JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, April 13, 2012

RESEPI SAMBAL DAGING ALA SANTAI

Ehsan Google
Lama bebenor tak memasak..Asyik tapau aje. So semalam terasa pulak nak masak daging, pada asalnya nak masak daging goreng kunyit aje...lepas tu tukar menu, nak masak sambal daging..So jom kita redah apa bahan-bahannya....

1 peket daging direbus - yg diorang jual kat hypermarket tu
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar dipotong kasar
5 biji bawang merah dikisar @ dimayang halus
5 biji bawang putih dikisar @ dimayang halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1 btg serai
2 helai daun pandan diikat
1 mangkuk kecil air asam jawa
gula dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya cukup senang. Panaskan minyak dalam 3 @ 4 sudu besar, kemudian masukkan semua bahan yang dikisar @ mayang halus tadi. Setelah bau naik, masukkan pula serai, daun pandan, serbuk perasa, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, dan kemudian masukkan daging. Apabila hampir masak, masukkan bawang besar dan siap untuk di makan...mudah bukan?
(Nota - Oleh kerana semalam, kelaparan sy mmg tak dapat nak ditahan, maka tak sempat sy nak mengambil gambar spt biasa2nya....)



2 comments:

  1. Biar betol...biar betol-betol JSS boleh masak...siap keluar resepi sekali.

    Takmo kakCT try.....kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. awak masakkan utk saye eh

    dill.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails