JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, July 8, 2014

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Ehsan Google
Resepi kita kali ini adalah Siput Sedut Masak Lemak. Mulanya sy nak buat Siput Sedut Masak Sambal tapi tak jadi last2 minit sebab sy rasa kalau masak berkuah sedap sikit makan..ahakss. Short the story, Antara bahan-bahannya adalah:
2 @ 3 kilo siput sedut yang dipotong bahagian ekornya.
3 keping asam keping
4 batang keladi beserta isi yang direbus separuh masak.
2 biji kelapa untuk santannya.
1 batang serai
1 helai daun pandan
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Bahan kisar:
20 btg cili padi
1 inci kunyit basah
1/2 inci halia
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Cara memasaknya mudah saja. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan serai, daun pandan, asam keping, santan. Kemudian masukkan siput. Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Dalam 10 minit masukkan pula keladi dan batang keladi. Kacau sehingga sebati dan rata. Agak kuahnya sudah sebati, bolehlah dihidangkan...Mudahkan.

11 comments:

  1. lama tak makan siput ni.. susah nk cari sekarang. kt teluk intan byk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak dapat..Kat pasaraya pun memang tak de....nak makan kena pergilah kedai2 makan yang ada jual...

      Delete
    2. kalau ke kampung2 nelayan rasanya ada kot. tp memang susah nk cari. dh semakin pupus kot siput ni

      Delete
  2. wahhh memang sedap uu tapi tak pernah masak takut...!!selalu makan dekat TTdI Jaya kedai merah tuuu sedap banget..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhailas Sudin - Hahaha..takut sbb dia gerak2 ehh? Tak pe, kalau takut makan je dekat kedai.. Oooo kena pi cuba kat kedai tu..

      Delete
  3. Fhatin Amelia - Sedap sedap sedap... ada masa cubalah...

    ReplyDelete
  4. JSS...alahai kau ni macam2 resepi pulak keluar bulan ramadhan ni. gambar tu takyahlah tunjuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja je Kak CT..masa nilah nak menguji kan..masak tak de gambar tak thrill lah kak ct...

      Delete
  5. Err.. entah kenapa.. gambar tu macam....... hmmm.. .__. kinda creepy xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gambar macam tu...Itulah siput sedut. Looks creepy but taste its good and delicious...

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails