Saturday, September 8, 2012

WEEKEND YANG BLURRR

Weekend ni sy betul2 kekurangan idea apa nak buat.. Nak berjalan cuaca panas, nak berkemas rasa tak larat, nak berkebun....sama jugak alasannya, cuaca panas..tgk astro, cerita nya semua sama aje..Cerita My Name is Khan rasanya dah dekat sepuluh kali diorang tayang...kalau ye pun, agak2lah sikit masa tayangannya tidak terlalu dekat. Jadi apa yang sy nak buat. Nak blogwalking line pulak sabotaj, lambat mengalahkan jam kat federal highway...jadi sy pun terfikir nak buat entry ni sebagai mukadimmah kepada entry yang akan sy tulis malam nanti iaitu Bagaimana caranya untuk mengawal berat badan di suasana Hariraya dan menghadiri rumah terbuka...ahakssss. Cakap pasal makan, rasanya sy belum lunch lagi ni, perut dan mula menyanyikan lagu raya, jadi sy pekena dulu apa yang ada kat dapur dulu ye...mana tahu keluar pulak entry pasal resepi pulak sebab dah lama jugak sy tak buat entry resepi.... Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails