Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT MALAYSIA..

Hari ini adalah hari mengundi. Hari yang akan menentukan siapa yang akan memimpin negara kita dan menerajui rakyat pada 5 tahun akan datang..Hari ini jugak sy mempunyai ruang dan masa untuk mencoret sedikit entry pada blog sy yang dah berkurun tak singgah akibat kesibukan kerja.. Kak Ct pulak yang selalu singgah menyapa sebagaimana sy menyinggah blog dia masa dia menyepi dulu. Terimakasih banyak2 Kak Ct...Anyway, cakap pasal pilihanraya, ini adalah kali ke berapa ekkk sy mengundi? Lupa tapi rasanya mcam kali ke 3... Saat sy menulis entry ni sy masih belum keluar mengundi, biasanya sy pergi belah petang2 sikit masa tak ada orang...kalau tak kena beratur panjang... Dah macam nak beli tiket bas balik beraya pulak. Siapa yang akan sy pangkah? Sy bukan tengok parti..tapi sy lihat siapa yang boleh memberikan perpaduan dan keharmonian kepada negara kita...Cakap pasal benda yang mengarut2 sampai caci maki, kutuk mengutuk dan menjatuhkan maruah orang, tu semua bagi sy sesuatu yang tidak sihat...politic is politic.
Jadi bagi sy perpaduan serta keamanan negara dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah lebih penting daripada agenda politik.. So Selamat mengundi dan mengundi lah dengan bijak demi masa depan negara kita... Malaysia yang tercinta.

1 comment:


  1. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

    السلم عليكم ورحمة الله

    kakCT telah mengundi!
    mengundi 'aman'

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails