Saturday, October 6, 2012

BETUL KE LELAKI SUKA BOHONG?

Apa nak buat weekend2 macam ni? Nak tidur, rasanya macam dah terlebih tidur, nak berjalan rasanya macam dah terlebih jalan, nak makan rasanya macam dah terlebih jalan...nak blogging? ahakkss yang tu rasanya macam masih kurang lagi...tapi terlebih malas pulak yang terasa.
So...sy pun google2 sana sini mencari ideas nak tulis apa dan tertarik dengan satu kisah daripada penulis artikel " why men lie"...menarik ni tapi secara kasarpun kalau sy tak baca pun dah tahu isinya..ahakss. Macam pernah ku dengar ayat ni tapi di mana ye?
Sy pasti tak kira anda lelaki mahupun wanita, jika ada kuasa telepati pasti soalan yang ada difikiran adalah adakah pasangan anda berbohong kepada anda sekarang atau tidak?
Banyak sebab kenapa lelaki berbohong terutama kepada pasangannya tak kiralah yang bercouple atau lebih2 lagi yang dah berkahwin, antaranya adalah...jeng jeng jeng.
1) Lelaki berfikir pasangannya pasti tidak mahu mendengar jika mereka berkata benar. Macam contohnya, pasangannya bertanya muka sy ni cantik atau badan sy ni gemuk tak....
2) Lelaki berfikir pasangannya pasti akan marah atau benci jika mereka berkata benar. Macam contohnya manalah tahu tiba2 lelaki terkenang2 cerita lama kerana baru terserempak kekasih lama tiba2 disapa pasangannya dan bertanya apa yang dia ingatkan...apa nak jawab?
Sebenarnya banyak lagi sebab2nya tapi tak larat sy nak menanggung bebannya...hahaha. Lepas ni sy cari pulak artikel kenapa wanita suka berbohong pulak.

1 comment:

  1. suka tu taklah, tp ada lah kan..hehhhe. pengalaman kut, kekkeke

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails