JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, October 23, 2013

MISTERI VOLKSWAGEN DI HIGHWAY PANTAI TIMUR - KARAK

Ehsan Google
Lama bebenor sy tak menulis..memang lama sangat. Kerja dah semakin banyak sampai susah nak cari masa untuk sy menulis blog...bukan blog saja, malah yang lain macam fb, tweet apa lagi... cerita memang banyak tapi semuanya tu menjadi sarang hae..ahakss  tanpa dapat meluahkan nya dalam blog.
So untuk permulaan...sy ceritakan dulu pengalaman sy sewaktu pergi dan balik ke Kelantan beberapa minggu yang lalu. Masa pergi sy ikut jalan Gua Musang dan waktu jalan balik sy ikut highway pantai timur - karak..kenapa sy ikut jalan tu..sebab dah tersesat, jadi dah termasuk highway, tak boleh nak patah balik..ahakss
Dipendekkan cerita waktu sy balik melalui highway tersebut, masa nak sampai ke sempadan terengganu-pahang tu, tak ingat sy area mana, waktu dah mula malam...highway tu memang gelap kiri kanan hutan, dan sekali sekala baru ada kereta yang lalu tapi semua laju2..macam kena kejar hantu....Masa tu sy tak tak ada rasa takut langsung, ngeri mahupun meremang bulu roma..sy cuma pandu dan pandu aje..dalam fikiran sy cuma selamat sampai dan tiada apa2 yang berlaku pada kereta sbb kalau tak, memang bermalam lah sy kat highway tu...
Dalam sedang asyik memandu, sy ternampak sebuah kereta volkswagen kuning berjalan perlahan..sekali jalan, sy potong je kereta tu...dalam sepuluh minit kemudian, sy ternampak kereta yg sama bhenti di sebelah jalan..tapi oleh kerana sambil memandu sy tak kisah sangat...selepas beberapa minit barulah sy teringat.."Rasanya kereta tu sy dah potong sebelum ni, macam mana pulak dia boleh ada depan sy?" Tapi oleh kerana sy tak ada terfikir yang bukan2..sy pandu dan pandu dan Alhamdulillah...selamat sampai rumah...
Esoknya sy ceritakanlah pengalaman sy tu kepada kawan sepejabat dan terkejut jgk sy bila dia mengatakan cerita volkswagen tu dah terkenal dan memang selalu menghantui laluan highway karak...serta merta meremang bulu roma sy...
P/S : Nasib baik sy tak tengok cerita KARAK sebelum ni.. sbb dalam filem tu ada kisah pasal kereta volkswagen ..ahakss..

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails