JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 24, 2012

DINNER KAT FLAMMING STEAMBOAT

Banyak pilihan di Flamming Steamboat
Bukan selalu dapat makan seafood steamboat buffet, tapi kalau dah pekena, jangan lepas peluang..ahaksss. So entah hari apa sy tak berapa nak ingat, sy bersama saudara mara dan keluarga pergi ke restoran Flamming Steamboat di area Bukit Kemuning, berdekatan dengan Giant Bukit Kemuning. Makanan seafood dia memang banyak pilihan dan menarik...Harga pun taklah berapa mahal, dalam RM26.90 untuk orang dewasa, tapi memang kena booking awal2 sebab terlalu ramai, kalau datang masa tu, kena tunggu sesiapa yang dah habis, baru boleh masuk.
Dulu masa di Kelana Seafood restaurant bukak, pernah jugak sy makan di sana beberapa kali....tapi sekarang rasanya dah tak ada dah restaurant tu. Teringat makan ketam kena pakai pengepit dengan plyer dan tukul sekali..perghhh susah sungguh nak bukak tapi bila dapat bukak dan tengok isinya yang lemak2 tu....berbaloi.
Makanan yang paling sy suka kalau kat seafood steamboat ni sudah pasti kupang. Memang kegemaran sy sejak kecik. Kalau kat Johor, kupang memang senang cari, merata2 ada jual kupang dan isinya besar2 pulak tu...  Emmm lapar pulak bila cakap pasal makan ni.  

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails