Friday, November 29, 2013

JOM MAKAN DI GANGNAM STATION RESTAURANT SHAH ALAM

So untuk segmen jalan2 makan kat mana ..ahakss kali ni sy nak rekomen kan anda semua untuk singgah ke restoran makanan korea..Don't worry halal kerana pemiliknya melayu dan restoran tu dah masuk dalam rancangan jalan2 cari makan...Nama tempat tu adalah Gangnam Station Restaurant. Perggghh memang best makanannya..ada pelbagai variasi jenis makanan korea.. So sy order yang set Bulgogi yang dihidangkan dengan sotong serta pelbagai lagi makanan sampingan yg kita boleh "refill" kecuali lauk utamalah ye..kalau tak bankrup tauke restoran...sebelum makanan yang kita pesan sampai, kita dihidangkan dengan 4,5 pinggan kecil tit bits korea yang enak... yang ni boleh refill..
Set Bulgogi sy order
Restoran tersebut terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan jalan masuk ke perpustakaan Shah Alam.. tapi restoran tu agak kedalam sikit jadi kalau daripada luar jalan kita tak kan nampak... Banyak jugak restoran2 yang lain ada disitu. Oleh kerana sy pergi waktu tengahari, mungkin tak nampak meriahnya.. sy boleh jangkakan malam keadaan disitu pastinya penuh dengan lampu2 bergemerlapan...ahaksss. Selain set bulgogi yg sy order tu..sy jugak di hidangkan dengan rancangan tv korea..hahaha..mana yang minat rancangan running man ke, walking man ke..sambil makan sambil tgk tv..tau2 habis semua pinggan mangkuk licin anda makan...So jika anda kesana, selamat mencuba...Saranghae.

4 comments:

  1. Hi...saya baru jer upload pics masa makan ngan famili kat Gangnam Station 2 minggu lepas. Memang puas hati sebab halal! Kalu senang2 tu jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Topic dalam blog saya tu cakap pasal makan, makan dan makan 100% hehe takde topik lain jadi singgah la yer dan kalu minat tu follow la jugak yer TQ TQ TQ

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.
    apa khabar? semoga di dalam rahmat Allah SWT selalu.
    lama dah kakCT tak menyinggah ke sini....

    ReplyDelete
  3. Papa-Ntiq - Hi...yup memang sedap dan halal. InsyaAllah sy akan singgah ke blog anda apalagi pasal makan....

    Kak CT - Sihat adanya kak CT...harap kak ct macam tu jugak...faham kalau kak ct tak singgah tu maknanya sibuk atau adalah hal tu...

    ReplyDelete
  4. Saya memang suka bab makan ni..yang penting halal...bila dah makan mesti banyak toksik terkumpulkan..jom singgah blog saya cara nak kurangkan toksik dalam badan mudah je...
    klik suzana8378.blogspot.com..sudi sudikan la..terima kasih sahabat..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails