JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 10, 2012

PULANGKAN LESUNG AKU

Tok! Tok! Tok!.......
"Abang, pergi tengok siapa yang ketuk pintu malam2 buta ni?" Atiqah mengejutkan suaminya setelah mendengar beberapa ketukan di pintu rumah mereka.
"Awk jelah yang tengok, sy ngantuk sangat ni" sambil Hussin, suami Atiqah menarik selimutnya.
"Abang ni...kan dah malam ni, takkan sy pulak yang kena bukak pintu, takutlah sy..." beritahu Atiqah resah.
"Siapa pulak yang datang malam2 macam ni..." sambil Hussin memperbetulkan kain pelikatnya dan berjalan perlahan2 sambil diikuti Atiqah daripada belakang ketakutan.
"Siapa tu?" tanya Hussin.... suasana senyap sunyi. Tiada lagi ketukan. Tiba2 kedengaran ketukan daripada pintu belakang pulak...
"Abang...dia ketuk kat pintu belakang pulak. Heeee sy takutlah bang. Hantu ke bang?" suara Atiqah terketar2 ketakutan sambil memerhatikan sekeliling..
"Awk ni..jangan merepek boleh tak. Biar sy tengok dulu...Awk bukak semua lampu rumah, biar terang rumah kita ni..." sambil suami Atiqah mengambil sebatang kayu dan membuka perlahan2 pintu lalu.....
"Astagfirullah...Mak Limah! Apa Mak Limah buat malam2 ni.." terkejut Hussin melihat Mak Limah terpaku diluar pintu.
"Maaflah Hussin...Atiqah. Aku nak mintak lesung yang kauorang pinjam dulu. Tak ada lesung tu susah aku nak masak..." Mak Limah memberitahu tujuan dia datang.
"Ehhhh...Bukan ke kami dah pulangkan pada Mak Limah...Mak Limah lupa ke...Ni yang sampai malam2 datang kan susah tu...Jom masuk dulu Mak Limah..pelawa Atiqah tapi Mak Limah hanya mengucapkan terimakasih lalu beredar daripada situ....
Baru saja Hussin nak menutup pintu, tiba2 muncul Daniel, cucu Mak Limah tercungap2 kepenatan...
"Kamu ni Daniel...buat pak cik terkejut je...Nenek kamu baru je balik...tak nampak ke dia?"
"Nenek? Nenek kat rumahlah pak cik...Diakan dah seminggu kena angin akhmar, tak dapat nak bergerak..Ni pun Daniel datang nak minta tolong Pak Cik hantarkan nenek ke hospital sebab badan dia dah nak demam...."
Hussin dan Atiqah hanya tergamam...Kalau Mak Limah berada di rumah, siapa pulak yang datang tadi?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails