Monday, October 8, 2012

TRAGEDI OKTOBER

Dah balik semula hari Isnin. Kejap aje rasanya cuti hari minggu..di tambah pulak hujan yang turun mencurah2 pagi membuatkan sakitnya rasa, kenapa tak pulak hujan masa hari minggu yang lalu...ahaksss.
Hari minggu lepas nasib sy tak berapa baik, ada 2 perkara yang kelakar tapi menyedihkan berlaku pada sy. Entah macam mana, oleh kerana mata tak berapa mengantuk, maka sempatlah sy singgah blogwalking sana sini hingga pukul 1 pagi dan bila mata dah mengantuk, sy pun terlelap... Dalam terlelap tu, entah apa punya mimpi tapi rasanya macam ada adegan berlari2....bukan lari2 dan guling2 macam cerita hindustan ye, ni lari apa pun  sy tak pasti sehingga ada satu ketika sy nak melompat, terasa macam sy tak melayang dan akhirnya gedebuk.... sy jatuh katil. Nasib baik jatuh tu kira jatuh terduduk, kalau terbaring kena kepala...uhukssss. Nak ditambah malangnya, sy jatuh betul2 kat laptop sy menyebabkan screen laptop pecah..aduhssss. Inilah yang dipanggil Tragedi Oktober....

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails