JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, October 9, 2012

OPAGANGNAM KOREAN STYLE DI SUMMIT USJ

Pakaian fesyen Korea di Summit USJ
Ooo pa gangnam style!! Musik korea memang dah menular kesana sini dan menjadi ikutan para remaja lebih2 lagi bila ada penyanyi lelaki yang kacak, handsome, macho dan penyanyi perempuan yang cantik dan sexy... memang menjadi ikutan. So trend tersebut bukan setakat ke arah nyanyian, tapi juga kearah bidang fesyen dan accessories yang mereka pakai. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan adalah di Summit USJ,  sempat sy melilau - lilau di sana minggu lepas, kalau tak salah sy ditingkat 3 kerana disitu banyak kedai yang menjual pakaian2 korean style, siap nama kedai pun ada dipanggil 2pm.com lagi...sepanjang berjalan disitu, memang tak sah kalau tidak dihidangkan dengan juadah lagu2 korea. Pelbagai warna kelihatan kerana thema fesyen korea ni kan dengan warna2 yang striking dan menarik pandangan mata kita..ahaksss. Tapi yang best tu, ada jugak signboard sempena sambutan Eid Mubarak.
Hari tu sy makan ringan aje sebab badan sy dah naik berganda sejak Hariraya dulu, sy 'jamah' makanan yang dinamakan dorayaki... alaaaa makanan kesukaan doraemon tu. Boleh tahanlah, ada pelbagai perasa dalamnya...perasa bubble tea pun ada. So kalau ada masa, nak tengok opa gangnam korea style...singgahlah di Summit USJ ye.

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails