JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, November 29, 2013

JOM MAKAN DI GANGNAM STATION RESTAURANT SHAH ALAM

So untuk segmen jalan2 makan kat mana ..ahakss kali ni sy nak rekomen kan anda semua untuk singgah ke restoran makanan korea..Don't worry halal kerana pemiliknya melayu dan restoran tu dah masuk dalam rancangan jalan2 cari makan...Nama tempat tu adalah Gangnam Station Restaurant. Perggghh memang best makanannya..ada pelbagai variasi jenis makanan korea.. So sy order yang set Bulgogi yang dihidangkan dengan sotong serta pelbagai lagi makanan sampingan yg kita boleh "refill" kecuali lauk utamalah ye..kalau tak bankrup tauke restoran...sebelum makanan yang kita pesan sampai, kita dihidangkan dengan 4,5 pinggan kecil tit bits korea yang enak... yang ni boleh refill..
Set Bulgogi sy order
Restoran tersebut terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan jalan masuk ke perpustakaan Shah Alam.. tapi restoran tu agak kedalam sikit jadi kalau daripada luar jalan kita tak kan nampak... Banyak jugak restoran2 yang lain ada disitu. Oleh kerana sy pergi waktu tengahari, mungkin tak nampak meriahnya.. sy boleh jangkakan malam keadaan disitu pastinya penuh dengan lampu2 bergemerlapan...ahaksss. Selain set bulgogi yg sy order tu..sy jugak di hidangkan dengan rancangan tv korea..hahaha..mana yang minat rancangan running man ke, walking man ke..sambil makan sambil tgk tv..tau2 habis semua pinggan mangkuk licin anda makan...So jika anda kesana, selamat mencuba...Saranghae.

SANA SINI HARGA NAIK. APA LAGI YANG NAIK?

Sana sini harga barang naik
Tak payahlah kita cakap pasal ekonomi ke, politik ke, subsidi ke atau menuju wawasan 2020... Yang nyata sekarang ni sana sini naik.. Bermula dr harga minyak naik, harga barangan naik termasuk harga barangan kawalan, harga sayur naik..harga rumah sampai golongan berpendapatan sederhana pun tak mampu nak beli, cukai pintu, cukai tanah, akan datang letrik pun naik... Perghhh macam mana nak survive macam ni? Rakyat Malaysia yang bekerja bukan semua dapat bonus..bukan semua dapat kenaikan gaji atau kalau dapat pun bukan banyak sangat.. tapi kos kehidupan dan sarahidup meningkat berganda2.. ini tidak termasuk lagi dengan mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak.. kos taska, kos untuk anak2.. dan lain2 lagi.
Macam dah tak terbendung pulak.... tapi yang jadi mangsa sudah tentu rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Mungkin wawasan 2020 dinilai dari segi untuk mencapai penduduk yang berpendapatan tinggi namun bagaimana pula dengan kos dan perbelanjaan? Berapa ramai dari mereka yang dinilai "berpendapatan tinggi" mempunyai lebihan pendapatan yang tinggi? Tepuk dada tanya selera...
Apa2 pun sy berharap senario ini tidak berterusan... Apa pendapat anda pula?

Tuesday, November 26, 2013

RESEPI AYAM MASAK COKE ALA SANTAI

Ayam Masak Coke Ala Santai
Lama jugak sy tak berkongsi resepi...apa ketidaknya, asyik makan luar je..tak sempat nak masak. Minggu lepas sy berkesempatan masak 2 masakan dan salah satunya adalah Ayam Masak Coke Ala Santai..ahakks. Ok, tanpa membuang masa, kita mulakan dengan bahan2nya..kali ni sy buat sehabis simple yg boleh supaya siapa yang malas masak, org bujang2 nak masak lain selain telur goreng pun boleh masak... Bahan2nya adalah :
4 ketul ayam bahagian peha atau kepak atau mana2 bahagian yg anda suka.(Ayam digaul dgn sedikit garam)
4 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu kecil kicap masin
1 tin coke
3 batang cili padi atau cili merah
sedikit garam dan secawan air.

Cara memasaknya memang mudah. Panaskan sedikit minyak, dan masukkan semua bahan tumis tadi. Bila dan agak naik bau masukkan ayam dan gaul hingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan air coke 1 tin ,sedikit garam, kicap dan air secawan. Biarkan untuk seketika sehingga air mula menjadi pekat dan .....yupp itu aje. dah boleh dihidang. Hias dengan lada merah jika anda nak nampak macam hidangan Masterchef..ahakss. Selamat mencuba.


Wednesday, November 20, 2013

PERLU KE MENUKAR KERETA?

Ehsan Google
Sana sini heboh memperkatakan tentang cadangan kereta lama yang melebihi 12 tahun tidak boleh di pakai lagi. Ada yang sokong dan sudah pastinya majoritinya tidak menyokong... Pelbagai alasan dan sebab diberikan kenapa perlunya perlaksanaan cadangan tersebut dan salah satunya adalah kereta lama boleh menjadi punca kepada kemalangan kerana kondisi kereta tersebut....
Pendapat sy secara peribadi...sy tidak menyokong cadangan tersebut. Secara teorinya ada betulnya kereta lama boleh mengundang kepada faktor kemalangan tapi kalau di lihat kebanyakan kemalangan melibatkan kereta yang baru dan berusia kurang dari 12 tahun...Mungkin disitu isu pemandu dan pemanduan yang harus di titik beratkan..bukan semuanya terletak kepada usia kereta.
Sy hanya melihat dari kehidupan keliling sy.. ada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini pastinya akan menanggung beban kerana kalau sy lihat ada antara mereka yang masih menggunakan kereta yang sudah menjangkau 12 tahun..dan ada yang melebihi 12 tahun... Mungkin ada diantara mereka mempunyai perancangan untuk menukar kereta tapi bukan sekarang, bukan setelah kereta usia kereta mereka 12 tahun...tapi bila mereka berkemampuan untuk menukarnya...bila ekonomi keluarga mereka stabil.. Kalau dulu kereta boleh kita ibarat sebagai asset selain daripada rumah, namun sekarang tidak lagi.. ( jika cadangan itu dilaksanakan) Maybe rakan bloggers mempunyai banyak lagi sebab dan alasan... Kerajaan menggalakkan rakyat untuk herbelanja dengan berhemah, mengalakkan rakyat untuk mengurangkan beban hutang keluarga..termasuklah mengurangkan pinjaman lebih2 lagi jika ramai yang terpaksa memohon pinjaman untuk membeli kereta....apa pendapat anda?

Saturday, November 2, 2013

BERMULALAH SEBUAH CERITA...

Di waktu... dikala... disaat sy menaip blog ini, kedengaran petir berrrrrdentum dentam sambil kilat sabung menyabung dengan diiringin awan yang sungguh gelap gelita...perghhh lengkap terasa suasana mengerikan kalau kita buat filem seram... belum lg hujan turun, belum lagi angin bertiup kuat menghentam sekali sekala pintu dan tingkap rumah... ahaksss... so apa nak buat?..nak tgk ASTRO...doohhhh memang tak boleh walaupun bill jalan...nak jalan dalam suasana hujan ni tak tau apa nak gi mana...so do rumah, kita fikir2kanlah apa nak taip...kurang2 dapat 2,3 entry pun dah cukup bagus jugak kan..kan..kan. Emmm tiba2 rasa lapar pulak...jap ye...sy pi makan jap. Kita buat rendang ayam spesial ala santai...nnt entry akan datang sy kongsi resepinya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails