JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, July 23, 2012

PENGAT PISANG BAZAAR USJ4 - TAK BERBALOI

Hari pertama berpuasa. Sudah pasti juadah untuk berbuka adalah dengan membeli di bazaar Ramadhan dan salah satu tempat yang selalu sy berkunjung adalah bazaar Ramadhan USJ4. Memang seperti yang dijangkakan minggu pertama bazaar pasti ramai orang hinggakan susah nak dapat parking kereta, terpaksa menapak jauh untuk ke bazaar. Sy kalau pasal juadah berbuka sy tak kisah sangat, apa saja sy makan tapi sy suka membeli kuih2 atau pengat untuk dibuat sahur nanti.Salah satu kesukaan sy adalah pengat pisang.Jadi sy pun carilah beberapa penjual yang menjual pingat pisang dan sy singgah disalah satu antaranya. Bila ditanya harganya, biasalah macam tahun lepas jugak, RM2 untuk satu bekas plastik bulat tu..kemudian sy pun goyang2lah bekas plastik tu, tak nampak pun macam ada pisangnya, cuma nampak pengat nya aje.. sy pun tanyalah, ada ke pisang dalam ni? Penjual tu pun cakap ada....Pendek cerita, paginya bila nak sahur, sy pun makanlah pengat pisang tu...perghhh, dalam bekas tu cuma ada 6 hirisan pisang yang dipotong bulat..dahlah bulat, nipis pilak tu..Kira sy bersahur macam hirup pengatnya aje, pisangnya buat hiasan aje...Jauh lebih banyak masa beli pengat pisang masa bukan bulan puasa!! Kalau nak berniaga tu, agak2lah jugak, anyway bulan puasa punya pasal...anggaplah tu semua dugaaaannn.

4 comments:

  1. sabor je la...6 hirisan bulat pisang macam carot dalam sayur campur je bunyinyer...huh!memang dugaaan tuh!

    ReplyDelete
  2. Ni lah ragam penjual bermusim. Ramai nak kejar utung je.

    ReplyDelete
  3. Cindyrina - Terpaksalah bersabar sbb diorang jual dalam bulan puasa.. kalau tak nak jugak complaint...

    Hidayati - Ramai yang rasanya nak kaut untung pada bulan puasa...

    ReplyDelete
  4. awak, sekarang ni ramai yang amik kesempatan. lagi2 kite tak boleh rasa mase tu sbb puasa.

    nak untung punye pasal, kebajikan pelanggan diabai

    dill.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails