlaku satu tornado di sebuah perkampungan Silverton, namun tidak semua menjangkakan bahwa tornado tersebut adalah tornado yang terkuat dan gabungan daripada dua tornado hinggakan semua rumah dan kapalterbang pun melayang sehingga ke awan. Ada ketikanya berlaku 4 tornado serentak menyebabkan suasana kelam kabut hinggakan kita terasa tiada tempat yang selamat walau dimana pun kita berada....
Dengan gegaran2 bila berlaku tornado tu dapat sy rasai bila duduk di kerusi TGV cinema, terasa macam kita berada di tempat kejadian...sampai ada yang terjerit dalam panggung sebab gegaran tu terasa..ahakkss.
Ceritanya memang penuh suspens dan membawa kita betul2 ke situasi tersebut dan ada jugak adegan2 kelakar di akhir2 babak filem Into The Storm. Bagi yang nak tengok cerita tentang kejadian alam dan suspens...Jom.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails