JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, September 28, 2012

ADUHSS SEMPAT KE?

Hari ni macam biasalah, bangun pagi terus gitu gini, siap nak pergi kerja...tup-tup, kereta bunyi lain macam pulak bila nak start, kemudian bau minyak kuat pulak tu...ahhhh sudah, takkan kereta buat hal pulak, nak2 pagi nanti ada meeting kat KL...Tak boleh jadi, kena jugak panggil teksi hantar ke office, kalau tak memang tak sempatlah nak pergi meeting kalau nak tunggu workshop bukak... Dalam diam tak diam, kereta Waja sy tu dah dekat 8 tahun jugak sy pakai, memang ada naik turun...dan memang tidak dinafikan, banyak berjasa. Tapi macam orang cakaplah, kereta ni kalau dah lebih 5 tahun, macam2 hal akan berlaku...itu rosaklah, ini rosaklah...itu tercabutlah, ini putus lah..ahaksss. Harap2 akan datang, diorang ni boleh buat kereta yang tahan lama sikit luar dalam...
Walau apapun, sy sempat menghadiri meeting pada pagi tadi dan lepas meeting sy terus balik ke rumah dan menghantar kereta ke workshop...terbang jugak beratus duit nak baiki. Fuel pumpnya rosak....

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails