JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 28, 2013

OPEN HOUSE OH OPEN HOUSE...

Dah lama rasanya sy tak buat blogwalking...memang rindu nak menjenguk blog rakan2 tapi memang susah nak cari masa yang santai ditambah lagi dengan line yang macam siput..ahakss. Kalau nak cepat, kena gi tempat yang ada WIFI. 
2 minggu terakhir bulan raya ni sudah pastinya penuh dengan majlis open house.. Sy sendiri rasanya memang banyak jemputan open house antara larat tak larat nak pergi je dan tengok juga area mana..kalau jauh sangat, rasanya kirim salam jelah atau wakilkan sapa2 yang pergi ..me'makan'kan untuk sy. Minggu lepas office jugak ada buat open house.. Kalau sapa2 yang ada terniat nak diet ke, nak kuruskan badan ke, nak maintain sebab masa puasa berat turun giler...lupakan dulu buat sementara dalam masa sebulan ni, selagi open house ada, selagi kuih raya kat rumah belum habis..pasti susah..ahakkss.
Kerja jugak dah semakin bertambah, ingatkan lepas raya nak relaks ...bagi mood raya tu hilang slow2 tapi memang tak kesampaian..terus tersentap hilang mood tu dek kerja yang menimbun. Apa2 pun harapnya sy mempunyai cukup masa untuk menulis....

Friday, August 16, 2013

CINTA YANG PERGI DATANG KEMBALI...

Kadangkala cinta yang datang dalam kehidupan kita datang dan hadir dalam pelbagai keadaan samada yang kita jangka mahupun tidak..Adakalanya sebelum sempat kita melahirkan rasa cinta, kita telah ditinggalkan dan adakalanya tatkala kita merasakan perasaan cinta itu, cinta itu bukan pula menjadi milik kita... dan yang lebih terasa, bila keadaan seolah2 tidak selalu memihak kepada kita apabila perasaan cinta itu ada...
Dalam apa jugak keadaan...pasti semua itu akan meninggalkan kesan yang mendalam apa lagi jika perasaan itu merupakan perasaan yang pertamanya kita rasa...dan tiba2 kita terpaksa menerima kekecewaan yang cinta itu bukan milik kita..
Senang atau mudah, suka atau duka..itu semua adalah rencah dalam liku2 perjalanan kita bercinta. Ada yang kekal happy sepanjang mereka bercinta dan ke jinjang pelamin, ada yang hanya di pertengahan jalan, ada yang mampu bertahan seketika cuma.. tapi yang pasti kekecewaan itu membuatkan ada yang serik untuk bercinta dan ada yang tidak serik kerana itu lumrah kehidupan dan ada pulak yang pasrah...terima seadanya ketentuan dan takdir..Kalau ada jodoh, adalah.
Kadangkala ada cinta yang pergi...cinta yang ditolak..cinta yang tidak di ketahui orang..cinta dalam diam, tiba2 ianya datang kembali setelah bertahun kita berpisah...ahaksss. Pernahkah ada mengalaminya? Next entry akan sy cerita kisah cinta yang pergi datang kembali....


Tuesday, August 13, 2013

DINNER DI RESTORAN SINGGAH SELALU DANGA BAY

Pada malam raya ke 3 sy sempat untuk berjalan2 ke area Stulang Laut terutamanya di kawasan Danga Bay dan sempat jugak sy menerjah untuk makan di Singgah Selalu, tempat yang ada beberapa orang kawan sy rekomen jika nak makan di Danga Bay...so sy pun singgahlah. Mmg ramai orang...Pada asalnya oleh kerana dah kat johor, sy pun nak order mee rebus johor...tapi hampa. Tak dijual. Kemudian sy order tahu bakar...pun tak ada. Sekali tengok menu memang banyak senarai makanannya tapi lebih kearah makanan yang terkinilah... Last2 sy order mee goreng kari. Boleh tahanlah masakannya berbaloi jugak dengan harganya...walaupun besar, tak semua makanan ada kat situ...ahaksss. Frust jugak sy mee rebus tak ada.. Sebelum sy bekerja kat KL, jika sy pergi ke kawasan Stulang Laut mahupun pantai lido, sy akan selalu singgah ke kedai makan berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah...kat situ tahu bakar dan ikan bakar dia mmg kow2...perghhh cukup sedap...Anyway, lain orang lain seleranya...

KERUSI MENGURUT BERTUKAR...

Ehsan Google
Hariraya dua tiga hari yang lalu memang memenatkan terutamanya kerana sy asyik memandu kesana sini, daripada Kl hingga ke JB dan kemudian sehari suntuk dengan program2 berayanya samada menziarah ke kubur arwah ayah dan adik sy, beraya kerumah saudara mada dan ke rumah rakan2 yang sudah lama tidak sy jumpa... Cukup meletihkan. So untuk merehatkan dan mengembalikan kesegaran, sy bercadang untuk mengurut badan sy..tetapi bukanlah ke tempat rumah urut untuk mengurut, sebaliknya dengan kerusi urut yang berbayar ... so semasa sy berjalan2 ke Jusco Tebrau...opsss AEON Tebrau, terjumpalah sy beberapa kerusi urut dan tanpa berlengah lagi terus sy memasukkan RM5 untuk urutan selama 15 minit...mula2 duduk tu memang best...tapi selang seminit, urutan dia mula rasa lain macam...sampai ketulang2 terasa...ahaksss... sampai ke kepala, macam nak pecah kepala sy dibuatnya...mana boleh jadi..sy pun terus bangun dan tidak meneruskan urutan...pada mulanya sy ingatkan mungkin perasaan sy saja sebegitu tetapi setelah sy melihat beberapa orang pun yang bertindak macam sy..betullah bukan sy saja yang merasakan macam tu...tapi ada jugak org yang duduk sampai masa nya habis...ahaksss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails