JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, September 6, 2012

OH KENAPA KAU BERUBAH?


Oh tidak!!?? Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Why?
Langsung tidak sy duga dikau berubah secepat itu. Padahal dulu pun banyak kali jugak sy perlakukan begitu tapi dikau macam tu jugak, tak ada menunjukkan perubahan yang ketara, tapi kali ini.. Memang seperti tidak percaya. Tapi silap sy jugak sebab masa buat semua tu, tidak memikirkan apa yang akan terjadi kalau sy bertindak keterlaluan, tapi nak buat macam mana, benda2 ni semua bukan benda yang boleh dilarang atau dihalang…Dah ada depan mata, mana boleh lepas peluang, seperti meletak ikan di depan kucing, mana nak diam je kan.
Mungkin sy kena berubah. Tahun depan tak mungkin sy akan berbuat begini lagi, walaupun berapa banyak rumah yang sy pergi atau berapa banyak makanan yang terhidang pada waktu Hariraya, tak kira lauk apa, tak kira kuih berjenis2, sy akan pejam mata dan buat tak tahu je, biar semua makanan tu merajuk kenapa sy tak nak makan diorang. ….Sehingga kini sy masih tertanya2 macam mana sy boleh naik sampai 5kg.. Perut sy sudah mula berubah...ahakssss. Oh tidak.

1 comment:

  1. 5 kg? jom kite jogging wak!

    meh sini petua mudah nak kurus.

    dill.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails