JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 22, 2013

CINTA TAK TERUCAP 3

Ada yang bertanyakan kepada sy apa yang terjadi kepada cinta Afiqah dan Roslan? Adakah cinta mereka berdua dapat bersatu? Atau Afiqah menurut kehendak keluarga dan meneruskan pertunangannnya dengan 'pilihan' keluarganya iaitu Hisyam? Terusterang, sy tak punya jawapan kepada persoalan itu kerana sehingga sekarang masing belum nampak apakah yang akan berlaku... Mungkin anda punya pandangan anda? Antara cinta hati dan jugak pilihan keluarga... yang tersepit sudah pasti Afiqah yang terpaksa berkorban perasaan cintanya jika terpaksa meneruskan perancangan keluarganya, tapi jika ada ruang untuk Roslan bersemuka dan menerangkan niat serta perasaan dan jugak hubungannya dengan Afiqah, pasti akan ada sesuatu yang berlaku...Kadangkala untuk meluahkan kejujuran dan berkata benar perlu ada keberanian walaupun keputusannya nanti mungkin mengecewakan setidak2nya...kita dah mencuba.... tapi dalam masa yang sama jugak, keluarga Afiqah sudah pun menerima risikan keluarga Hisyam dan menetapkan tarikh pertunangan mereka dan pasti menjadi tamparan jugak jika ianya terpaksa dibatalkan...emmm Nampak mudah tapi rumit. Tapi jika anda ingin tahu apakah yang terjadi kepada mereka, kita tunggu dan lihat.....Cinta yang sudah ada dan cinta yang akan datang, dimanakah takdirnya untuk Afiqah?

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt.

    jika kamu di dalam situasi mereka, kamu ikut jalan keluar yang mana?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails