JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, August 13, 2013

KERUSI MENGURUT BERTUKAR...

Ehsan Google
Hariraya dua tiga hari yang lalu memang memenatkan terutamanya kerana sy asyik memandu kesana sini, daripada Kl hingga ke JB dan kemudian sehari suntuk dengan program2 berayanya samada menziarah ke kubur arwah ayah dan adik sy, beraya kerumah saudara mada dan ke rumah rakan2 yang sudah lama tidak sy jumpa... Cukup meletihkan. So untuk merehatkan dan mengembalikan kesegaran, sy bercadang untuk mengurut badan sy..tetapi bukanlah ke tempat rumah urut untuk mengurut, sebaliknya dengan kerusi urut yang berbayar ... so semasa sy berjalan2 ke Jusco Tebrau...opsss AEON Tebrau, terjumpalah sy beberapa kerusi urut dan tanpa berlengah lagi terus sy memasukkan RM5 untuk urutan selama 15 minit...mula2 duduk tu memang best...tapi selang seminit, urutan dia mula rasa lain macam...sampai ketulang2 terasa...ahaksss... sampai ke kepala, macam nak pecah kepala sy dibuatnya...mana boleh jadi..sy pun terus bangun dan tidak meneruskan urutan...pada mulanya sy ingatkan mungkin perasaan sy saja sebegitu tetapi setelah sy melihat beberapa orang pun yang bertindak macam sy..betullah bukan sy saja yang merasakan macam tu...tapi ada jugak org yang duduk sampai masa nya habis...ahaksss.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails