JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, November 29, 2013

SANA SINI HARGA NAIK. APA LAGI YANG NAIK?

Sana sini harga barang naik
Tak payahlah kita cakap pasal ekonomi ke, politik ke, subsidi ke atau menuju wawasan 2020... Yang nyata sekarang ni sana sini naik.. Bermula dr harga minyak naik, harga barangan naik termasuk harga barangan kawalan, harga sayur naik..harga rumah sampai golongan berpendapatan sederhana pun tak mampu nak beli, cukai pintu, cukai tanah, akan datang letrik pun naik... Perghhh macam mana nak survive macam ni? Rakyat Malaysia yang bekerja bukan semua dapat bonus..bukan semua dapat kenaikan gaji atau kalau dapat pun bukan banyak sangat.. tapi kos kehidupan dan sarahidup meningkat berganda2.. ini tidak termasuk lagi dengan mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak.. kos taska, kos untuk anak2.. dan lain2 lagi.
Macam dah tak terbendung pulak.... tapi yang jadi mangsa sudah tentu rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Mungkin wawasan 2020 dinilai dari segi untuk mencapai penduduk yang berpendapatan tinggi namun bagaimana pula dengan kos dan perbelanjaan? Berapa ramai dari mereka yang dinilai "berpendapatan tinggi" mempunyai lebihan pendapatan yang tinggi? Tepuk dada tanya selera...
Apa2 pun sy berharap senario ini tidak berterusan... Apa pendapat anda pula?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails