Wednesday, April 30, 2014

MUNDAR MANDIR DI KL

Minggu lepas, sy 'ter'lepas ke KL. Selalunya tempat kegemaran sy untuk berjalan2 ialah di Shah Alam sebab tiada kesesakan melampau dan senang nak cari parking.. Semua ada kat sana kecuali panggung wayang. Kalau nak tengok wayang kena pergi ke Klang atau Subang Jaya... Cuma kali ni sy kesana menaiki komuter dan LRT saja. Bukan dengan kereta. Rasa nak cuba tukar selera...So berjalan2 sampai sy tak sedar malam menjelma.. Sana sini sy berjalan, daripada KLCC hingga ke Petaling Street. Memang banyak gelagat manusia yang dapat sy lihat dalam satu hari tu... Dari gelagat turun naik bas, dari gelagat mereka bekerja hingga kepada mereka2 yang berada di jalanan mencari rezeki.. Tak kira apa bangsa, tak kira apa yang mereka lakukan, sy cuma dapat lihat kedamaian antara mereka...
Sebagai contohnya, semasa sy sedang makan tengahari di satu lorong berdekatan dengan Pasar Seni, Sy lihat semua bangsa makan di tempat yg sama sambil mereka berseloroh dan berbual tak kira samada mereka berpakaian kemeja atau yang ber tshirt koyak.. Sy tak nampak perbezaan bila mereka berbual.. Budaya ini jugak yang dapat kita lihat pada zaman2 ibubapa kita dulu...
Pada malamnya sebelum sy balik...sy singgah makan di kaki lima berdekatan dengan Bus Stand Puduraya. Makan kat situ kita tidak kesunyian, kita di hiburkan dengan penyanyi jalanan yang mendendangkan lagu2 terbaru... ada yang tak malu, diorang pun turut nyanyi walaupun mereka tau suara mereka tak sedap..ahakss.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails