Thursday, March 15, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU

Selamat Pengantin Baru Mynn dan Nizar
Seminggu cuti tapi bukanlah melancung atau melencung, sebaliknya sibuk dengan majlis perkahwinan adik sy yang ke 3 di Johor Bahru. Cukup meriah kerana ramai saudara mara yang jauh dan dekat, yang kenal dan tidak, sahabat handai sy yang lama2 serta kawan2 seperjuangan arwah ayah...perghh kalau nak bilang memang tak terkira..Sampai mak sy pun boleh tertidur di kerusi bila semuanya berakhir kerana kepenatan.
Bermula daripada hari akad nikah, sy terpaksa bangun pagi untuk ke masjid kerana sy menjadi wali kepada adik sy. Pertama kali menjadi wali, memang seram sejuk jugak kerana sy jugak ada waktunya bersalaman dengan tok kadi...macam terasa sy pulak yang bernikah...ahakssss. Makanan dan minuman serta semuanya hasil daripada bantuan jiran2 disitu. Masak secara gotong royong dan rewang, memang ternampak perpaduan dan kerjasama serta perihatin sikap penduduk2 disitu. Semua rumah jiran berdekatan digunakan sepenuhnya. Ada yang digunakan untuk membasuh, ada yang digunakan untuk karaoke, ada yang digunakan untuk membuat air dan memasak dan lain2. Tak payahlah sy cerita suasana majlis perkahwinan tu, yang pastinya cukup meriah dan semuanya berjalan lancar...opsss lupa, Sy dapat RM3.50 masa acara pengantin membaling gula2 dan duit..hahahaha.
Penduduk rewang masak
Dalam dok sibuk2 masa majlis perkahwinan tu, sempat jugak sy selit2 pergi jalan2 ke pantai Lido dan Danga Bay, Johor Bahru. Dah lama sangat sy tak melihat perubahan2 yang berlaku. Pantai Lido tu kira dah tinggal nama jelah sebab banyak kawasan dah ditambak dengan batu2 untuk proses pembangunan di sana terutama projek Iskandar. Kat Danga Bay tu sy cuma jalan2 jelah sebab dah tahu dah harga kat situ baik makanan mahupun tempat permainan dia tu memang terlalu mahal...tapi tempat tu pun dah tak macam dulu, tak berapa meriah. Yang best kalau ke danga bay ni adalah cruise untuk kita merehatkan minda dan berlayar ke sepanjang pantai lido. Cruise tu berlabuh sebelah danga bay dan harganya kalau tak salah sy dalam RM50 kot...dululah, sekarang sy tak pasti tapi memang puas hati kalau anda nak ambik angin sambil berlayar.
Dalam perjalanan balik ke KL, sy sempat singgah di Muar. Buat apa kat sana? Sudah pasti pada paginya sy nak pekena satay perut yang memang merupakan kegemaran sy. Kat Muar ni, satay dah menjadi makanan sarapan pagi. Memang susah nak dapat kat mana2 satay perut dia tu...hingga menjilat jari. Pada tengaharinya pulak, sy pekena asam pedas ikan mayong...perghhh bila dah kena tu rasa macam nak tinggal kat Muar je.

3 comments:

  1. awak, ade ole2 utk saye tak? hihi.

    Tahniah adik jss! moga kekal bahagia hingga akhir hayat

    dill.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    emmm...padanlah blog ni hibenate.

    Selamat Penganti Baru Adikmu.

    Sikit pon tak jemput...kakCT kan ke kat JB. Tak kalu sure leh rewang cuci periok.

    ReplyDelete
  3. dill - ada.. nnt sy pos ehh.

    kak ct - kak ct dok jb ke? ingatkan dok kat keluang atau batupahat.. sorry ye, kalau tahu mmg dah lama jemputnya. tak nak suruh kat ct basuh, nak suruh karaoke...hahahaha

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails