Friday, February 8, 2013

BAHAGIA HANYA SEKETIKA...

Hidup umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah. Bila kita di atas, kita akan cuba untuk bertahan selama mungkin, bila kita dibawah kita cuba untuk bangkit secepat boleh...namun kita tetap akan merasa kedudukan dibawah dan di atas mahupun ditengah2. Begitu jugak dengan kehidupan bercinta. Adakalanya kita akan merasakan seperti dunia itu kita yang punya, bahagia dan tenang..adakalanya terasa kecewa dan putus asa dengan apa yang menimpa namun lumrah dunia tiada yang kekal tidak kira samada berkait dengan keadaan mahupun manusia itu sendiri. Semua rasa dan apa yang kita ada hanyalah sementara.. Yang penting bagaimana kita mengharungi semua ini dengan jalan yang terbaik...
Dulu sy pernah bertemu dengan seseorang yang sy kenali hanya beberapa jam saja. Sy kenal dia semasa kami dalam perjalanan balik ke Johor. Masa tu sy belum ada kereta, jadi balik naik keretapi..ahaksss. Masa tu bukan macam sekarang...kalau naik kelas 3 tu bising giler tapi yang bestnya bila tidur lena je...
Dipendekkan cerita, kami bertukar2 cerita dan kawan sy ni ( panggil kawanlah senang ye) adalah bercerita ttg kisah percintaan dia. Sebenarnya dia baru je frust bercinta..atau baru putus cinta ( maybe putus tunang jugak kot) . Katanya tunangnya tu seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa. Mereka ada perhubungan persaudaraan dan kedua2 keluarga mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan. Sejak bertunang, kehidupan mereka bertambah ceria dan gembira serta bahagia. Walaupun tunangnya hanyalah bekerja di kampung sementara kawan sy pulak sedang belajar di IPTA di Selangor namun ikatan perhubungan mereka sentiasa di jaga sehinggalah tunangnya mengorak langkah untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dengan tujuan asal untuk lebih dekat dengan tunangnya...
Namun semuanya berakhir apabila tunangnya mula berubah dan jarang dapat dihubungi dan sedikit demi sedikit semuanya nampak jelas dan nyata bila tunangnya mempunyai orang lain.....
Sesampainya di Johor sy dan 'kawan' sy ni pun berpisah membawa haluan masing2...sehingga sy tak sempat pun nak menanya nama dia.....

2 comments:

  1. mungkin dia sendiri, lebih selesa namanya tak diketahui. berserita dengan complete strenger.

    doakan untuk dia.

    dan hai. lama tak bersapa. :D

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails