Custom Search

JomSantaiSekejap Followers

TRANSLATE OF OTHER COUNTRIES

 

Wednesday, August 28, 2013

OPEN HOUSE OH OPEN HOUSE...

Dah lama rasanya sy tak buat blogwalking...memang rindu nak menjenguk blog rakan2 tapi memang susah nak cari masa yang santai ditambah lagi dengan line yang macam siput..ahakss. Kalau nak cepat, kena gi tempat yang ada WIFI. 
2 minggu terakhir bulan raya ni sudah pastinya penuh dengan majlis open house.. Sy sendiri rasanya memang banyak jemputan open house antara larat tak larat nak pergi je dan tengok juga area mana..kalau jauh sangat, rasanya kirim salam jelah atau wakilkan sapa2 yang pergi ..me'makan'kan untuk sy. Minggu lepas office jugak ada buat open house.. Kalau sapa2 yang ada terniat nak diet ke, nak kuruskan badan ke, nak maintain sebab masa puasa berat turun giler...lupakan dulu buat sementara dalam masa sebulan ni, selagi open house ada, selagi kuih raya kat rumah belum habis..pasti susah..ahakkss.
Kerja jugak dah semakin bertambah, ingatkan lepas raya nak relaks ...bagi mood raya tu hilang slow2 tapi memang tak kesampaian..terus tersentap hilang mood tu dek kerja yang menimbun. Apa2 pun harapnya sy mempunyai cukup masa untuk menulis....

2 comments:

  1. betul tu..hehe..kena simpan dulu niat nak diet tu klu kena gi open house..

    ReplyDelete
  2. betul tu,banyak sangat open house sana-sini...sape2 nak diet tunggu dulu,sebab juadah yang dihidangkan lazat-lazat belaka,semua nak di cuba..

    ReplyDelete

Terimakasih di atas komen-komen anda.
Semuga ceria dan salam santai.....

Related Posts with Thumbnails