JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 10, 2012

KENANGAN OH KENANGAN

Pagi tadi bila bukak siaran radio sinarfm, terdengarlah pulak lagu 'Dalam Kenangan' nyanyian daripada kumpulan Wheels..tersentuh sekejap rasa hati sebab lagu tu mengingatkan sy pada saat-saat perpisahan masa sy form 5 dulu di MRSM...Selepas itu, masing2 akan pulang ke kampung masing2 dan meneruskan kehidupan dan pengajian masing2 ke tahap yang seterusnya...
Dan kini, setelah berbelas tahun meninggalkan suasana sekolah menengah, sy masih tak dapat nak lupakan terlalu banyak kenangan manis disana kerana kebanyakan cerita2 pertama bermulanya di sana. Hidup berdikari, hidup berkawan, hidup belajar, hidup tanpa di perhatikan keluarga dan jauh daripada mereka, hidup ada kakak angkat, abang angkat, adik angkat...ahaksss terangkat semua.
Dan kini jugak, masing2 sudah mempunyai hidup masing2..ada yang bekerjaya, berkeluarga, bekerja sendiri, menetap di luar negara, ada jugak yang masih di kampung, ada yang masih bujang, ada yang berniaga, ada yang sudah gemuk dan ada yang kurus, ada yang punya anak 4 dan ada jugak yang beristeri 2 dan ada jugak yang telah pergi buat selama-lamanya....
Tak kira apa pun, setiap saat waktu kita dulu2 tetap menjadi kenangan terindah... 
Antara bait2 lirik lagunya....

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

2 comments:

  1. awak pun dah berjaya skarang ni :)

    dill.

    ReplyDelete
  2. Macam tak berapa nak tahu lagu ni... Mana kakCT masa kepopulaan lagu ni dulu....

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails