Thursday, August 14, 2014

MEE REBUS HAJI WAHID YANG SEDAP



Setiap kali kalau sy balik ke JB pastinya makanan kegemaran sy iaitu mee rebus takkan sy lupa singgah kat mana2 gerai yang menjual mee rebus sebab mee rebus johor ni lain sikit daripada yang dijual luar dari johor. Paling yang menjadi kegemaran sy ialah mee rebus dari keluarga Haji Wahid dan jugak Lan Janggut. Hari tu masa raya, nasib sy kurang baik tak dapat nak merasa mee rebus Haji Wahid sebab masa sy datang dah cukup panjang orang beratur untuk merasakan kesedapan mee rebus Haji Wahid dan sampai satu ketika dah habis..uhukkss. Ciannya.

Sy masih lagi tercari2 restoran mee rebus Haji Wahid yang dikatakan mempunyai cawangan di Seksyen 24 Shah Alam. Survey dalam internet tak dapat jugak..Jika ada sesiapa yang tau, inform ye...
Serba sedikit tentang mee rebus Haji Wahid ialah keluarga Haji Wahid telah memulakan usaha makanan pada 1919 dimana ianya bermula dengan 3 generasi dari Basid Ali, Karam Ali, Wak Baidari yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul disekitar Bukit Zaharah dan Kg Air Molek, Johor.
Pada tahun 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambilalih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, diseberang stesen KTM Johor Bahru dan pada tahun 1978 perniagaan Haji Wahid telah berpindah ke terminal bas Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim telah membuka kedai mee rebus pada sebelah petangnya di Tepian Tebrau.

4 comments:

  1. Replies
    1. Bagi sy memang dalh sedap..sekali makan rasa macam nak ambah lagi berpinggan2.. ahaksss

      Delete
  2. Saya dah test resepinya. Ternyata tidak mengecewakan. Mungkin x sesedap masakan si pemilik resepinya..

    http://belangaretak.blogspot.com/2014/08/mee-rebus-johor-resepi-mee-rebus-hj.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba ni...nanti sy cuba...lepas tu kalau sedap sy jemput..kalau tak sy makan sendiri

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails