Monday, April 2, 2012

TITANIC 3D - PERGGHH

Macam yang pernah sy cakap dulu, rekod paling banyak movie yang sy tgk kat panggung adalah cerita Titanic iaitu sebanyak 6 kali...6 kali tengok 6 kali meleleh airmata..ahaksss, padahal dah tengok tapi agaknya airmata ni banyak sangat...jadi apalagi, semalam sy pun tgklah cerita Titanic 3D...Memang best giler. Bab paling sy suka tu bila Jack lakunan Leonardo di Caprio cakap "U jump I jump". dan sekali lagi perkataan itu disebut pulak oleh Rose lakunan Kate Windslet bila mereka berdua nekad lari bersama. Aksi bila kapal Titanic terbelah dua dan menunggu masa untuk menjunam kedasar laut cukup2 mendebarkan, terasa seperti kita benar2 berada disitu dan sy dapat membayangkan bagaimana gerunnya suasana pada masa itu. Secara sejarah dan faktanya, Kapal itu membawa seramai 2,224 penumpang dan 1,514 telah mati akibat hyperthomia atau kerana kesejukan paras beku lautan ais ocean tersebut...Jadi, untuk anda penggemar filem Titanic jangan lupa ye melihat filem dalam version 3D yang pasti menarik dan lebih realistik...

Nota - Errrrr sy belum tgk cerita ni kat panggung sebab belum tayang lagi yang version 3D. Sebab gian sgt nak tgk, sy pasang DVD kat rumah, pakai spek 3D..maka dapatlah tgk Titanic 3D walaupun gambarnya bukan 3D..ahakksss

3 comments:

  1. kreatif eh..
    takpe.. bila dah ade kat pawagam sok jgn lengah terus pergi tengok titanic 3D tu lagi

    ReplyDelete
  2. cerita ni walaupun selalu tgk, ending dia mesti mengalir juga airmata =)

    ReplyDelete
  3. camne la dorang nak wat 3d...ingatkan akan lakon semula rupa yer perbaharui filem yg lama...mesti gempak nnt...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails