JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, November 8, 2012

TERINGAT MENGAJI DULU2...


Cakap pasal mengaji ni… ada yang boleh, ada yang so-so, ada yang pandai dan boleh hafal, ada yang tak pandai tapi buat2 pandai, ada yg masa kecik sekolah agama, ada yang belajar sendiri dan ada yg belajar di rumah guru2 yang mengajar mengaji, ada yang ibubapa diorang ajarkan….
Ada pelbagai ragam dan gelagat serta karaktor guru mengaji..ada yg garang, ada yang bengis, ada yang selamba..pendek kata macam2 ada…
Teringat sy semasa mula2 sy mengaji. Sy mengaji dengan seorang nenek dipanggil Mek. Oleh kerana factor usia, semasa mengajar dia selalu terlelap, tapi yang bestnya telinga dia tak terlelap, kalau kita salah baca, mulut dia akan meninggikan suara sambil perbetulkan bacaan.. maknanya janganlah nak tipu walaupun dia dah terlelap.. kadang2 tu sampai tertunduk2 nenek ni, namun tetap akan tegur bila kita salah baca…ahakksss. Apa2 pun yang penting sy sempat jugak berkhatam Quran dengan dia. Terimakasih atas segala tunjuk ajar dan semuga arwah Mek sentiasa dicucuri rahmat.

3 comments:

  1. teringat jugak guru mengaji saya... kene ketuk dengan rotan sebab bermain semasa ngaji.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. dia dengar dengan matahati tu. kakCT mengaji dengan mak sendiri...garangnya masyaAllah. tapi ramai yg khatam dgn dia...alhamdulillah.

    sampai sekarang masih mengajar budak mengaji lagi. salute ar kat dia.

    ReplyDelete
  3. @YUNID@TI - Selalunya kalau rotan dia ketuk kat lantai je tapi gerunnya sampai kejantung...hahaha

    Kak Ct - Bestnya dapat mengaji dengan mak sendiri...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails