Monday, April 2, 2012

MOVIE - CHANTEK

Semalam sempat sy menonton DVD cerita Chantek. Cerita mengisahkan AD lakunan Pierra Andre, seorang pelakun filem terkenal dengan hidup mewah dan ceria menjadi 'buta' dilanggar kereta setelah dia terserempak dengan girlfriendnya yang curang. Akibat kecewa, AD mengambil keputusan untuk bercuti di kawasan pantai dengan di jaga oleh pembantu dari Indonesia bernama Chantek yang terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana AD sangat membenci perempuan. Lama kelamaan Chantek tidak dapat berpura2 lagi kerana dia telah jatuh cinta kepada AD lalu memberitahu perkara sebenarnya. AD kecewa tapi dapat memaafkannya kerana kejujuran Chantek dan mereka jatuh cinta. Tiba2 Chantek mendapat tahu AD sebenarnya tidak buta dan sedang cuba mendalami skrip dimana dia terpaksa menjadi buta dan bercinta dengan pembantu rumahnya...Apakah kesudahan ceritanya?
Bagi sy, jalan ceritanya agak mudah untuk kita tahu apa endingnya, tiada babak2 yang cemas atau meronta perasaan, kecuali romantik dan komedi....tapi menghiburkan.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails