JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 31, 2012

RINTIHAN JEJAKA KURANG HANDSOME

Tiap kali aku mendengar lagu Namun kupunya hati, aku tersentuh, bukan sebab lagu tu best, tapi sebenarnya memang lagu tu best giler. Tapi siapa yang selalu nyanyi lagu tu? Mesti orang2 yang ada kekurangan dalam diri mereka tak kira dari segi fizikal mahupun yang lain...termasuk aku. Aku bukan kurang upaya, keupayaan aku memang kuat. Tanyalah Tok Kadi sebelah rumah aku...bukan pasal berapa kali kahwin tapi pasal berapa kali aku panjat pokok kelapa kat kebun dia. Aku bukannya tak berharta, tanah kat kampung tu tunggu masa je nak ditukar ke nama aku, cuma aku je yang tak nak.. maklumlah adik beradik ada sepuluh orang, jadi aku mengalah..tak nak gaduh2...Aku cuma..aku cuma..uhukkss Aku cuma tak handsome je.
Tiap kali aku pesan makanan kat mana2 restoran segera, pasti memek senyuman mesra orang yang ambil pesanan makanan akan bertukar jadi masam tiba2 setelah melihat wajah aku. Tiap kali aku pergi klinik sebab batuk, pasti kerusi kiri kanan aku kosong macam teruk sangat batuk aku tu padahal ada mamat yang dok kat hujung tu lagi teruk batuk dia tapi sanggup diorang duduk sebelah dia...uhukkkss lagi. Tiap kali aku naik bas, tak pernah sorang pun minah2 cun yang duduk sebelah aku, semuanya mak cik2 tua walaupun kerusi penuh...diorang sanggup berdiri daripada duduk sebelah aku...semua ni kerana aku kurang handsome. Tiap kali aku ke shopping kompleks, bila aku tanya kat penjual kat situ kat mana bahagian ubat gigi, diaorg pergi tunjukkan aku bahagian produk2 muka...cukup terasa hati dan sanubari aku...uhukkss lagi.
Biarlah, malam ni aku akan nyanyi lagi lagu Namun kupunya hati.....

BERDENGKURKAH ANDA?


Hari ni sy lencung sikit entry ke arah entry kesihatan , al maklumlah dulu cita2 nak jadi doktor tapi tak kesampaian. Lumrahnya bila kita tidur, kita memang layan habis..pasti kalau berdengkur pun kita tak dengar. Yang dengar orang yang berada di sekeliling kita. Ada orang anggap dengkuran tu perkara biasa tapi kadangkala dengkuran boleh membawa kepada penyakit yang serius. Ada yang berdengkur bila betul2 nyenyak, ada yang baru sesaat lelap dah berdengkur..ahakssss. Penatlah katakan. So tak payah sy ulas kenapa terjadinya dengkuran tu, nnt Abang Muscle santai akan ceritakan di entry akan datang.. Macam mana nak atasi dengkuran? Antaranya adalah:-

1) Sebelum tidur amalkan latihan bernafas panjang2 dan dalam2 untuk memastikan otot2 leher, kerongkong dan rahang dalam posisi yang baik semasa tidur.
2) Urut sendiri bahagian2 leher, hidung dan dada untuk mengurangkan ketegangan.
3) Kadangkala dengkuran boleh jugak terjadi daripada alahan, jadi pastikan bilik, cadar dan bantal2 anda bersih untuk mengelakkan alahan.
4) Elakkan dari kegemukkan. Gemuk menyebabkan banyak ruangan rongga pernafasan kita tersekat dan boleh menyebabkan dengkuran.

Monday, January 30, 2012

KERETA OH KERETA

Emmm tengok jelah.
Pagi-pagi kereta dah buat perangai manja dia, tak boleh start. Sekarang ni dekat workshop, foreman tu cakap fuel pump yang rosak...uhukksss pening kepala pasal urusan kahwin adik belum habis, datang pulak masalah lain... Nak buat macam mana, bak kata Pendekar Mastor...semua ni cobaaaaannnn. Yang penting hati kena cool walaupun cuaca panas terik. 
Jadi sambil2 tunggu kereta tu siap, sy singgahlah kat kedai makan berdekatan...wahhh ada pengat pisang!! Bolehlah pekena pengat pisang semangkuk dan teh tarik secawan sambil menulis serangkap dua baris post pagi ni, kalau tak memang susah jugak nak cari masa menulis entry kecuali waktu malam.. sambil2 tu tgk pulak cerita tipah vavavooomm di tv3. Cakap pasal tv3 ni, semalam baru berlangsung AJL yang telah di menangi oleh hafiz melalui lagu awan nano. Tahniah kepada para pemenang walaupun sy rasa frust sikit...opsss sebenarnya frust banyak sebab lagu favoutite sy Sedetik Lebih tak menang apa2 pun kecuali anugerah khas nada dering mobile tu....bolehlah, ditambahkan pulak Anuar Zain tak nyanyi malam tu, tapi suara Jacklyn Victor boleh tahan jugak..... 

Saturday, January 28, 2012

NILAI OH NILAI

VR Star salah satu tempat sy pergi
Dalam2 dok bincang pasal perkahwinan adik sy pada bulan 3 nanti, sy dah pun awal2 memberitahu mak untuk menyemposer ( asal dari ayat sponsor ) barang2 door gift termasuk satu atau dua dulang hantaran nanti. Sy dah pun survey dan meninjau2 ke KK deko di Shah Alam, Romantika Alam Sentral beberapa kedai perkahwinan di Subang Jaya dan Shah Alam tapi macam tak banyak pilihan, dan akhirnya sy pun mengambil keputusan pergi ke Nilai 3 dan bila sampai di sana...sy mengalami masalah lain pulak, terlalu banyak pilihan pulak...ahaksss. Memang banyak sangat pilihan dengan harga yang murah dan cantik2. Daripada kain hinggalah accessories nya. KK deco, VR star, Lia dan macam2 lagi tempat sy singgah tapi rasa macam tak cukup masa... macam sy pulak yang nak kahwin. Kata orang memang rambang mata bila dah ke sana. Mungkin cuti wesak ni sy akan ke sana lagi...ahakksss, tapi kali ni sy bercadang nak beli barang2 untuk decorate rumah pulak...

Friday, January 27, 2012

HUJAN OH HUJAN 2

Awan gelap waktu nak balik
On the way balik berjalan dari Sacc Mall hari tu, hari memang gelap..bukan gelap sebab malam tapi sebab gelap nak hujan. Memang sekali tengok ngeri rasanya sebab pasti hujan lebat.. Kalau hujan renyai masih boleh tahan, tapi kalau lebat sangat..nak tengok jalan pun susah. Dulu pernah beberapa kali sy tempuh keadaan hujan yang teramat lebat sampai kereta depan kita pun tak nampak..wiper kereta tu kira dah maksima dah dia punya pusing tapi masih tak boleh nampak jalan....dalam hati kira tawakkal jelah harap2 tak ada apa2 yang berlaku dan tak ada kereta yang buat hal..Al maklumlah, kadang2 mungkin kita memang berhati2 tapi orang lain pulak yang buat salah...dalam erti kata lain, apa yang penting..kerjasama! Selalunya jalan terbaik kalau keadaan jalan hujan lebat sangat, kira sy akan berhenti di mana2 tempat perhentian R & R atau stesen minyak, kalau berjalan jauhlah tapi kalau dalam area KL ni...redah aje sampai ke destinasi yang nak kita tuju.



ADA MASALAH TEKNIKAL

Macam yang anda semua tahu ruangan shoutbox sekarang dah bercaj, jadi ramai yang dah bertukar ke box yang lain antaranya chat box, gear box, box office dan macam2 lagi termasuklah salah sorangnya adalah sy. Tapi entah macam mana, ada masalah teknikal lah pulak, dah banyak kali try tapi masih tak muncul2.. Malas sy nak guna email yang lain sebab leceh pulak nak banyak2 email, tapi bila guna email jomsantaisekejap ..keluar message email tu sudah di daftarkan tapi masalahnya chat boxnya tak jugak keluar.. Emm maybe sabotaj kot? 
Anyway, bagi mereka yang ada bertanya...tqvm. Akan sy usahakan lagi sehingga berjaya. Buat masa ni, tatapi jelah shoutbox yang kosong tu ye..ahaksss atau paling senang just komen je kat mana2 entry yang sy buat dan sy akan balas melalui komen tu nanti..InsyaAllah.

BELON NAGA DI SACC MALL

Naga belon di Sacc Mall
Pejam celik pejam celik dah pun berlalu Tahun Baru Cina, tapi rasanya jalan2 raya masih lagi boleh dikira lengang jugak sebab ramai yang masih mengambil kesempatan bercuti kebetulan jugak dengan cuti sekolah. Bagi yang tak balik kampung macam sy, berjalan2 lah ke sana ke sini mencari apa2 yang patut sambil mencuci mata dengan macam2 acara yang di adakan di shopping complex termasuk antaranya di Sacc Mall, Shah Alam di mana ada terdapat belon naga yang besar di tengah2 ruang legarnya. Memang kreatif dan menarik sekali.. tapi naga ni tak boleh keluar api, kalau keluar habis semua belon2 tu meletup..ahaksss.
Kebetulan pulak pada masa cuti ni, mak sy datang 'beraya' ke KL.. sambil membincang2 kan tentang urusan perkahwinan adik sy yang akan di langsungkan pada bulan 3 nanti..tak lama lagi tu. Bincang tu bincang ni semuanya lancar. Tempah khemah, mak andam, kompang, pelamin, makan...semua ok. Bila masuk bab $$$, terus terkedu sekejap...banyak lagi tak cukup. Terus pening kepala tiba2...ahaksss.
Durian jual depan icity
Malamnya pulak, sy ajak mak berjalan2 ke ICity...tapi berjalan daripada luar jelah sebab pertamanya nak masuk ke situ...perghhh dia punya jam terlalu panjang dan terlalu ramai orang yang datang, jadi cara paling senang adalah menikmati keindahan warna2 icity tu daripada luar sambil menikmati hidangan buah durian... hahahaha...ye, sy ni mmg hantu durian. jadi bila nampak je ada orang jual durian kat depan icity tu, terus je singgah dan makan kat situ ( disediakan tempat makan ) Harga dia boleh tahan mahal tapi rasanya jugak boleh tahan sedap...lemak2 berkrim.

Thursday, January 19, 2012

LUNCH DI CARLS JR

Minggu lepas sy sempat bersantai di area Subang Jaya terutamanya di area Subang Parade. Jalan nak masuk parking memang jam teruk, apa lagi nak cari parking. Dekat setengah jam jugak sy dok melilau mencari2 parking dan akhirnya jumpa jugak walaupun terpaksa menunggu orang ni hampir 5 minit untuk dia beredar.. entah apa yang dia buat dalam kereta tu pun sy tak pasti...busy kot. So sesampainya di Subang Parade, tempat utama sudah pasti ruang legar. Sy ni kan memang suka ambil gambar ruang legar mana2 shopping complex.. pada masa yang sama, ada persembahan alatan musik daripada persatuan musik mana entah mendendangkan lagu2 syahdu...tapi lagu cinalah..ahaksss. Layan sekejap. Lepas tu dengan pantasnya perut pun lapar, terus sy meninjau2 selera apa pulak yang nak di isi...last sekali sy jenguk bahagian atas shopping complex Subang Parade tu, ada tempat makan Carls Jr...sy pun orderlah fries dan mushroom burger dia.. perghhh sedap sungguh, siap sy tapau satu burger nak makan kat rumah...lepas makan tu, jalan2 sekejap diruangan bazaar tingkat 2...ada kedai kecik2 yang jual barangan pun kecik2..tapi kebanyakannya barangan utk perempuanlah seperti bracelet, brooch, lukisan, tudung dll.
                                    

BUKAN SALAHKU

Sudah pasti kita selalu bermimpi tidak kira lah tidur siang atau malam, asal tidur je mimpi, asal tidur je mimpi. Ada mimpi yang memang nampak jalan ceritanya...cantik sangat. Ada yang mimpi langsung tak masuk akal, entah apa2 punya mimpi...tapi kata orang mimpi tu sekadar mainan tidur, ada jugak yang cakap mimpi tu seperti satu petanda, whateverlah kan...
So, ni sy nak cerita mimpi sy.. masih panas lagi. Baru semalam sy bermimpi. Mimpi baik punya..ahakss. Al kisahnya, mimpi ni tak ada permulaan, dia terus start je. Sy berjumpa dengan seseorang yang sy kenali tapi tak pernah kenal rapat, cuma kenal daripada jauh je. Sy pun tak pasti kenapa boleh pulak dia ni masuk dalam mimpi..so, pendek cerita kami terserempak di sebuah kedai makan dan kami minum bersama. Bual punya bual, dia cakap dia dah mengandung. Sy cakap baguslah, dan terus tanya anak ke berapa. Dia cakap belum kahwin lg. Lalu sy cakap kenalah kahwin dan terus bertanya siapa bapa atau bakal suami dia. Dia pun cakap orang itu adalah sy...Oh tidak...cepatlah sedar dari mimpi...dan yessss...sy tersedar dari mimpi. Seram sejuk sy seketika...

Tuesday, January 10, 2012

SENAMAN SPR

Ehsan Google - kena senyum walau berat.
Hi semua abang2 dan kakak2...ingat me? Yesssss pandai u all. Abang muscle santai kembali menggegarkan blog ni yang tak berapa nak gegar....sorry ye bro jomsantaisekejap, I enterframe..almaklumlah dah lama tak muncul, jadi kepopularan I dah menurun. Jadi today, kita buat exercise yang kita panggil Senaman SPR atau lebih jelas atau jitu dan padatnya ialah Senaman Pindah Rumah ahaksss. Bukannya apa, AMS tgk, tiap kali kita pindah rumah mesti mengadu lenguh pingganglah, lenguh bahulah, lenguh sana sini..lepas tu mc seminggu sebab sakit tulang...tu semua sebab tak buat senaman dulu. Pindah rumah memang kena senaman abang2 kakak2..so hari ni AMS bagi beberapa petua ye...
1) Malam sebelum pindah rumah tu, buat tekan tubi 100 kali. Kalau dapat satu tekan tubi, maknanya kita cuma mampu angkat barang 1kg je, kalau dapat buat 10 maka kita mampu angkat barang 10kg je..begitulah seterusnya..yang tak mampu buat tekan tubi, AMS nasihatkan jangan pindah rumah ye...
2) Malam sebelum pindah jugak, AMS nasihatkan minum air asam jawa satu gelas. Bukannya apa, biar suara tu tak serak esoknya. Jadi bila nak mengarah orang itu ini angkat itu ini senang..kita cuma tgk je..almaklum, dah bayar orang upah untuk mengangkat..
3) Masa angkat barang tu, angkat yang berat dulu. yang ringan kemudian. Yang ini kita panggil sistem yang berat didahulukan, yang ringan diutamakan.
4) Masa nak angkat barang tu jugak, jangan lupa sentiasa menyanyi lagu yang kita suka sebab bila kita nyanyi, tak ingatpun kepenatan dan keberatan barang tu..tahu2 dah sampai pun kat lori atau rumah baru tu.. tapi janganlah nyanyi sampai esok pagi pun tak henti2...itu sakit namanya...Jadi, u all selamat mencuba ye. 

BERUBAH TERUBAH DIUBAH

Kami sokong azam anda..
Ahaksss.. Mak oiii tu dia berjela2 betul azam tahun baru. Bila sy dok tanya kawan sy apa azam dia, sy dok ingatkan dia akan bagi 2 atau 3 je azam baru dia, tapi boleh dia beritahu sy satu persatu azam sampai sy tak larat nak dengar dah...last2 sy ajak dia minum kat kedai mamak sambil mendengar azamnya yang belum habis.
Bila cakap pasal azam ni, pasti jika yang betul2 melakukannya dan berusaha ke arahnya akan nampak perubahan menjelang tahun baru seterusnya. Tak kurangnya jugak dimana lain yang diorang berazam, lain pulak yang jadi.. macam contohnya kita berazam nak tukar kereta, tahu2 saman banyak tak bayar, itu ini itu ini, kereta pulak kena tarik.. langsung pergi kerja naik komuter je sepanjang tahun tu.
Kadangkala, ada jugak azam yang terubah atau diubah secara tak sengaja atau bukan seperti yang diazamkan, macam contohnya lah...ada kawan sy tahun lepas berazam nak tambah anak dia yang ke 2... tapi sayangnya azam dia tak kesampaian, tapi masih ada juga penambahan ...bukan anak tapi isteri yang ke 2..hahaha..opsss terlebih sudah.
Walau apa pun azam kita, pastikan kita berusaha kearah apa yang kita azamkan...Pastikan azam itu menjadikan hidup kita lebih tenang dan gembira...seharusnya.

Friday, January 6, 2012

BILA NAK JUMPA?

Makanan sy order di Starbucks
Hari ni sy lunch di Starbucks...opsss pembetulan. Hari ni kawan sy belanja sy di Starbucks...ahakss sebab sy memang jarang2 makan di Starbucks kecuali sebab kedai makan lain penuh aje...tapi disebabkan kawan sy ni nak belanja, maka dengan berat hati :-) sy pun  ikut jelah.. sy tunjuk itu ini itu ini, dah terbentang apa yang sy nak makan...sy order air toffee dan sandwich...harga memang mahal, tapi kawan yang belanja, sy tutup mata je.
Cakap pasal kawan sy ni, sebenarnya kami dah lama tak jumpa..lebih kurang dekat 10 tahun lamanya..jadi bila setiap kali call kat phone, selalu soalannya bila nak jumpa...jadi akhirnya berjumpa jugalah kami. Borak2 cerita lama sampai pecah perut bila ingatkan kenakalan dan kerenah2 member2 yang lain sambil perubahan yang berlaku pada rakan2 sewaktu belajar di sekolah asrama dulu...Kawan sy ni dah bekerja sendiri, bukak pusat tuition sebab dia dah boring kerja makan gaji, padahal dia ni kalau sy tgk memang tak ada tokoh langsung jadi cikgu ke atau lecturer ke tapi kesitu pulak akhirnya yang dia buat....lepas tu kami berpisah kembali sebab dia kena balik Johor, ada hal keluarga katanya...tapi yang pasti, soalan bila nak jumpa sudah pasti tidak akan di tanya lagi selepas ini....

Thursday, January 5, 2012

RESEPI IKAN SEPAT MASAK SANTAN

Rasanya dah lama sy tak buat entry jom makan-makan. Dulu rasanya ada jugak sy buat entry ni terutamanya masa bulan puasa, sekarang ni susah sikit. Maknanya apa murid-murid? Ya betullll maknanya ialah dah lama sy tak makan kat luar. Semua ni adalah sempena menyahut kempen yang sy buat sendiri berbunyi:
Makan luar, tak sedap kena bayar
Masak sendiri, tak sedap lu pikirlah sendiri
Ehsan Chef Google
(Maksudnya ialah kalau makan luar, sedap tak sedap, kena jugak bayar. Kalau masak sendiri, tak sedap kita boleh adjust sana adjust sini supaya jadi sedap)
So resepi kali ni sy akan kongsikan dengan anda ikan sepat masak lemak. Antara bahannya adalah:
1 kg ikan sepat atau sebarang ikan darat yang anda suka.
100 gm buah cekur dengan daunnya sekali
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 – 20 biji cili padi
Santan kelapa – 2 biji
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Gula dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya adalah lepas ikan sepat dibasuh, lumur dengan kunyit dan garam, kemudian anda boleh goreng tanpa minyak atau bakar dan asingkan. Bawang merah, bawang putih dan belacan juga hendaklah di bakar atau goreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk bawang merah, putih, belacan, buah cekur, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.  Masukkan bahan yang telah ditumbuk tu dengan perahan air santan yang menggunakan air masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan ikan yang telah dibakar/goreng tadi dan akhirnya masukkan hirisan daun cekor tersebut dan walllllaaaaa…siap.

Wednesday, January 4, 2012

JUALAN DI PADINI

Berpusu2 ke jualan padini
Hari minggu yang lepas, sewaktu sy ke IKEA, seperti yang sy katakan, terlalu ramai orang yang datang kesana,  selain diorang ni pergi ke IKEA ataupun The Curve, ramai jugak yang bertandang ke gedung2 pakaian seperti brand outlet dan padini. Jualan pakaian berjenama sehingga ada potongan 70%. Buy 1 free 1 memang berlambaklah, orang yang membeli pun dah macam kat pasar lambak... kadang2 tu ada jugak tempat sy lihat, memanjang aje ada jualan...bulan ni ada jualan, bulan depan bila datang pun ada jugak jualan..jadi bila masa pulak dia jual harga biasa..ahaksss. Kata orang, kenalah jadi pengguna bijak dengan melihat tanda harga atau menbandingkan harga...Mahal tak semestinya tahan dan murah tak semestinya tidak berkualiti. Sy sendiri ada beberapa baju kemeja yang sy masih pakai sehingga kini untuk ke kerja walaupun usia kemeja tu dah hampir 15 tahun!! Bukan nak berjimat tapi memang baju kemeja tu masih tak pudar warnanya dan tak ada cacat celanya walaupun ianya tak ada jenama....so anda ada jugak ke barangan antik? 

RINDU BEROMBAK

Semalam sy sempat tengok sekejap cerita ombak rindu...tak sempat habis tgk sebab ada kerja kena buat, jadi tgk setengah cerita je..tapi boleh tahanlah ceritanya, banyak yang menyentuh perasaan kita dengan lakunan mantap Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dll...
Dalam kehidupan realiti, berapa ramaikah antara kita yang sanggup berubah atas sebab2 tertentu terutama cinta? Sebagai contoh paling senang, meninggalkan tabiat merokok kerana pasangan kita menyuruh kita berhenti.. atau meninggalkan kerja2 yang kurang elok seperti melepak ke atau apa saja, dan ada jugak yang lebih lagi daripada tak tahu ke masjid, tiba2 kita berubah kerana pasangan kita menasihati kita kearah tersebut..
Walaupun pada hakikatnya hati manusia ni susah untuk berubah, tapi kadangkala, cinta mengatasi segalanya.. betul ke? Sanggup buat apa saja demi cinta kepada pasangan kita? 
Salah sorang kawan sy dulu semasa sy belajar di UiTM... suka sangat dengan barang2 yang branded. Apa saja  yang ada di badannya semuanya adalah barang yang berjenama dan mahal, wal hal ibubapanya bukanlah orang yang berada...tetapi sikapnya berlainan sekali. Walaubagaimanapun,  sikapnya berubah secara drastik apabila berkenalan dengan seorang perempuan yang sy kira kalangan orang berada tapi penampilannya hanya biasa saja...kontra dengan sikap kawan sy ni dari kalangan biasa tetapi penampilan macam orang berada...Skrg yang sy dengar, kawan sy ni dah berkahwin dan punya anak 3....opsss bukan dengan perempuan tersebut, tapi dengan seorang cikgu.

Tuesday, January 3, 2012

BERSANTAI DI AWAL TAHUN 2012

Jualan BONIA di SACC Mall
Oleh kerana tahun baru jatuh pada hari Ahad, maka cuti di anjak ke hari Isnin... cuti lagi :-) Apa lagi, kita santai2 jelah selagi ada cuti ni...So kemanakah gerangannya kaki ini melangkah? Mula2 sy menapak ke IKEA Damansara. Buat apa kesana? Soalan yang bagus..Jawapannya memang saja2 je nak kesana sebab dah lama tak kesana. Nak tengok juga idea2 baru untuk decorate rumah bila kita ke IKEA.. Paling sy suka dengan perabut putihnya tidak kira apa jenis samada di dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur sebab sy suka berkonsepkan Inggeris..ahaksss tapi kadang2 tu bila tengok warna merah, menarik jugak... Memang ramai orang di IKEA, nak parking hampir setengah jam baru dapat. Ada yang jenis kurang sivik, main pakai masuk je walaupun kita dah bagi signal dulu nak masuk parking...siap kita hon dia boleh buat2 tak dengar je. Kalau di IKEA ni, sy memang tak lepas peluang nak makan kat food court dia, selalu sy makan yang meat ball tu..tapi nak beratur order makan punyalah panjang...
Lepas berpenat lelah mencuci mata melihat design dan corak2 serta decorasi rumah di IKEA dan membeli sedikit apa yang sy rasa perlu, sy pun bertandang pula ke SACC Mall Shah Alam. Ada jualan habis habisan barangan branded Bonia dan seangkatan dengannya seperti polo dan lain2. Jualan hingga 50% you... memang penuh orang berlumba2 membeli dan ada jugak hadiah percuma bagi barangan rm100 keatas... tapi minta maaf lah, jualan tu last day dia hari ni 2hb Januari 2012..Ada jugak kedai yang masih tutup kerana menyambut tahun baru... so untuk tahun 2012 ini, lets get blogging...ahaksss.

Sunday, January 1, 2012

HYE HYE 2012, BYE BYE 2011

Saja je tulis tajuk English sebab kalau tulis tajuk melayu jadi panjang..anyway, maknanya tetap sama. Selamat datang tahun 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Bermulalah lagi satu tahun yang penuh dengan azam dan impian baru. Tinggalkan tahun 2011 dengan segala azam yang sudah tercapai mahupun setengah ataupun suku darinya..yang penting kita berusaha untuk menjadikan azam kita satu realiti, bukan setakat azam dimulut saja. 
Tahun 2011 boleh sy katakan bagi diri sy tahun yang penuh dengan pelbagai kenangan manis dan jugak pahit, suka dan duka sentiasa silih berganti tidak kira dari segi apa pun samada kerjaya mahupun kehidupan dan tidak  dilupakan dunia blogging...hampir2 sy tenggelam meninggalkan dunia blogging..ahaksss.
Orang kata bila melangkah ke tahun baru, maka meningkat jugak umur kita setahun. Bila makin meningkat umur kita. maka secara teorinya makin matanglah pemikiran dan perbuatan kita..setiap tahun baru pasti akan diekori dengan azam baru..biarpun azam lama masih belum tercapai, tapi yang penting kita berazam untuk memberi motivasi pada diri sendiri kearah yang lebih baik.

Tatkala sy menulis entry ni, sudah kedengaran bunyi mercun dari segenap pelusuk. Diluar tingkap, sy boleh lihat percikan bunga api dan mercun yang sy rasa dari arah Shah Alam yang bertalu2 tanda menyambut ketibaan tahun 2012..Ada yang menunggu untuk melihat kemeriahan dan keseronokan percikan bunga api berkilauan memercik di langit..ada jugak yang sudah tidur kerana esoknya hari kerja. Walau apa pun keadaannya, itulah kehidupan kita tidak kira apa tahun sekalipun.
Untuk semua rakan bloggers, Jom Santai Sekejap mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails