JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, October 4, 2012

KARANGAN YANG TAK SUDAH

Cita-cita aku tak tinggi sangat. Aku cuma nak menyambung kerja-kerja yang telah dijalankan oleh ibu dan ayah aku iaitu sebagai pekerja kilang, tapi kalau boleh aku nak kerja kilang yang ada air cond. Ibu aku bekas pekerja kilang buat periuk. Ayah aku pulak supervisor disebuah kilang benang. Jadi kalau diorang balik pasti tak ada cerita lain, semua cerita pasal kilang, benang dan periuk..ahaksss. opsss karangan mana boleh ketawa-ketawa...Jadi aku membesar dalam suasana kilang kerana kami jugak tinggal di rumah yang disediakan oleh majikan ayah saya. Bila ada saja sesi suai kenal di sekolah dan bertanyakan pasal cita2, aku dengan bangga diri akan menjawab aku bercita2 ingin menjadi seorang pekerja kilang. Tamat saja SPM, aku tak tunggu lama untuk mencapai cita2 aku, terus aje aku memohon kerja ditempat kilang ayah aku bekerja dan tadaaaaa...tercapailah cita2 aku sedangkan rakan2 aku yang lain masih meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bermakna mereka belum mencapai cita2 mereka sedangkan aku sudah..ahaksss opsss tak boleh ketawa-ketawa bila buat karangan....
Sekian saja karanagn saya buat kali ini...sehingga berjumpa lagi di karangan akan datang, itupun jika karangan ini lulus....

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails