JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, September 28, 2012

PENYUDAH KISAH YANG TAK NGERI

Sorry ye kalau buat you all tertunggu atau kalau kena dengan kak ct, dah pasti dia menyumpah habis2 sebab dah banyak kali dia terkena..ahakssss dan bagi mereka yang tak tahu kenapa sy cakap macam tu, sebenarnya entry ini adalah sambungan daripada entry sy sebelum ni bertajuk Sebuah Kisah Yang Tak Berapa Ngeri.....
Semakin lama semakin dekat sy pada orang tua tu...dalam hati nak aje patah balik tapi ada jugak sy  terfikir mana tahu orang tua tu adalah pengawal kebun atau ladang disitu...jadi sy teruskan jugak sambil mata sy fokus ke depan sebab jalan masih berkabus...kena jugak hati2. Sekali pecut sy berjaya melepasi kelibat orang tua itu tanpa ada apa2 yang terjadi...perghhh lega.
Dalam tak sampai 5 minit, jantung sy berdegup kencang....nasib baik sy tak ada lelah atau sakit jantung. Bunyi radio yang sy pasang kuat seakan senyap sunyi aje, kaki sy nak menekan minyak habis2 terasa macam slow aje kereta sy bergerak...maklum masa tu sy pakai kereta proton saga lama. Mulut sy dah macam tak mampu nak baca apa2...di depan sy, sekali lagi kelihatan ada seorang tua seakan sama tapi kali ini dia duduk di perhentian bas yang seakan sama jugak seperti mula2 tadi...:Kali ni, sy tidak meneruskan perjalanan...sy patah balik ke yong peng dan tidur dalam kereta di depan sebuah surau sehingga pukul 6 pagi....

ADUHSS SEMPAT KE?

Hari ni macam biasalah, bangun pagi terus gitu gini, siap nak pergi kerja...tup-tup, kereta bunyi lain macam pulak bila nak start, kemudian bau minyak kuat pulak tu...ahhhh sudah, takkan kereta buat hal pulak, nak2 pagi nanti ada meeting kat KL...Tak boleh jadi, kena jugak panggil teksi hantar ke office, kalau tak memang tak sempatlah nak pergi meeting kalau nak tunggu workshop bukak... Dalam diam tak diam, kereta Waja sy tu dah dekat 8 tahun jugak sy pakai, memang ada naik turun...dan memang tidak dinafikan, banyak berjasa. Tapi macam orang cakaplah, kereta ni kalau dah lebih 5 tahun, macam2 hal akan berlaku...itu rosaklah, ini rosaklah...itu tercabutlah, ini putus lah..ahaksss. Harap2 akan datang, diorang ni boleh buat kereta yang tahan lama sikit luar dalam...
Walau apapun, sy sempat menghadiri meeting pada pagi tadi dan lepas meeting sy terus balik ke rumah dan menghantar kereta ke workshop...terbang jugak beratus duit nak baiki. Fuel pumpnya rosak....

SEBUAH KISAH TAK BERAPA NGERI

Dulu...dulu....dulu pernah sy bekerja di Segamat. Kalau hari minggu, sy akan balik ke rumah parents sy di Johor Bahru. Waktu tu, kat Segamat memang tak ada apa2 tempat menarik kecuali tempat makannya.. Panggung wayang pun cuma ada satu aje, itu pun dia dok tayang cerita lama2 je..Sekarang Segamat dah berubah, kecuali banjir...tang tu memang susah nak ubah, tiap kali musim tengkujuh, pasti banjir..cuma antara teruk atau tidak jelah...
So, apa yang sy nak cerita? Jeng jeng jeng.....
Adalah pada satu malam...maksud sy tengah malam. Sy bertolak balik ke Segamat dan untuk pengentahuan anda, perjalanan ke Segamat memang gelap dan penuh dengan hutan...satu ketika bila sy sudah melepasi bandar yong peng, jalan sudah mula berkabus...tiba2 aje. waktu tu adalah dalam pukul 2 pagi. Kenapa sy bertolak tengah malam? Soalan yang bagus...sebabnya sy homesick..ahakssss. Lagi lambat balik, lagi sy suka. Walaupun jalan ke segamat gelap dan berhutan, ramai jugak yang menggunakan jalan tu tengah2 malam termasuk sy....
Oleh kerana kabus tiba2 aje muncul, sy pun terasa cuak jugak, lalu sy pasang lagu kuat2 untuk menghidari rasa tak tentu sambil mulut ni kumat kamit baca apa saja yang sy ingat....tiba-tiba di depan sy kelihatan ada seorang lelaki tua berbaju putih berdiri di tempat menunggu bas yang di perbuat daripada kayu...perghhh teringat sy cerita 7 perhentian...tapi yang tu hantu dia cantik....

Wednesday, September 26, 2012

JANA INCOME SAMBIL BLOGGING

Jarang-jarang sy membuat entry mengenai menjana pendapatan internet. Sekali sekala je bila sy ada terbaca dan ingin tahu mengenai sesuatu program menjana pendapatan dan menarik perhatian, barulah sy akan buat entry. So dalam keboringan idea, sy pun google2 dan terbaca mengenai program affiliate Eruwan Gerry. (Bagi yang tak tahu, program affiliate ni ialah seperti kita menjual sesuatu produk bagi pihak orang lain dan kita mendapat komisen bila produk itu terjual) Program affiliate ni sambil berblogging ke, sambil berfacebook ke, sambil bertwitter ke, sambil chatting ke pun kita boleh jana pendapatan . Ada banyak program2 affiliate di Malaysia tapi keistimewaan program affiliate Eruwan Gerry ni ialah komisennya setinggi RM100 untuk satu jualan. Wowww tinggi tu. Eruwan Gerry sendiri sebenarnya juga dikenali sebagai Juara Lelong Malaysia dan pakar menjana wang secara affiliate saja. Anda boleh letak banner ke, link ke atau apa saja cara di blog anda atau seangkatan dengannya. So jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program affiliate Eruwan Gerry ni dan mendapat Ebook PERCUMA bernilai RM398.00 cuma perlu KLIK DISINI atau kalau anda rasa tak perlu nak tunggu, terus nak menjana pendapatan, daftar terus menjadi affiliate program tersebut, klik aje di gambar di atas 

Saturday, September 22, 2012

IT'S COOL WEEKEND...

Google weekend...
Apa aktiviti hujung minggu ni? Kalau tengok keadaan di luar, rasanya macam nak hujan atau mendung, memang sedap kalau sambung tidur atau lepak2 tengok rancangan astro yang 'tak sempat' sy tengok, al maklumlah, rancangan astro ni kan kalau 4,5 bulan lepas pun masih boleh tengok sebab diorang dok ulang je cerita sama...cerita tahun lepas pun ada lagi..ahakssss. Kalau nak cerita baru, kena langgan pulak package yang lain..memang betul2 buat duit. 
Walau macam manapun, sy kena menghadiri majlis kenduri kahwin tengahari nnt di putrajaya, kemudian mungkin bila balik nnt sy akan singgah ke rumah saudara sy di PJ yang menurut khabar daripada anak2nya, sakit kuat minggu lepas.... Apa2pun, penuhi aktiviti anda dengan apa saja yang anda rasa menggembirakan anda dan yang penting santai dan enjoy...

Friday, September 21, 2012

SEPERTI MELIHAT MATAHARI TERBENAM..

Selamat berhari Jumaat. Cepat betul masa berlalu...tak terasa yang hariraya pun dah sebulan melangkah pergi dan lagi beberapa bulan, tahun 2012 pulak akan meninggalkan kita... Azam tahun ni dah tercapai ke? ada  yang dah tercapai  setengah atau ada yang masih belum berganjak sikit pun..? Apa pulak cerita dari sudut blogging? Sorry hari ni entry sy santai sikit, dah nama blog pun santai kan, jadi entry ni sy just taip apa yang ada kat fikiran je..
Yang pasti banyak blog2 baru yang timbul dan ada jugak bloggers lama dan otai yang hilang entah ke mana.. Ada yang dapat sy contact melalui facebook dan ada jugak yang tak dapat sy contact langsung. Macam tulah resam berblogging ni kerana kita tidak punya komitmen apa2 kecuali terhadap diri sendiri. Kita boleh datang bila2 masa dan kita jugak boleh pergi bila2 masa, tapi sesiapa yang sudah sebati membaca satu2 blog, pasti akan terasa jika blog itu sudah bersawang atau mulai suram isinya....seperti tirai malam melabuhkan kehidupan manusia....ahaksss..layan perasaan sekejap.

Thursday, September 20, 2012

CINTA ZAMAN REMAJA

Hari minggu yang lepas sewaktu sy berjalan2 ke salah sebuah shopping mall di Shah Alam, terlihat sy gelagat satu pasangan remaja sedang duduk bergurau mesra, kemudian tak semena-mena ada seorang perempuan datang dan berlakulah satu pergaduhan kecil antara perempuan itu dengan remaja lelaki..adalah yang tak kena tu.....
Tak naklah sy bercakap pasal pergaduhan tu tapi cuma sy teringat cinta remaja zaman sekarang terlalu jauh bezanya dengan cinta remaja zaman dulu...bukanlah zaman ibubapa kita tapi sebelum zaman cyber atau kecanggihan komunikasi....
Masa tu, hanya ada public phone sebagai penghubung. Paling tidak surat2 yang dihantar melalui pos, kalau dekat 'by hand' aje...Nak berjumpa atau bercakap pun kena set time betul2, kalau tak memang susah nak berjumpa. Nak berjalan2 ke, nak tengok wayang ke, nak makan2 bersama ke.... bukan satu perkara yang mudah. Apalagi bukan ada banyak pun tempat nak duduk2 macam sekarang, panggung wayang pun boleh dikira dengan tangan.. Kalau nak contact pun, seminggu tu mungkin 2 @ 3 kali tapi sekarang, setiap saat, minit mahupun jam, tangan hanya picit je handphone... :-) ahakssss.
Terlalu banyak bezanya.........

Tuesday, September 18, 2012

PETUA2 MUDAH KURANGKAN BERAT BADAN


Entry ini adalah bagi mereka2 yang mengalami kenaikan berat badan selepas musim raya ini termasuk sy, almaklumlah banyak rumah terbuka yang kita kena hadir, tak makan kata tak sudi atau sombong pulak, kalau dah makan, lupa diri pulak sampai tak boleh nak berhenti..ahaksss. So sy pun google dan sy rumuskan dari beberapa blog petua2 atau tips2 mudah untuk kurangkan berat badan dan tahukah anda untuk mengurangkan 1kg, anda harus membakar atau mengurangkan 7,700 kalori tidak kira melalui senaman, pemakanan atau gabungan kedua2nya? So antara petua2nya adalah:  
Jangan tidur siang – nak tidur 15-20 minit, jgn tidur lepas zuhur dan sebelum asar. Jika tidur beri kesan lesu dan lembap pada minda.
Minum air suam kosong – bukan air sejuk kosong. Ada cakap air sejuk kosong buat perut buncit.
Banyak berjalan – perjalanan darah lebih teratur dan pengaliran oksigen lebih sekata.
Jangan baring lepas makan – cara ni memang mudah berat naik, terutama jika kita makan lewat malam dan terus tidur
Minum air kosong 2 gelas selepas makan – cara ini memang terbukti menurut kajian di Amerika sehingga ada yang boleh turun 2-3kg dalam sebulan hanya memperaktikkan kaedah ini.
Makan makanan yang banyak serat – seperti sayuran  dan buahan tetapi jangan makan buahan terlalu banyak pulak..
Download mana2 exercise kat youtube dan ikut buat exercise 30 minit setiap hari minggu jika anda tidak cukup masa untuk membuatnya pada hari2 biasa, tapi peringatan untuk membakar lemak dengan cepat, jangan selepas exercise anda minum milo, 100plus atau minuman isotonic yang lain
Elakkan daripada meminum air bergas. Boleh menggemukkan di samping mudah mendapat penyakit kencing manis kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Jangan skip hidangan – Tidak perlu skip hidangan anda tetapi makan dengan kuantiti yang sederhana serta seimbang. Berdiet hanya akan menambah selera makan anda dan kadar metabolism badan anda akan menurun. Ada pendapat mengatakan lebih baik makan 5 – 6 hidangan kecil setiap dahri daripada memakan 3 hidangan besar.
Bersauna – cara ini memang dapat membakar kalori dan mengeluarkan air dan di galakkan untuk membuatnya sekali seminggu.

Thursday, September 13, 2012

PEKENA BURGER BESAR...

Giant burger, boleh anda makan sorang?
Ngantuk betul rasanya pagi ni..sejak dua menjak ni, hujan macam tau2 je turun waktu tengah malam menyebabkan tidur sy makin nyenyak dan nyaman..ahakss. Tapi masalahnya, hujan tu tak berhenti sampai ke pagi membuatkan sy nak bangun pun jadi liat jugak... Walau apa pun, bangun tetap kena bangun. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk sy dah berada di kedai makan sambil menaip entry ni dan bersarapan macam biasa roti bakar dan secawan kopi sambil memikirkan idea serta kerja2 sy hari ni. Bila sy tengok roti bakar ni, sy teringat waktu makan malam beberapa minggu yang lalu di mana sy makan nasi arab di sebuah restoran berdekatan dengan i city ataupun  rasanya dekat2 dengan unisel, seksyen 7. Bukan nak cakap pasal nasi beriani arab tu tapi sy ternampak satu gerai menjual giant burger.. Mak oiii besarnya, tapi yang pelik, kebanyakkan daripada diorang ni makan burger tu sorang2... padahal burger tu nak ikutkan sukatan dia untuk makan 4 orang..ahaksss, kalau tak salah nama gerai tu yazid burger kot...kalau tak silaplah, kalau silap, i'm sorry. Apa2 pun, nasi beriani arab kat situ memang sedap...ada masa, anda bolehlah cuba.

Wednesday, September 12, 2012

SIAPA DIA PAK CIK MAHMUD?

Kenangan zaman kanak2..
Semalam waktu belek2 facebook, ada rakan lama sy memberitahu Pak Cik Mahmud yang merupakan rakan arwah ayah sy, baru meninggal dunia.. Inalillah hi wainnalillah hirojiun. Tersentak jugak sy mendengarnya. Satu-satu rakan arwah ayah pergi. Rumah arwah pak cik Mahmud dulu,  memang berdekatan dengan rumah keluarga sy, kalau nak kerumah kami, pastinya kena 'tumpang lalu' dulu depan rumah arwahnya. Yang sy kenal, arwah memang seorang yang serius tapi kadangkala suka berlawak. Sy dan anak2 arwah membesar bersama di sebuah flat pekerja di jalan tampoi, johor bahru. Memang banyak kenangan disana dan sudah pasti semua itu tidak dapat dilupakan sehingga sekarang walaupun sudah berbelas tahun kami semua penghuni2 di flat itu berpisah dan berpindah kerumah sendiri masing2. Untuk arwah, semuga dicucuri rahmat hendaknya dan untuk keluarganya terutama Mak Wan, semuga tenang dan bersabar menghadapi semua ini. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, sayangilah mereka selagi mereka masih berada disisi anda. Alfatihah.

RENDANG KARI AYAM ALA SANTAI

Rendang Kari Ayam hampir siap 
Hari minggu yang lepas sempat jugak sy memasak dalam keadaan dok boring tak tahu apa nak buat, akhirnya sy pun memasak, itupun sebab ada kawan sy nak datang beraya. Kali ni sy masak rendang kari ayam. Belasah jelah namanya, tapi memang sedap...dan sebab sy masak nak cepat, minta maaflah rempahnya sy guna yang segera ye..
Ok, bahan-bahannya adalah:

8 - 10 bahagian ayam mengikut selera anda
Rempah Rendang 1 peket
Rempah Kari 1 peket
Beberapa helai daun pandan
Santan 1 kotak kecil
Garam secukup rasa.
Kerisik 1/2 peket, kalau nak pekat, masuklah 1 peket
Kentang 2 biji dibelah 8 ( sebenarnya tak perlu, tapi sy suka kalau ada kentang..)
Serai 2 batang
Beberapa helai daun kari dan lada hijau
Sedikit minyak.

Cara masaknya. Masuk sedikit minyak dan tumis rempah2 sehingga naik bau, masukkan kesemua bahan termasuk santan kecuali kerisik, kentang dan lada hijau. Sentiasa gaul dan bila kuahnya sudah agak pekat, masukkan kentang, lada hijau dan kerisik dan kacau hingga betul2 pekat atau mengikut kepekatan yang anda mahu... Senang tapi sedap..ahakssss.


Tuesday, September 11, 2012

KATA ORANG, JANGAN PERCAYA SESIAPA

Kata orang jangan percayakan seseorang walaupun sahabat baik kita sendiri. Betul ke? Kalau kita tak percayakan seseorang, pada sapa lagi kita nak percaya? Diri sendiri? Ibubapa? Adik beradik? Kawan karib? Yang pastinya, ada perkara yang pasti kita tidak mampu untuk menanggung sendiri dan perlu jugak untuk mengongsinya dengan sesiapa dan tetapi persoalannya siapa? Kadang2 kita ada jugak mendengar peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'...atau yang lain 'harapkan tin, tin makan biskut'..ahakss. Sudah pasti ibubapa adalah orang yang paling utama dan penting untuk kita salurkan segala masalah tapi ada jugak yang mengatakan tak semua masalah kita dapat kita ajukan kepada mereka, takut daripada nak meluahkan masalah, jadi lebih teruk pulak kalau mereka marah. Nak luahkan kepada diri sendiri, sampai bila nak makan hati...? Kata orang jugak, biasanya yang perempuan lebih senang luahkan masalahnya kepada lelaki dan begitu sebaliknya...betul ke? Ada jugak bila luahkan kepada kawan karib sendiri, terjadi pulak kawan makan kawan... Tapi walau apa keadaan dan masalah sekalipun, yang pastinya hendaklah selalu kita memohon pertolongan dan berdoa kepadaNya kerana Dia Maha pendengar... 

Monday, September 10, 2012

SEXY KE PERUT BUNCIT?

Ehsan Google
Pagi-pagi tadi sy tersempat lah mendengar isu di Suria.fm pasal perut buncit. Sexy ke lelaki kalau perut buncit? Ahaksss...emmmm, satu persoalan yang memang dah selalu kita baca dan dengar tetapi masih tetap menjadi tajuk dan perbualan hangat..Ada yang kata perut buncit tu menandakan si lelaki tu ceria dan bahagia dengan kehidupannya dan ada pulak yang mudah bagi kesimpulan, orang itu kuat makan, ada yang cakap tak jaga badan, tak banyak buat exercise dan macam2 lagi tapi sexy ke? Bagi sy kalau tidak terlalu boroi, masih boleh di katogerikan sexy tapi kalau dah nampak macam perempuan mengandung atau talipinggang kena pakai lubang paling last... tu mungkin dah nampak lain dah.Tapi terserah jugak kepada citarasa seseorang yang memandangnya, janji hati jujur dan ikhlas, bahagia dan kesihatannya yang baik..yang lain, tepuk dada tanya selera.

Saturday, September 8, 2012

WEEKEND YANG BLURRR

Weekend ni sy betul2 kekurangan idea apa nak buat.. Nak berjalan cuaca panas, nak berkemas rasa tak larat, nak berkebun....sama jugak alasannya, cuaca panas..tgk astro, cerita nya semua sama aje..Cerita My Name is Khan rasanya dah dekat sepuluh kali diorang tayang...kalau ye pun, agak2lah sikit masa tayangannya tidak terlalu dekat. Jadi apa yang sy nak buat. Nak blogwalking line pulak sabotaj, lambat mengalahkan jam kat federal highway...jadi sy pun terfikir nak buat entry ni sebagai mukadimmah kepada entry yang akan sy tulis malam nanti iaitu Bagaimana caranya untuk mengawal berat badan di suasana Hariraya dan menghadiri rumah terbuka...ahakssss. Cakap pasal makan, rasanya sy belum lunch lagi ni, perut dan mula menyanyikan lagu raya, jadi sy pekena dulu apa yang ada kat dapur dulu ye...mana tahu keluar pulak entry pasal resepi pulak sebab dah lama jugak sy tak buat entry resepi.... Selamat berhujung minggu.

Thursday, September 6, 2012

OH KENAPA KAU BERUBAH?


Oh tidak!!?? Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Why?
Langsung tidak sy duga dikau berubah secepat itu. Padahal dulu pun banyak kali jugak sy perlakukan begitu tapi dikau macam tu jugak, tak ada menunjukkan perubahan yang ketara, tapi kali ini.. Memang seperti tidak percaya. Tapi silap sy jugak sebab masa buat semua tu, tidak memikirkan apa yang akan terjadi kalau sy bertindak keterlaluan, tapi nak buat macam mana, benda2 ni semua bukan benda yang boleh dilarang atau dihalang…Dah ada depan mata, mana boleh lepas peluang, seperti meletak ikan di depan kucing, mana nak diam je kan.
Mungkin sy kena berubah. Tahun depan tak mungkin sy akan berbuat begini lagi, walaupun berapa banyak rumah yang sy pergi atau berapa banyak makanan yang terhidang pada waktu Hariraya, tak kira lauk apa, tak kira kuih berjenis2, sy akan pejam mata dan buat tak tahu je, biar semua makanan tu merajuk kenapa sy tak nak makan diorang. ….Sehingga kini sy masih tertanya2 macam mana sy boleh naik sampai 5kg.. Perut sy sudah mula berubah...ahakssss. Oh tidak.

Wednesday, September 5, 2012

BILA TIBA MUSIM BUAH...

Kalau musim buah, penuh keliling rumah
Sabtu lepas sy sempat lah ke Segamat kerana ada majlis pertunangan sepupu sy, rumah yang sama dimana adik sy bertunang dulu, tapi tak sempat sy nak join majlis tu sebab majlis tu di adakan pada waktu pagi walaupun pada asalnya dijadualkan pada waktu petang..jadi sy cuma sempat.... makan ajelah..ahaksss. Yang bestnya tiap kali kalau sy balik Segamat adalah keindahan suasana kekampungannya yang menghijau. Kawasan rumah bapa saudara sy pun masih lagi penuh dengan pokok2 durian dan rambutan serta langsat. Bila musim buah, tak payah nak pergi mana, depan rumah dia pakai petik atau panjat je, dah puas merasa. 
Dapatlah jugak sy berjumpa dengan mak, adik beradik dan jugak saudara mara sy yang mana tak sempat sy bersalaman pada hari raya... 

Tuesday, September 4, 2012

SELAMAT HARIRAYA AYAH...

Kadangkala Hariraya adalah waktunya untuk kita bersukaria dan meraikan kesyukuran kerana selamat dan berjaya menunaikan sebulan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan...tapi tak semua melalui nya dengan kegembiraan dan keseronokan seperti kita. Ada yang hanya meraikan sama seperti semasa berpuasa malah setiap hari dengan keadaan yang sama, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada yang hanya membasuh baju yang lama dan agak lusuh agar kelihatan baru pada Hariraya. Ada yang meraikannya tanpa kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya. Ada yang hanya cukup sekadar minum air masak dan beberapa suap nasi. Ada yang waktu paginya sempat menunaikan sembahyang sunat hariraya tapi petangnya mula bekerja kembali....  Ada yang ketawa melihat percikan bunga api dari jauh, seolah2 mereka yang  bermain bunga api itu, Ada yang terlantar kesakitan tapi masih mampu tersenyum melihat kita bergembira di Hariraya.
Kadangkala, terfikir sy, apakah pengertian Hariraya yang sebenarnya kepada mereka ini? 
Untuk arwah ayah sy yang tercinta dan amat2 sy sayangi....
Walaupun ayah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami, namun ayah tetap sentiasa dihati kami walau dimana kami berada, walau apapun yang kami buat, walau berapa banyak kali puasa dan hariraya yang akan kami tempuh...tak sedetik pun setiap Hariraya kami meraikannya tanpa ayah.....
Selamat Hariraya Aidil Fitri Ayah. Anakmu ini akan sentiasa berdoa semuga roh ayah dicucuri rahmat....Amin.

KEMANA HILANGNYA KAK CT?

Ahaksss... teringat sy pada cerita di Astro yang bertajuk 'Kemana menghilangnya Juwita' tapi kali ini kemana hilangnya Kak ct? Siapa Kak ct? Bukan Siti Nurhaliza tapi kak ct payong...Kalau nak tgk blog dia, klik disini. Rasanya dah berbulan jugak sy tak mendengar komen mahupun leteran kak ct malah blog dia pun dah lama tak update...Memang musykil rasanya. Tapi kehidupan bloggers memang macam tu, sama aje.. ada yang naik tak turun2, ada yang turun tak naik2, ada yang turun naik... Mungkin kak ct sibuk dengan urusan lain agaknya tapi harapan sy untuk kak ct dan jugak bloggers lain agar tidak menyepi terlalu lama....Bila kita dah mengenali seseorang bloggers tu walaupun hanya melalui blogwalking mahupu komen, kadang2 tu terasa dah macam keluarga...yang tua kita hormat, yang muda kita kasih..tak gitu? Ahakssss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails