JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 29, 2014

SEDETIK BILA KESEORANGAN...

Hujan dah mula turun lagi....guruh dah mula berdentum sana sini...Kebetulan pulak sy berseorangan di office. Jam dah pukul 9 malam... Tiba2 mesin fax berbunyi...Alahai dia buat dah..tapi tak nampak pulak ada fax masuk. Dalam 10 minit kemudian, tiba2 ada terdengar bunyi sesuatu jatuh dari arah pantry...Ahakssss. Sy bukak lagu kuat2 tapi macam tak menjadi pulak rasanya sebab lagi kuat sy bukak lagi terasa pulak seramnya....
Cuba kalau ada beberapa orang dalam office, pintu tutup sendiri pun tak hairan.. tapi sebab bila dok sorang2, itu yang macam2 masuk dalam kepala... sampai ada kawan sy bercakap, kentut sendiri pun boleh terkejut..hahaha..very funny. Tapi lepas tu..semua kembali tenang tanpa ada bunyi2 yang tak diingini...
Dalam kesempatan itu, sempat jugak sy menziarah beberapa blog member2 blogger yang lama dah tak sy kunjungi, namun hampa sbb tak dapat masuk..tak pasti samada dah di tukar atau dah ditutup. Biasalah adat, ada yang bersawang, ada yang aktif..ada yang sekejap ada sekejap tak ada...macam sy. Tapi ini semua dunia yang selalu kita nampak dala blogging...yang pasti, ada ramai bloggers baru yang tumbuh macam cendawan... 

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails