Sunday, February 3, 2013

TINJAU RUANGLEGAR SEMPENA TAHUN BARU CINA

Jusco Bkt Tinggi
Plaza Shah Alam
Macam biasalah tak kira apa perayaan sekali pun, sy memang suka tengok dekorasi ruang legar di mana2 shopping kompleks yang sy singgah atau berjalan...Raya Aidilfitri ke, raya cina ke, deepavali ke, christmas ke, tahun baru ke...mesti nak tgk apa diorang buat di pentas atau ruang legar untuk menarik minat pengunjung2... Banyak jugak tempat2 yang telah sy singgah antaranya adalah seperti di Jusco Bukit Tinggi (dah terbiasalah panggil Jusco..nak panggil AEON tu lain macam pulak bunyinya, sekarang Carrefour pun AEON dah ambik alih..) Wetex Parade, Summit USJ, Plaza Shah Alam, Mydin USJ, Giant USJ, Alam Sentral, SACC Mall dan lain2..wahhhh banyak jugak tempat yang sy meronda. Masa tengah free...kita jalan lah kan..kalau dah sibuk atau poket kosong, duduk rumah jelah jawabnya. 
Dalam masa yang sama jugak, jualan2 sudah mula dilancarkan secara besar besaran. Ada yang sales sehingga ke 80%. Entahlah kadang boleh percaya kadang tidak. Kadang2 bila kita tengok harga asal tu sampai beratus2 tapi pernah sy tengok dulu bila masa tak sales, harga asalnya pun diorang letak macam harga selepas sales...jadi harga masa sales dengan sebelum sales agak sama je...Emmmm kena pandai2 kitalah nak memilih dan menilai harga sebenar sesuatu barang...betul tak? 

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails