JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, May 31, 2012

SUKAR MELUPAKAN CINTA PERTAMA


Semalam sy berjumpa dengan rakan sekerja lama sy waktu kami bekerja di Bank Rakyat dulu. Berjumpa pun secara tidak sengaja waktu kami hendak makan di sebuah restoran dekat Mydin. Banyak jugak cerita yang kami cerita dan salah satu daripadanya ialah kisah dia dengan Liya, kawan kami, jugak bekerja di tempat yang sama dulu, dan merangkap kekasih kawan sy ni...jugak dulu sebab sekarang dah 'clash'.
So dalam cerita punya cerita ni, kawan sy beritahulah dia akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan pilihan keluarga, tapi dalam masa yang sama dia jugak punya masalah untuk melupakan Liya yang jugak dikira cinta pertamanya. Hampir...errrrr 8 tahun rasanya mereka berpisah, baru kawan sy ni terbuka pintu hati untuk berkahwin, itupun atas desakan keluarganya kerana dia ni anak tunggal. Sedih jugak dengar ceritanya sebab sy berhenti kerja dulu sebelum dia dan Liya, jadi tak tahulah cerita selanjutnya pasal diorang. Memang diorang ni akrab sangat2, tapi kenapa diorang clash tu tak pulak dia ceritakan sebab kami pun nak kejar untuk balik office masing2. Dalam masa yang sama, dia minta sy menjadi pengapitnya..ahaksss. Sy cakap lah carilah orang lain yang lebih handsome dan rapat dengan dia, tapi alasannya kalau sy ada, dia ada kekuatan untuk teruskan perkahwinan sebab sy saja yang tahu apa yang dia rasa setakat ini. Sy cakaplah akan sy fikirkan dulu dan akan contact dia minggu depan.....

Tuesday, May 29, 2012

HARI YANG STRESS..

Adakalanya kita akan merasa keadaan kita tenang aje, tiada masalah, happy go lucky dan sentiasa ceria. Adakalanya dalam masa yang sama, macam2 perkara dan masalah datang bertimpa2 sampaikan rasa macam nak lari je dari semua masalah2 tu... Pernah anda rasa? Dalam dunia sekarang ni, macam2 penyakit stress ada, stress kerja, stress kewangan, stress penyakit, stress keluarga, stress anak, stress nak kahwin, stress tak nak kahwin pun ada...ahakss. Pendek kata semua tu bersangkut paut dengan stress. Sebab tulah dalam iklan boleh dikatakan panadol merupakan rakan baik kita masa stress...Ada orang kalau stress, dia tak boleh simpan, kena cakap jugak dan melepaskan tekanan dia kepada sesiapa yang sudi mendengar, kalau tak pun akan mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan. Ada orang yang susah nak melepaskan stress nya kepada orang dan menyimpan dalam hati macam gunung berapi...tapi bila meletup..tu dia, boleh hilang akal jadinya. Apa2 pun, pandai2lah kita cuba mengatasi stress ini sebaik mungkin daripada melarat... Hari ni mmg hari stress sy.

Thursday, May 24, 2012

PIALA THOMAS..KALAH LAGI?

Semalam sy tengok lah 'sipnosis' badminton Piala Thomas antara pasukan negara kita Malaysia dengan China pada peringkat suku akhir dan seperti yang di jangka, Malaysia tewas 0-3. Tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei yang cedera, harapan pasukan Malaysia sedikit pincang bila tewas kepada Denmark 2-3 pada peringkat kumpulan lagi, jika tidak pasti sekurang2nya kita dapat menjejak ke peringkat separuh akhir. Namun bukanlah sebab kita tewas yang sy nak utara selatankan, cuma bila melihat permainan semalam, sy tak nampak semangat juang pemain negara. Mereka yang mewakili Malaysia bukan calang2 pemain yang sudah bertahun2 berpengalaman dan pernah beberapa kali mendapat ranking top 3. Bila ditanya, jurulatih akan cakap pasukan kita sedang menyiapkan pasukan yang baik pada 2,3 tahun akan datang...rasanya itu jugak alasan pada 2,3 tahun yang lalu. Dimana silapnya? Tepuk dada tanya selera... Ahaksss kali ni lari sikit entry sy kearah sukan pulak, bukannya apa...kecewa sikit dengan semangat juang yang ada pada permainan yang ditunjukkan semalam.

BERCINTAKAH KITA?

Kawan atau kekasih? Kadangkala rasa ini selalu tertanya2 dibenak hati kita samada perhubungan kita dengan sidia itu adakah atas dasar persahabatan atau pasangan kekasih... Kadangkala sikap perihatin, cemburu, merajuk, marah dan sebagainya menyebabkan kita terasa bahwa perhubungan itu bukan sekadar kawan, tapi kadangkala tanggapan itu jugak melencung. Ada yang tidak dapat untuk mengubah status kawan kepada kekasih kerana kemesraan sebagai sahabat lebih meluas dan tidak terbatas ( dari segi perasaan ye..maksudnya kita dapat meluah apa saja...) manakala jika menjadi kekasih, suasana keterbukaan tadi sudah bertukar kepada  keadaan yang penuh dengan komitmen walaupun pada peringkat awalannya. Masih adakah situasi dimana kita dapat mengenali hati budi seseorang baru berkasih atau berkasih dulu baru kenal hati budi seseorang?
Dalam dunia yang serba canggih, dalam kehidupan sosial yang penuh mencabar dan terbuka, sudah pasti ada diantara kita yang mengalami keadaan bercinta ataupun putus cinta berkali2 sehingga berjumpa dengan mereka yang benar2 serasi atau lebih sesuai sy katakan jodoh kita...tak kira kawan atau kekasih, bak kata orang, carilah mereka yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi mereka...

Tuesday, May 22, 2012

BILA MULA2 BERBLOGGING DULU..

Diam tak diam, dah nak masuk 2 tahun sy berblogging. Pernah satu ketika dulu, waktu sy mula nak berjinak2 dengan blogging, ada orang bertanya best ke blogging? Baik bukak facebook atau my space atau twitter je... Taip panjang2 dan banyak2 pun bukan orang baca pun. Apa yang istimewanya blogging? Pertanyaan itu semua pun pernah ada di benak fikiran sy waktu mula2 sy melihat orang lain rancak berblogging. Jujur, memang pada mulanya bila mula2 sy post entry pertama, rasa macam syok sendiri sebab buat entry sendiri, kemudian post sendiri dan kemudian baca sendiri dan senyum sendiri...ahaksss. Kemudian, bila ada seseorang mula mengomen entry kita dan ada jugak yang menjadi follower blog kita, rasa seronok dia lain macam. Berbeza daripada rasa orang 'like' dalam facebook atau berchatting  stautus di twitter dan sebagainya. Mula daripada saat itu, bertapaklah rasa minat dan seronok untuk berblogging walaupun hanya sebagai hobi namun dengan apa yang sy rasa, kongsi bersama rakan bloggers, pengalaman membaca segala info, cerita dan idea yang menarik dari bloggers lain...Berbaloi kerana dunia blogging cukup meluas...Salam santai.

Monday, May 7, 2012

KEKUATAN UNTUK MEMAAFKAN

Kadangkala amat menyakitkan apabila hati kita disakiti dan mencabar kesabaran hati naluri kita sehinggakan jika tidak di tenang dan diredakan akan menjadi dendam yang tiada berkesudahan, dan untuk memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati kita pasti memerlukan sepenuh kekuatan mental dan fizikal kita... Kata orang kemaafan adalah dendam yang terindah. Bagaimana ianya boleh menjadi indah, terpulanglah kepada niat yang tersirat di hati kita samada semua itu dengan penuh keikhlasan mahupun tidak........
Beberapa tahun lepas, ada seorang kawan kenalan lama sy mengadu tentang masalah yang di hadapinya iaitu suaminya pernah beberapa kali bermain kayu tiga, namun kerana kasih sayang dan demi anak2 nya, dia teruskan jugak perhubungan mereka, namun kesabaran manusia ada had dan batasnya, akhirnya mereka berpisah jua. Walaupun begitu, kesakitan dan penderitaan yang di alami oleh kawan sy ini tidak berakhir disitu, sebaliknya membuatkan dia membenci setiap lelaki yang dijumpainya termasuklah dengan sy sekali..ahaksss. Hinggalah pada satu majlis reunion UiTM, kami berkumpul dan sy beranikan diri bertanyakan kenapa dia mula menyepikan diri, tidak seriang dulu dan itulah kisah yang dia ceritakan kepada sy.... Atas sifat setiakawan, sy dan rakan2 sy yang lain memberikan kata2 peransang dan nasihat sehingga dia mula ceria kembali dan memulakan kehidupan baru dan kini bahagia bersama dengan suami terbarunya. Kata orang, dalam gelap ada sinar, dalam onak berliku ada jalannya...

Thursday, May 3, 2012

KENAPA KITA STRESS?

Stress! Stress! Stress! Kata2 ini selalu sangat kita dengar bila saja kita melihat seseorang berada dalam keadaan tidak terurus ataupun mengalami masalah. Stress tidak kira dari segi mental mahupun fisikal, pokoknya stress. Stress berlarutan jika tidak dikawal boleh jugak menyumbang kepada penyakit jantung. Jadi, kali ini kita cuba ketahui antara punca2 stress masa kini diantaranya ialah:
Keadaan mengancam dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk menghadapi ancaman yang dihadapinya menyebabkan tekanan.
Tekanan dalam diri sendiri kerana tidak dapat memenuhi cita2 iaitu kepentingan kerjaya, bercita-cita tinggi, mementingkan hasil kerja dan kesempurnaan dan apabila tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki akan menyebabkan diri kita berada dalam keadaan tertekan.
Keadaan keseluruhan tempat kerja jugak memainkan peranan dalam menyumbang stress terutama dari segi suasana ruang tempat kerja samda sempit, bising, kotor, tidak teratur dll. Bebanan kerja, keadaan kuantiti kerja, sikap individu tidak kira dari rakan sekerja, bawahan mahupun atasan, prosedia dan pelbagai lagi situasi tempat kerja jugak boleh menyebabkan stress.
Tekanan kewangan dan keharmonian rumahtangga mahupun keluarga jugak mampu membuatkan diri kita stress disamping faktor2 kesihatan yang tidak terjaga.
Oleh itu, cuba elakkan diri daripada stress. Ada orang cakap, sauna boleh mengurangkan stress. Ada yang  kata bersukan mahupun beribadah pun boleh meringankan stress. Cara anda?

BREAKFAST NASI LEMAK TERENGGANU

Nasi Lemak di Restoran Hazrul November
Dah lama tak makan nasi lemak. Bukan jaga badan, tapi nak jaga kolestrol dalam badan..hahaha. So pagi ni oleh kerana dah lama tak makan, maka sy pun pekenalah nasi lemak. Sy singgah di sebuah restoran Hazrul November. Kenapa nama restoran dia macam tu, sy tak sempat nak tanya tapi mungkin ada kena mengena dengan bulan November kot... Macam lagu Alleycats Sekuntum mawar merah di bulan Februari, lagu awie tragedi oktober, lagu Glenn January, lagu Gigi 11 januari, Syarifah Aini lagu September dan lain-lain lagi. Rasa nasi lemak dia memang sedap, ada semua campuran seperti kacang, ikan bilis, telur, paru goreng dan tambahan sayur kangkung. Harga macam biasa, tak mahal. Lokasinya sy rasa terletak di kawasan perindustrian USJ Subang Jaya kot...kurang arif sikit pasal tempat tetapi memang ramai yang berkunjung ke sini. So, apa lagi, sy makan dulu ye...ahakssss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails