JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 24, 2012

KESAYUAN SEDETIK...

Ehsan Google
Kadang2, memang betul hati manusia boleh berubah bila2 masa. Kadang2, sukar benar untuk kita meramal hati manusia.. Kadang2 hati manusia ni keras macam batu.....
Dua hari lepas, sy singgah ke Shah Alam untuk berjalan2 sambil ...tak ada sambil2, memang nak berjalan2 je.. Sy berjalan ke SACC Mall, PKNS, Alam Sentral dan jugak Shah Alam Mall...memang berjalan sakan sebab tengah hari minggu...Dalam berjalan2 tu, selalu kita akan nampak ada beberapa orang perempuan atau lelaki berumur yang menjual kerepek atau kuih2 datang ke meja makan atau mana2 saja untuk menjual makanan mereka..So hari tu, adalah seorang mak cik menjaja kerepeknya ke sana ke sini di Sacc Mall. Kebiasaannya bila mereka sampai, samada kita akan beli sebungkus dua atau pun kita tidak akan membeli...Hari tu, sy lihat memang tak ramai yang nak membeli dan dari air muka mak cik tu sy nampak memang kelihatan sedih yang amat ( hari tu sy beli 3 bungkus :-) ) Sy nampak dia berjalan perlahan2 dan duduk di sebuah kerusi yang tersedia berhadapan dengan Sacc Mall sambil mencuba nasib pulak dari orang yang lalu lalang samada menuju ke PKNS atau ke Sacc Mall tapi hampa. Kemudian entah dari mana, datang seorang lelaki bertanya itu ini dan terus membeli semua kerepek mak cik tu...malah lelaki itu seperti memberi wang lebih kepada mak cik tersebut ( dari sudut pandangan sy lah yang duduk tidak jauh daripada mereka) dan yang buat sy terharu, lepas lelaki tu pergi bersama2 kerepek yang dibelinya...Mak cik tu teresak2 sekejap  sambil mengesat airmata dengan tudungnya disitu. Perghhh..sy tak boleh tengok, terasa sayu sangat....... Inilah hakikat kehidupan.

DINNER KAT FLAMMING STEAMBOAT

Banyak pilihan di Flamming Steamboat
Bukan selalu dapat makan seafood steamboat buffet, tapi kalau dah pekena, jangan lepas peluang..ahaksss. So entah hari apa sy tak berapa nak ingat, sy bersama saudara mara dan keluarga pergi ke restoran Flamming Steamboat di area Bukit Kemuning, berdekatan dengan Giant Bukit Kemuning. Makanan seafood dia memang banyak pilihan dan menarik...Harga pun taklah berapa mahal, dalam RM26.90 untuk orang dewasa, tapi memang kena booking awal2 sebab terlalu ramai, kalau datang masa tu, kena tunggu sesiapa yang dah habis, baru boleh masuk.
Dulu masa di Kelana Seafood restaurant bukak, pernah jugak sy makan di sana beberapa kali....tapi sekarang rasanya dah tak ada dah restaurant tu. Teringat makan ketam kena pakai pengepit dengan plyer dan tukul sekali..perghhh susah sungguh nak bukak tapi bila dapat bukak dan tengok isinya yang lemak2 tu....berbaloi.
Makanan yang paling sy suka kalau kat seafood steamboat ni sudah pasti kupang. Memang kegemaran sy sejak kecik. Kalau kat Johor, kupang memang senang cari, merata2 ada jual kupang dan isinya besar2 pulak tu...  Emmm lapar pulak bila cakap pasal makan ni.  

Monday, April 23, 2012

PROTON PREVE & PROTON COMMERCE

Proton Preve di COE Proton, S Alam
Beberapa hari lepas sy adalah berkunjung ke Galeri Proton di Bangunan COE yang terletak bersebelahan dengan highway Kesas untuk melihat keluaran terbaru Proton iaitu Proton Preve. Dari segi luarannya memang cantik, ada kelas dan cukup elegance, setanding dengan kereta2 model import. Bonet yang cukup luas dan enjin yang padu. Dari dalamannya pulak, punya ruang yang boleh tahan serta keunikan dashboardnya serta ciri2 keselamatan tambahan dan accesories, cuma yang sy rasa kurang sikit adalah dari segi materialnya.. terasa  keras sedikit dan kerusi belakangnya kalau boleh dilandaikan sedikit supaya selesa bila nak berjalan jauh.. Itu pendapat sy lah. 
Dalam pada masa yg sama, sy jugak di beri sedikit penerangan mengenai Proton Commerce yang merupakan syarikat memberi pinjaman bagi pembiayaan kereta Proton. Faedahnya cukup berpatutan dan terma2 yang menarik diberikan kepada peminjam...ahaksss dah macam promoter diorang pulak. Walau apa pun, jika ada berminat dengan Proton Preve atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pembiayaan Proton Commerce, anda boleh pergi sendiri ke mana2 Showroom Proton di Proton Edar..... 

Tuesday, April 17, 2012

BUSY JANGAN TAK BUSY

Nampaknya 2,3 minggu ni kemungkinan besar, akan berlaku kekurangan entry kerana auditor telah menyerang sy bertubi-tubi dengan pelbagai soalan UPSR, PMR dan SPM, menyebabkan tiada masa untuk menjenguk blog apalagi membuat entry...Walaubagaimana pun, jika ada kesempatan, malamnya akan sy jenguk jugak blog rakan2 dan mereka yang singgah disini sebagai membalas ziarah..ahaksss. Macam hariraya pulak... 
Till then, sy sudahi entry ini dengan serangkap pantun.

Pagi-pagi kekedai Pak Amri,
Kerana hendak membeli kelapa,
Sebusy mana pun melanda diri,
Dengan you all tak pernah dilupa.... ahakssss. 

Saturday, April 14, 2012

HARI YANG DITUNGGU...

Dengan ini sy mengumumkan hari ni adalah hari malas sy...ahaksss. Sejak daripada pagi tadi sehingga sekarang dah nak tengahari, cuaca sentiasa mendung dengan hujan renyai2..Perghh jarang2 cuaca macam ni datang masa weekend...Selalu masa time kerja je cuaca macam ni berlaku buatkan kita rasa macam nak cuti je...Tapi hari ni, perghhhh nak buat apa pun malas, rasa macam nak tarik selimut dan geliat sana geliat sini, sampaikan nak makan pun malas, nak tengok tv pun malas, nak kemas rumah pun malas...ni nasib baik ada sedikit kerajinan nak buka laptop dan buat entry malas ni...Harap2 cuaca tempat anda pun sama macam sy jugak. So apa plan sy hari ni? Sudah pasti sy nak menikmati cuaca sebegini dirumah...sambil minum kopi panas dan tengok rancangan apa yang menarik di Astro dan kita enjoy...ahaksss. To all rakan bloggers, Selamat berhujung minggu....

Friday, April 13, 2012

MOVIE - CINTA KURA KURA

DVDnya dah lama sy beli tapi tak sempat nak tgk, jadi semalam ada masa sikit sambil makan, sy tengoklah cerita Cinta Kura kura terbitan KRU...Boleh tahanlah ceritanya, ada romantis, ada komedinya, ada suspensnya. Ceritanya mengisahkan Nani lakunan Tiq Zakiah yang memelihara seekor kura2 bernama Nico yang boleh bercakap tapi tidak menunjukkan kepada sesiapa yang dia boleh bercakap kecuali kepada teman lelaki Nani bernama Adam lakunan Airel Zafrel Oleh kerana perasaan cemburu kerana menyangka Nani tidak lagi memperdulikannya setelah ada Adam, Nico sentiasa mengenakan dan menganiaya Adam menyebabkan Tiq membenci Adam. Fadzly lakunan Fizz Fairuz yang mempunyai niat jahat berkawan dengan Nani 'menculik' Nico untuk dijual ke sebuah restoran ekostik kerana harganya yang tinggi dan Adam telah mendapat tahu dan berusaha  bersama Nani cuba menyelamatkan Nico. Secara am nya sy cerita itu memang ok, cuma yang tak logik nya ialah sy rasa Nico boleh menyelamatkan dirinya sendiri tanpa bantuan Adam dan Nani sebab masa Adam dan Nani datang untuk menyelamatkan Nico, dia senang2 je boleh melawan pekerja2 restoran...ahakksss.

MIANG TAPI SETIA

Masa sy menaip entry ni, kereta sy berada di workshop sebab driveshaft dia dah teruk katanya, jadi kena ganti.. perghh duit lagi keluar. Jadi dalam dok tengah menaip ni, tv3 pulak ada rancangan Wanita Hari Ini dengan tajuk " Suami Miang Tapi Setia",,,ahaksss. Best jugak dengar perbualan dan perbincangan yang di bincangkan walaupun sy kurang dengar suara tv nya sebab ramai orang yang berada disini... Sy rasa dalam dunia realiti ni, memang ramai yang bersifat macam tu, miang tapi setIa..ahaksss..aduhhhss nak terketawa sy bila dengar tajuknya, yelah kalau dah miang tu mianglahkan...tak kiralah lelaki atau perempuan, suami atau isteri. Anyway, kata orang tepuk dada tanya selera...Terima seadanyalah kalau dah pasangan anda tu memang miang...ahaksss.
Panas pulak hari ni, ingatkan tadi hujan bolehlah nak terlelap sekejap kat workshop ni...so apa2 pun, kita enjoy.

AKHIRNYA TERLANJUR JUGAK...

Bak kata pepatah, nasi dah jadi bubur, cempedak dah jadi nangka...sebenarnya sy sendiri tak menyangka semua akan jadi macam ni, hingga sebegini rupa. Kadang-kadang tu tak ada terniat langsung untuk melukakan hati sesiapa, untuk mematahkan hati sesiapa tapi perkara itu tetap terjadi...Bak kata orang, manusia selalu gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal...Sy hanya manusia biasa, penuh dengan kedaifan. Kadang kala kerana kesilapan yang kecil, kerana kelemahan diri sendiri menyebabkan orang lain merana.. Benar-benar sy harus meminta maaf. Memang sy tak sengaja...
Sebenarnya siapakah orang itu? Sy pasti anda semua tahu kalau anda baca blog sy...tak payahlah sy sebut nama nanti jadi semakin kusut pulak keadaannya sekusut cuaca yang tak menentu..sekejap panas sekejap hujan....Kesal tak payah cakaplah, memang terasa sangat tapi kalau sy tak buat, pasti orang lain akan buat jugak malah sebelum ni sy sendiri pernah terkena...bukan sekali, tapi banyak kali, tapi bukan jugak niat sy nak membalas dendam sebab sy bukanlah jenis pendendam...tanya kak ct, tanya dill, tanya radz, tanya lynn, tanya dayya, tanya jeelyana, tanya sama itu hud hud....
Walau apa pun, izinkan sy untuk memohon maaf kepada anda kerana akhirnya terlanjur jugak anda membaca hingga ke saat ini.......ahakssss.

RESEPI SAMBAL DAGING ALA SANTAI

Ehsan Google
Lama bebenor tak memasak..Asyik tapau aje. So semalam terasa pulak nak masak daging, pada asalnya nak masak daging goreng kunyit aje...lepas tu tukar menu, nak masak sambal daging..So jom kita redah apa bahan-bahannya....

1 peket daging direbus - yg diorang jual kat hypermarket tu
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar dipotong kasar
5 biji bawang merah dikisar @ dimayang halus
5 biji bawang putih dikisar @ dimayang halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1 btg serai
2 helai daun pandan diikat
1 mangkuk kecil air asam jawa
gula dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya cukup senang. Panaskan minyak dalam 3 @ 4 sudu besar, kemudian masukkan semua bahan yang dikisar @ mayang halus tadi. Setelah bau naik, masukkan pula serai, daun pandan, serbuk perasa, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, dan kemudian masukkan daging. Apabila hampir masak, masukkan bawang besar dan siap untuk di makan...mudah bukan?
(Nota - Oleh kerana semalam, kelaparan sy mmg tak dapat nak ditahan, maka tak sempat sy nak mengambil gambar spt biasa2nya....)



Wednesday, April 11, 2012

SAKIT TU DATANG BALIK

Kadang-kadang bila hari kerja, idea datang tapi tak sempat nak kita menaip sebab sibuk, tetapi bila masa kita tak sibuk seperti hari ini dimana tengah bercuti, idea pulak tak ada.....Takkan nak taip entry pasal tak ada idea? Rasanya dah berpuluh2 tajuk tu keluar tidak kira daripada sy mahupun rakan bloggers yang lain sebab memang perkara itu pasti akan berlaku....Kata orang otak dah jam sekejap.
Anyway, oleh kerana sejak dua menjak di, kalau menjelang petang dan malam aje, pasti hujan, maka sy nak cerita sikit pasal hujan..Kisah macam mana sy terperangkap dalam hujan lebat.
Masa tu sy dengan dua orang lagi sepupu sy sedang mencari buah durian di kampung kami di segamat. Memang tengah musim durian. Oleh kerana dalam kebun, maka taklah kami perasan hari dah nak hujan. Dalam sekelip mata, tiba2 hujan turun dengan lebatnya dan kami pun berteduh di bawah pondok buruk khas untuk menunggu durian jatuh. Daripada hujan lebat tadi, langit menjadi gelap dan ribut petir menyambar2.. Perghh memang kecut perut kami bertiga, nak lari redah..nanti lain pulak jadinya. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu sehingga hujan reda...lain kami harap, lain pulak jadinya. Kawasan kebun kami mula di naiki air, tapi tak adalah naik tinggi cuma sekadar paras buku lali je..ahaksss tapi ketakutan tu tetap ada... Penantian kami akhirnya berhasil dan hujan mula berhenti tapi ketakutan kami mengalami keadaan hujan lebat tu tak dapat kami lupakan.... Sampai sekarang, salah seorang sepupu sy takut dan tak suka dengan hujan....

Tuesday, April 10, 2012

KENANGAN OH KENANGAN

Pagi tadi bila bukak siaran radio sinarfm, terdengarlah pulak lagu 'Dalam Kenangan' nyanyian daripada kumpulan Wheels..tersentuh sekejap rasa hati sebab lagu tu mengingatkan sy pada saat-saat perpisahan masa sy form 5 dulu di MRSM...Selepas itu, masing2 akan pulang ke kampung masing2 dan meneruskan kehidupan dan pengajian masing2 ke tahap yang seterusnya...
Dan kini, setelah berbelas tahun meninggalkan suasana sekolah menengah, sy masih tak dapat nak lupakan terlalu banyak kenangan manis disana kerana kebanyakan cerita2 pertama bermulanya di sana. Hidup berdikari, hidup berkawan, hidup belajar, hidup tanpa di perhatikan keluarga dan jauh daripada mereka, hidup ada kakak angkat, abang angkat, adik angkat...ahaksss terangkat semua.
Dan kini jugak, masing2 sudah mempunyai hidup masing2..ada yang bekerjaya, berkeluarga, bekerja sendiri, menetap di luar negara, ada jugak yang masih di kampung, ada yang masih bujang, ada yang berniaga, ada yang sudah gemuk dan ada yang kurus, ada yang punya anak 4 dan ada jugak yang beristeri 2 dan ada jugak yang telah pergi buat selama-lamanya....
Tak kira apa pun, setiap saat waktu kita dulu2 tetap menjadi kenangan terindah... 
Antara bait2 lirik lagunya....

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

ADA SEKEPING NOTA...

Dalam perubahan arus kecanggihan dunia cyber, surat sudah tidak begitu penting untuk menjadi bahan pengantara atau sebagai pengganti diri sebaliknya dengan hanya menaip beberapa patah perkataan yang pendek2 melalui sms saja sudah mencukupi. Kalau dulu2, surat menjadi kunci akan sesebuah persahabatan mahupun cinta monyet....ahaksss. Kak ct mesti pandai dalam surat menyurat ni. Antara contoh2nya...

Kehadapan Lynn yang dihormati semuga awk seniasa sihat se adanya.
Maaf kiranya kehadiran warkah ini bisa mengganggu situasi awk, bukan niat sy sebaliknya hanya ingin menyatakan yang sy sangat2 berminat dan ingin menjadikan awk sebagai kawan sy... itupun kalau awk sudi...
Sudah lama sy perhatikan awk dan ingin berkawan dengan awk tapi sy malu nak berdepan dan bercakap dengan awk, nanti apa pulak awk kata..hidung tak mancung pipi tersorong2. Sy takut awk menganggap sy ni cuma nak main2 aje dengan awk tapi sejujurnya sy ikhlas nak berkawan dengan awk... Jadi sy harap awk sudi untuk menerima sy sebagai kawan awk. 
Hingga di lain waktu, terimalah salam perkenalan dari sy.


yang benar,
Ahmad Dhani - tingkatan 3B

Ahaksss....lain macam pulak rasanya bila menaip surat ni.

PULANGKAN LESUNG AKU

Tok! Tok! Tok!.......
"Abang, pergi tengok siapa yang ketuk pintu malam2 buta ni?" Atiqah mengejutkan suaminya setelah mendengar beberapa ketukan di pintu rumah mereka.
"Awk jelah yang tengok, sy ngantuk sangat ni" sambil Hussin, suami Atiqah menarik selimutnya.
"Abang ni...kan dah malam ni, takkan sy pulak yang kena bukak pintu, takutlah sy..." beritahu Atiqah resah.
"Siapa pulak yang datang malam2 macam ni..." sambil Hussin memperbetulkan kain pelikatnya dan berjalan perlahan2 sambil diikuti Atiqah daripada belakang ketakutan.
"Siapa tu?" tanya Hussin.... suasana senyap sunyi. Tiada lagi ketukan. Tiba2 kedengaran ketukan daripada pintu belakang pulak...
"Abang...dia ketuk kat pintu belakang pulak. Heeee sy takutlah bang. Hantu ke bang?" suara Atiqah terketar2 ketakutan sambil memerhatikan sekeliling..
"Awk ni..jangan merepek boleh tak. Biar sy tengok dulu...Awk bukak semua lampu rumah, biar terang rumah kita ni..." sambil suami Atiqah mengambil sebatang kayu dan membuka perlahan2 pintu lalu.....
"Astagfirullah...Mak Limah! Apa Mak Limah buat malam2 ni.." terkejut Hussin melihat Mak Limah terpaku diluar pintu.
"Maaflah Hussin...Atiqah. Aku nak mintak lesung yang kauorang pinjam dulu. Tak ada lesung tu susah aku nak masak..." Mak Limah memberitahu tujuan dia datang.
"Ehhhh...Bukan ke kami dah pulangkan pada Mak Limah...Mak Limah lupa ke...Ni yang sampai malam2 datang kan susah tu...Jom masuk dulu Mak Limah..pelawa Atiqah tapi Mak Limah hanya mengucapkan terimakasih lalu beredar daripada situ....
Baru saja Hussin nak menutup pintu, tiba2 muncul Daniel, cucu Mak Limah tercungap2 kepenatan...
"Kamu ni Daniel...buat pak cik terkejut je...Nenek kamu baru je balik...tak nampak ke dia?"
"Nenek? Nenek kat rumahlah pak cik...Diakan dah seminggu kena angin akhmar, tak dapat nak bergerak..Ni pun Daniel datang nak minta tolong Pak Cik hantarkan nenek ke hospital sebab badan dia dah nak demam...."
Hussin dan Atiqah hanya tergamam...Kalau Mak Limah berada di rumah, siapa pulak yang datang tadi?

Monday, April 9, 2012

SIAPA PIKAT, SIAPA TERPIKAT 2

Yaaaa ampun kepada mereka yang ingin tahu apa kesudahan ceritanya. Seperti di janjikan, sambungannya adalah begini.....
Sepanjang perjalanan ke Selatan ( waktu tu adalah tengah malam dan jangkaan sampai ke JB dalam pukul 6 pagi) maka sy dan kawan sy ni tak lepas peluang, terus ambik beg galas dan kami pun tidur walaupun sebenarnya kami tidur2 ayam sebab kebisingan yang amat sebab berdekatan dengan kepala keretapi...dan kami tersedar apabila keretapi berhenti di Stesen Kluang...Masa tu, tempat duduk dah mula banyak kosong sebab dalam perjalanan tu mungkin dah ramai yang turun...Tiba2 kami lihat 3 orang perempuan yang kami lihat di Stesen Segamat tadi sudah tiada di tempat mereka..Arghhh melepas betul, tak sempat nak tanya apa2..Ahaksss kata kata dalam hatilah.
Jadi kawan sy bercadang nak berjalan2 ke gerabak2 belakang kalau ada kosong untuk kami berpindah dan dalam 5 minit kemudian, kawan sy datang dan beritahu sy bahwa 3 perempuan itu telah pindah ke gerabak lain dan apa lagi, sy dan kawan sy pun ambik beg kami dan berpindah ke gerabak yang sama dengan 3 orang perempuan tadi, kebetulan ada kosong :-) Kami pilih betul2 bersebelahan dengan tempat duduk diorang. Adakah sy dan kawan sy menegur?... Yuppp masa inilah kami mula bertegur sapa...Dimulakan dengan ayat " You all nak balik kemana?" mulanya kami rancak berbual walaupun sebenarnya suara keretapi lebih kuat daripada suara kami...Lama-kelamaan, suara rancak itu hanya tinggal berdua saja iaitu sy dengan salah seorang perempuan yang sy namakan Diana..Kawan sy dan 2 orang kawan perempuan Diana dah pun sambung tidur. Selalunya memang sy tak miss untuk tidur sampai ke JB, tapi malam tu sy terus saja berbual dengan Diana hinggalah sampai ke Johor Bahru......
Dari situlah bermulanya hubungan akrab dan rapat. Kami selalu berjumpa di kampus dan jugak setiap kali cuti semester....tetapi bukanlah antara sy dengan Diana, tapi sebenarnya antara kawan sy dengan Diana. Ahaksss... Entah macam mana, bila saja kami balik semula ke kampus, kawan sy dan Diana ni jadi rapat pulak....

PETUA-PETUA HILANGKAN JERAWAT

Hai abang2 kakak2 adik2....Abang Muscle santai disini. Kabare? Sekarang ni AMS jarang2 dapat enterframe kat blog ni dek sibuk dengan aktiviti2 harian AMS yang sedang mengajar Zumba...ahaksss. Jadi ada masa terluang ni, AMS tak bagi chance, terus masuk dan kali ni AMS nak kongsi petua2 yang dapat AMS kumpulkan daripada beberapa blog bagaimana nak hindari jerawat...ready? Jom kita tengok siapa yang kena....
1) Asam gelugur direndam semalaman dan kemudian ditumbuk dengan pucuk jambu batu, sapu seluruh muka. Amalkan 2 kali seminggu.
2) Rendam daun sirih dengan air panas dan biarkan air tu sejuk. Sapukan air tersebut di muka dan biarkan sehingga ianya kering. Amalkan 3 kali seminggu.
3) Tumbuk beberapa inci kunyit hidup, kemudian campur beberapa titis air asam jawa dan sapukan kepada muka. Amalkan 3 kali seminggu, kulit jugak boleh jadi halus.
4) Ambik beberapa sudu tepung ubi kayu dan beberapa titis air asam jawa, campur jadikan macam bedak sejuk dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu. Kulit jugak jadi semakin cerah.
5) Ambik bahagian dalam batang bunga tanjung dan gilis halus. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapukan pada muka 2 kali seminggu.
6) Kulit kayu manis ditumbuk halus dan kemudian campur sedikit air dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu dan boleh jugak hilang parut.

Ya itulah serba sedikit petua2 yang Abang Muscle santai dapat, diharap dapat memberikan abang2 dan kakak2 yang byk jerawat tu tips2 berguna. Tapi bagi Abang Muscle santai pulak ada petua tersendiri yang memang mujarab cara nak hilangkan jerawat tu...Ready? Ambil jari telunjuk kiri dan kanan anda, kemudian letakkan betul2 di tepi kiri kanan jerawat di muka anda, kemudian picit sehingga ...perghhh lega kan? Sehingga berjumpa lagi dari Abang Muscle Santai.....

SIAPA PIKAT, SIAPA TERPIKAT?

Kalau zaman dulu2, style pikat senang aje, biasanya duduk kat shopping kompleks dengan member2, datang group perempuan yang tengah shopping2, sweet2 beberapa kali, kemudian tgk reaksi diorang..kalau diorang ketawa2, senyum2 dan cakap2..maknanya ada peluang. Kalau diorang tarik muka masam dan jalan tak pandang belakang..maka lupakan saja...lgpun dulu2 mana ada handphone, mana ada facebook..kira pikat secara langsung..ahaksss.
Cakap pasal pikat ni, teringat pada cerita sy dan kawan sy dulu, dimana kami sama2 masih belajar di UiTM Segamat. Masa tu cuti semester dan kami sedang menunggu keretapi balik ke JB. Dalam dok menunggu keretapi sampai. datang 3 orang perempuan cantik yang jugak sedang menunggu keretapi, jugak menuju ke arah selatan...dan kebetulan, diorang pun duduk betul2 dikerusi bersebelahan dengan kerusi kami... Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu...
Dalam beberapa minit kemudian, ada pengumuman mengatakan bahwa keretapi ke Selatan akan lewat sejam daripada masa yang sepatutnya...Sy dan kawan sy mengeluh. Begitu jugak perempuan2 tu mengeluh sama.. Kami mengeluh serentak dan saling berpandangan dan kami ketawa. Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu.
Sejam selepas itu, keretapi pun sampai dan dari jauh kami dah nampak memang penuh orang. Masa itu keretapi tak ada pakai seat...Kira nasib, kalau ada tempat duduk, duduklah..kalau penuh, sampai JB tu boleh berdiri kitaorang..Kebetulan, cari punya cari, sy dan kawan sy dapatlah tempat duduk kat depan sekali berdekatan dengan kepala keretapi... dan kebetulan perempuan2 tu pun duduk berdekatan dengan kami... Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu....Errr boleh rehat kejap tak? Sy sambung next entry....ahakssss

Saturday, April 7, 2012

MOVIE - 3 TEMUJANJI

Ehsan Google
Semalam sy sempat meluangkan masa melihat cerita 3 temujanji. Boleh tahan ceritanya, simple, ada romantik komedi dan menyentuh perasaan. Ceritanya mengisahkan tentang Riana lakunan Yana Samsuddin yang hanya menetapkan 3 temujanji kepada sesiapa yang ingin berkasih dengannya dan selepas itu mereka berpisah cara baik dan tidak perlu berhubung lagi selepas itu. Mohsin lakunan Pierra Andre yang jatuh cinta dengan Riana selepas kekasihnya menolak pinangannya ingin mencuba nasib dengan 3 temujanji itu dan seperti biasa, Mohsin membuat temujanji mereka lain daripada yang lain dan itu semua membuatkan Riana terasa mula jatuh hati dengan Mohsin. Apakah dia akan menarik balik perinsip 3 temujanji yang dibuatnya? Apakah trauma yang dia hadapi akibat pergaduhan dan perpisahan ibubapanya dengan perasaan dia terhadap Mohsin?
Bagi sy lakukan mantap Yana Samsuddin dan Pierra Andre memang baik, cuma sy rasa penampilan Pierra Andre sedikit 'boroy'...ahaksss. Nampak sangat, mungkin kalau dia kurangkan sikit nampak lebih handsome...jangan marah ye Pierra Andre, anda memang bagus dalam lakunan..

Friday, April 6, 2012

MIMPI PANJAT GUNUNG

Lebih kurang mcm nilah - Google
Entah apa cerita yang sy tengok kat tv semalam, boleh pulak cerita tu bersambung dalam mimpi sy... Mimpinya memang berterabur dan langsung tak masuk akal tapi yang sy tahu mimpi sy tu adalah sy memanjat sebuah gunung yang tinggi. Anda sedia maklum daripada entry sy yang lepas yang sy ni memang gayat tinggi, kalau naik bangunan tinggi tak ada masalah asalkan jangan pandang bawah je..kalau tak terus menyelinap rasa seram sejuk... So sy pun selidik2 kat internet, apa yang diorang tulis pasal mimpi panjat gunung ni..ahakss. Antaranya mengatakan kalau mimpi panjat gunung dan tidak jatuh maknanya usaha anda selama ini akan membuahkan hasil dan kejayaan. Ada jugak mengatakan bahwa anda akan mengalami kepayahan tetapi kepayahan itu hanyalah sementara waktu dan anda kena tabah menghadapinya kerana kejayaan akan tercapai jika anda bersabar menempuhnya.....
Well, mimpi hanya mimpi. Kata orang mimpi hanyalah mainan tidur...tapi jika terlalu kerap bermimpi ada jugak yang mengatakan ianya satu gangguan.

CERITA LEWAT MALAM

Malam ni malam apa? Malam jumaat...pandai pun. Bila cakap pasal malam jumaat bagi orang dewasa yang sudah berumah tangga adalah malam ehemmm ehemmm..Bagi yang bujang, ini adalah malam yg sama macam malam2 yang lain...Bagi budak2 pulak, malam nilah malam yang selalu diorang pulang awal sebelum maghrib..
Teringat sy waktu kecik kecik dulu, bila cakap malam jumaat aje, mesti kecut perut sebab dah selalu di hebah-hebahkan cerita hantu selalu suka keluar pada malam jumaat...Banyak benar cerita yang sy dengar samada daripada senior di sekolah mahupun cerita2 di tempat tinggal sy masa kecik2 iaitu di Johor Bahru....
Antara ceritanya yang diceritakan oleh senior sy disekolah adalah...jeng jeng jeng....
Pada satu malam, pada ketika semua pelajar sudah tidur kerana lampu harus dipadam pada pukul 11 malam dan semua pelajar diwajibkan tidur dan berada di dorm masing2. Adalah 3 orang orang pelajar tingkatan 2 yang merancang nak main permainan terup kerana boring. Tepat jam 12 tengah malam, malam jumaat... tiba2 mereka mendengar seperti seretan besi betul2 di sebelah tingkap tempat mereka bermain, iaitu di katil salah seorang daripada mereka...Oleh kerana terlalu takut, mereka bertiga tidur menutup diri mereka dengan selimut dan ketiga2 baring atas satu katil...Seretan rantai besi nyata tidak hilang, masih kedengaran sambil diselang seli dengan rentetan laungan kesakitan seorang perempuan...Tiba2 suasana menjadi senyap sunyi dan mereka bertiga perlahan2 membuka selimut mereka dan alangkah terkejut apabila tingkap mereka terbuka luas dan di tepi tingkap itu berdiri seorang perempuan berambut panjang dan memakai baju putih labuh ke lantai sedang merenung tajam ke arah mereka.....Pendek cerita, ketiga2 mereka menjadi histeria dan dirawat oleh seorang ustaz di hostel tersebut....  dan cerita ini jugak sy panjangkan kepada budak2 baru bila sy pulak jadi senior.. ahakssss...

Thursday, April 5, 2012

PELAMPIASAN CINTAMU

Band Butterfly - Ehsan Google
Yuppp...ini adalah tajuk lagu yang menjadi pilihan jomsantaisekejap minggu ini. Pelampiasan ni maknanya lebih kurang macam tempat persinggahan..macam gitulah ahaksss. Lagu ini adalah daripada kumpulan Butterfly dan video clipnya anda boleh lihat di youtube. Cukup sedih jugak jalan ceritanya. Apa-apa pun kita enjoy lagunya..

Pelampiasan Cintamu

Aku tak menyangka jadi begini di hatimu tak hanya satu
Teganya kau membagi cintaku dengannya yang pernah memilikimu
Mengapa tak kau katakan sebenarnya yang kau rasakan
Tolong jangan jadikan diriku sebagai pelampiasan cintamu

Lalu apa artinya aku yang kini jadi kekasihmu
Bila hatimu masih menyimpan cinta untuknya
Tak tahu apa artinya cinta bagiku ini menyakitkan
Setelah kau jadikan diriku sebagai pelampiasan cintamu

Lalu apa artinya aku yang kini jadi kekasihmu
Bila hatimu masih menyimpan cinta untuknya
Mungkin bila nanti ku pergi jangan harap ku kan kembali
Hingga kau menyadari ku benar mencintaimu

ALAHAI SALAH HANTAR..

Beberapa hari lepas, entah macam mana, sy boleh tersalah hantar sms ke seseorang yang memang sudah pasti sy tak kenal. Puncanya adalah sy tersilap menaip nombor yang terakhir dan ter'send' pulak tu...ahaksss. Dah orang yang terima sms tu tanya sy ni siapa, kenal dia ke tidak, sy ni kawan lama dia ke dan saja nak sakat dia... Walaupun sy dah explain banyak kali yang sy tersalah hantar sms tapi beria-ria dia nak tahu siapa sy... Lama-lama tu sy ingatkan dah oklah sebab dia dah tak sms, tapi sangkaan sy meleset apabila esoknya sy dapat lagi sms menanyakan bolehkan dia berkawan dengan sy...Alahai, nak buat macam mana, salah sy jugak kenapa tersalah hantar kan..so cakap ajelah boleh tapi agaknya sebab beberapa kali dia sms sy tak menjawabnya, maka lepas tu dah tak adalah sy dapat sms daripada dia....perghhh lega.
Cakap pasal sms ni jugak, pernah dulu terjadi pada rakan sekerja sy di tempat kerja lama sy. Adalah seorang boss tu yang cukup kami tak suka.. so kawan sy ni berbalas-balas sms dengan kawan sy yang seorang lagi dan entah macam mana tiba2 boss dia sms kat dia minta dia membuat sesuatu kerja dan menyiapkannya bila dia sampai office nanti...So apa terjadi? Dia pun menghantar sms ke kawan dia dengan mengatakan ayat seperti ini " Oklah you. I nak kena buat kerja. Boss tua I suruh buat something. Dia bukan boleh tengok I nak relax kejap..." tapi malangnya sms itu tersalah hantar ke boss dia...ahaksss. So apa terjadi?

Wednesday, April 4, 2012

PROMOSI SHISEIDO DI KLCC

Promosi Shiseido di KLCC
Dah lama benar tak ke KLCC...dah kurang dah kerja yang melibatkan sy kena pergi ke KLCC. Ada baiknya jugak sebab kalau kesana nak menempuh jam nya, nak cari parking nya, nak menempuh orang yang ramai... Tapi bila ada peluang ke sana, kalau ada apa2 saja promosi di ruang legarnya, pasti sy tidak akan ketinggalan mengambil gambar..ahaksss, macam kita pulak jadi promoter diorang. Kali ni Shiseido pulak yang membuat promosi produk mereka dan jugak mengadakan demonstrasi percuma...
Hari tu lepas sy habis dengan tugasan sy, sy singgah kejap di bahagian food court KLCC sebab perut memang tengah lapar sangat2 tapi perghhh langsung tak ada tempat kosong. Terpaksa sy merayau dalam setengah jam dan kemudian datang balik, barulah nampak ada beberapa tempat kosong...Sy pekena nasi campur. Boleh tahan jugak harganya, ambik lauk sayur, daging dan telur kena RM9.00... Teringat sy dalam berita TV3 hari tu yang ada complaint pasal makanan di R & R berharga RM4.50 dengan 2 lauk. Bunyi macam biasa je sebab pernah sy kena lebih mahal daripada itu...Teringat jugak sy kisah di Terengganu dulu dimana sebuah kedai kakan mengenakan harga nasi dagang sampai RM40 kalau tak salah sy...

BREAKFAST NASI LEMAK & UBIKAYU

Dah lama benar tak makan ubi kayu...Kalau zaman jepun jajah Malaysia dulu, ubi kayulah makanan harian bagi mereka yang melalui zaman itu....ahaksss, macam kita pulak pernah lalui zaman tu. Kalau kat kampung2, hari2 mak kita masak ubi kayu buat sarapan pagi sampai kadang2 naik boring, tapi bila di bandar, kita tercari2 kat mana ada kedai makan jual ubi kayu...
So hari ni, terjumpalah sy ubikayu di cicah pulak dengan sambal ikan bilis dan sambal paru..perghhh memang menyelerakan. Sy siap bungkus lagi untuk makan petang. Nasib baik jugak sy dah tapau awal2, dalam 10 minit je, sy lihat ubikayu tu dah habis...Di Subang Jaya ada jugak sy perasan beberapa kedai makan yang menjual ubikayu, kalau tak salah salah satu daripadanya adalah restoran Bawang Merah yang terletak di dalam Subang Parade. Apa2 pun, kita makan dulu......

Tuesday, April 3, 2012

KATA ORANG NO DUIT NO CINTA

No duit no cinta. No duit no kasih. No duit no sayang...Ahaksss. Teringat sy pada lagu nyanyian Amour bertajuk No Duit No Cinta, tapi ianya bukan setakat lagu kerana memang ramai jugak yang meng'ya'kannya kerana tidak kira macamana keadaan sekali pun, wang itu perlu dalam segala hal hinggakan nak ke toilet pun kena duit. Teringat sy dulu2, rasanya tak pernah ada satu toilet pun yang dikenakan caj...Jadi selalunya kalau sy ke tempat2 shopping kompleks, sy akan pergi ke mana2 restoran makanan segera atau kedai mamak ke untuk pergi ke toilet..ahaksss.
Berapa pentingnya duit dalam satu2 perhubungan? Kalau dulu ada pepatah mengatakan wang tidak boleh membeli cinta, adakah ianya masih relevan pada masa sekarang? Selalukah kita dapat melihat pasangan yang mana seorang doktor dan seorang lagi tukang sapu sampah atau tukang gunting? Biasanya kita akan lihat, jika yang bekerjaya akan jugak mempunyai pasangan yang bekerjaya. Walaupun masih ada yang tidak memandang semua itu tapi hakikatnya itu lah yang berlaku. Kata oranglah......

Monday, April 2, 2012

TITANIC 3D - PERGGHH

Macam yang pernah sy cakap dulu, rekod paling banyak movie yang sy tgk kat panggung adalah cerita Titanic iaitu sebanyak 6 kali...6 kali tengok 6 kali meleleh airmata..ahaksss, padahal dah tengok tapi agaknya airmata ni banyak sangat...jadi apalagi, semalam sy pun tgklah cerita Titanic 3D...Memang best giler. Bab paling sy suka tu bila Jack lakunan Leonardo di Caprio cakap "U jump I jump". dan sekali lagi perkataan itu disebut pulak oleh Rose lakunan Kate Windslet bila mereka berdua nekad lari bersama. Aksi bila kapal Titanic terbelah dua dan menunggu masa untuk menjunam kedasar laut cukup2 mendebarkan, terasa seperti kita benar2 berada disitu dan sy dapat membayangkan bagaimana gerunnya suasana pada masa itu. Secara sejarah dan faktanya, Kapal itu membawa seramai 2,224 penumpang dan 1,514 telah mati akibat hyperthomia atau kerana kesejukan paras beku lautan ais ocean tersebut...Jadi, untuk anda penggemar filem Titanic jangan lupa ye melihat filem dalam version 3D yang pasti menarik dan lebih realistik...

Nota - Errrrr sy belum tgk cerita ni kat panggung sebab belum tayang lagi yang version 3D. Sebab gian sgt nak tgk, sy pasang DVD kat rumah, pakai spek 3D..maka dapatlah tgk Titanic 3D walaupun gambarnya bukan 3D..ahakksss

MOVIE - CHANTEK

Semalam sempat sy menonton DVD cerita Chantek. Cerita mengisahkan AD lakunan Pierra Andre, seorang pelakun filem terkenal dengan hidup mewah dan ceria menjadi 'buta' dilanggar kereta setelah dia terserempak dengan girlfriendnya yang curang. Akibat kecewa, AD mengambil keputusan untuk bercuti di kawasan pantai dengan di jaga oleh pembantu dari Indonesia bernama Chantek yang terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana AD sangat membenci perempuan. Lama kelamaan Chantek tidak dapat berpura2 lagi kerana dia telah jatuh cinta kepada AD lalu memberitahu perkara sebenarnya. AD kecewa tapi dapat memaafkannya kerana kejujuran Chantek dan mereka jatuh cinta. Tiba2 Chantek mendapat tahu AD sebenarnya tidak buta dan sedang cuba mendalami skrip dimana dia terpaksa menjadi buta dan bercinta dengan pembantu rumahnya...Apakah kesudahan ceritanya?
Bagi sy, jalan ceritanya agak mudah untuk kita tahu apa endingnya, tiada babak2 yang cemas atau meronta perasaan, kecuali romantik dan komedi....tapi menghiburkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails