JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, July 20, 2013

JOM TANAM POKOK BUNGA

Jerebu punya pasal, pokok bunga gantung yg sy beli beberapa bulan lepas pun turut berjerebu dan terus kiokkk. Pendek kata semua pokok bunga gantung sy mati. Jadi sy pun tundakan dulu nak beli pokok bunga gantung yang baru dan sy gantikan dengan pokok bunga yg ditanam kat tanah.. Memang susah sikit nak cari pokok bunga yang boleh tahan lama. So far pokok bunga yg sy tanam bertahan lama adalah pokok bunga jasmin yang masih bertahan sampai sekarang...semakin membesar dan setiap kali berbunga sampai kedalam rumah baunya...tapi biasanya bunga jasmin ni boleh bertahan selama 2 @ 3 hari je lepas tu semua gugur, cuma bila dia sekali berbunga, memang banyak....
So biasalah tempat kebiasaan sy mencari bunga adalah di Sacc Mall Shah Alam. So dalam cari punya cari punya cari...hampa. Tak jumpa pun pokok bunga yang sesuai. Rasanya semua tu jenis pokok yang tak tahan lama...Dalam perjalanan balik tu sy singgah ke kedai DIY dan ternampaklah sy beberapa pokok bunga yang diorang jual dan akhirnya sy tertarik untuk membeli dua pokok bunga berwarna pink dan purple..nama pokok tu sy tak pasti...

2 comments:

  1. Wahh... Cantik bunga tu.. Spesis kekwa kot..

    ReplyDelete
  2. Cik Azz - Bentuknya ada macam bunga kekwa, cuma dia agak kecil sikit dan sekali berbunga dia keluar banyak..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails