Tuesday, September 4, 2012

SELAMAT HARIRAYA AYAH...

Kadangkala Hariraya adalah waktunya untuk kita bersukaria dan meraikan kesyukuran kerana selamat dan berjaya menunaikan sebulan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan...tapi tak semua melalui nya dengan kegembiraan dan keseronokan seperti kita. Ada yang hanya meraikan sama seperti semasa berpuasa malah setiap hari dengan keadaan yang sama, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada yang hanya membasuh baju yang lama dan agak lusuh agar kelihatan baru pada Hariraya. Ada yang meraikannya tanpa kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya. Ada yang hanya cukup sekadar minum air masak dan beberapa suap nasi. Ada yang waktu paginya sempat menunaikan sembahyang sunat hariraya tapi petangnya mula bekerja kembali....  Ada yang ketawa melihat percikan bunga api dari jauh, seolah2 mereka yang  bermain bunga api itu, Ada yang terlantar kesakitan tapi masih mampu tersenyum melihat kita bergembira di Hariraya.
Kadangkala, terfikir sy, apakah pengertian Hariraya yang sebenarnya kepada mereka ini? 
Untuk arwah ayah sy yang tercinta dan amat2 sy sayangi....
Walaupun ayah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami, namun ayah tetap sentiasa dihati kami walau dimana kami berada, walau apapun yang kami buat, walau berapa banyak kali puasa dan hariraya yang akan kami tempuh...tak sedetik pun setiap Hariraya kami meraikannya tanpa ayah.....
Selamat Hariraya Aidil Fitri Ayah. Anakmu ini akan sentiasa berdoa semuga roh ayah dicucuri rahmat....Amin.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails